Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan,
sayangkan anak tangan-tangankan,
sayangkan sahabat...? semoga berkekalan
Kisah hidup silam yang pahit sebenarnya manis. Kenapa? Kerana yang pahit itu biasanya ubat, bukan? Jadi jangan mencemuh kepahitan yang kita telan.
Ukhuwah, telah kita belajar dan akan terus kita pelajari sehingga mati. Ukhuwah dengan manusia dan alam.
Mungkin kita pernah terkandas menyulam sayang dan cinta kerana Allah itu suatu masa dahulu, tapi tak bererti kita tetap akan terus mengkhianati ukhuwah untuk masa hadapan. Kerana kehidupan itu sekolah dan tarbiyyah. Jalani dan belajarlah, kemudian dengan ukhuwah, berkongsilah.
Tidak suka hanya meninggalkan dakwat...
carigali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan