Apa definisi hidup bagi anda?
Ini soalan subjektif. Tiada pilihan jawapan A...B...C...atau D.
Definisi hidup physicallynya...
bagi saya mungkin dengan berdetaknya nadi serta jantung dan berfungsinya otak, maka manusia itu masih hidup physicallynya.
Hal ini seperti yang kita tahu, kalau orang koma, kalau mati otak, kita boleh accept dia dah mati.Walaupun kita pasang life support machine tuh.
Definisi hidup sebenar...
Bagi saya, definisi hidup yang sebenarnya adalah apabila kita mahu, mampu dan berusaha untuk kenal siapa Pencipta kita.
Kerana apabila kita kenal siapa Pencipta, kita tahu kita di bawah satu kuasa. Dan kita tahu, kita bernafas dengan kuasaNya, kita bergerak dengan kuasaNya, kita berfikir dengan kuasaNya. Dia anugerahkan kepada manusia dengan deria dan anggota badan termasuk akal.
Kemudian, dengan kenalnya kita kepada Pencipta, sure-sure la kita beriman dengan nabi-nabi dan para rasul yang Allah utuskan kan? Lalu, kita juga mengimani akan malaikat, kitab yang diturunkan, hari akhirat dan qoda' dan qadar.
Apabila Cretor; Allah, cipta something, mestilah Dia tahu apa yang diperlukan makhluknya tu kan? Dia cipta manusia itu ada emosi, maka, Dia ajar bagaimana mahu mengurus emosi. Dia cipta manusia ini ada akal, maka, Dia guide melalui para rasulNya.
Bila kita kenal Cretor Yang Maha Pemurah dan Maha Pengampun ini, serta 97 lagi asmaul husna milikNya, maka kita ada satu jalan yang membawa bahagia. Kebahagian ada dua. Dunia dan akhirat. Beruntunglah bagi yang dapat ketch kedua-duanya.
Jadi, bukankah kita dapat rasa definisi hidup tu bila kita bahagia? Bahagia yang mana? Dunia ke Akhirat? Jawapannya DUNIA dan AKHIRAT.
Ada orang cakap nak bahagia AKHIRAT, perlu KERAH TULANG EMPAT KERAT. jadi itu bukanlah suatu kebahagiaan.
Siapa cakap? Belum cuba belum tahu! BElum kenal Pencipta, maka tak cinta!
Bagi orang beriman dan bertaqwa, kepahitan di jalan dakwahlah yang boleh bayar madu di syurga. Itu adaptasi kata-kata Umar ketika ditanya makna TAQWA.
Jadi, mari kita kenal PENCIPTA kita; Allah!
Macam mana?
ILMU! IMAN! AMAL!
JOM....!
"maka nikmat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan"- masyuk x2~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan