Sabtu, 21 Januari 2012

Ucapan bermakna

Pernah ada rasa suka?
Pernah ada rasa sayang?
Pernah ada rasa cinta?

Saya...sentiasa ada. Dan suka, sayang dan cinta itu akan menimbulkan kekaguman yang dikawal.

Fitrah bagi manusia, dia ada rasa untuk bergaul atau bermu'ayasyah dengan manusia. Kerana itu, Allah jadikan kita berbeza-beza dari sudut fizikal sehinggalah kepada atitud.

Dan perbezaan ini, lebih indah jika dapat dicedok, direfill. Tapi perlu ditegaskan, tiada toleransi dalam mendapatkan hak agama Islam!

Saya ni orang yang suka buat research pada diri manusia.

"Iyah, iyah sayang kakak tak?"
"Sayang lah"

Dia baring diriba saya. Erm, saya cuba usap kepala dia. Huhu, rasa kekok yang sudah saya lawan.

"Sayang tu apa, yah?"

"Sayang tu macam sukalah!"

"Apa yang iyah tak suka dekat kakak?"

"Erm, garang sangat!"

"Ohoho, sekarang kakak garang lagi ke?"

Dia geleng kepala sambil malu-malu nak angkat kepala. Hehe, saya nak tergelak pulak rasa.

"Yah, iyah rasa, kakak sayang iyah tak?"

Dia geleng.
Saya ulang pertanyaan.

"Tak kot."
"Mana iyah tahu kakak tak sayang iyah?"
"Dah anyah tak cakap pun. Anyah cakap anyah tak suka iyah"

Zruuuuuk. Rewind cerita semalam. Saya cakap saya seronok dekat akademi sebab si iyah ni tak ada. Hehe, saje gurau dengan dia. Percaya sangat pulak budak nih.

" Ehm, iyah ni, kakak gurau je lah tu. Kakak sayang lah adik-adik kakak. Dah kalau kakak nak tunjuk sayang kakak kakak nak buat macam mana?"

"Tak tahu"

"Erm, akak sayang adik-adik akak. Sebab itu akak marah kalau tak solat lagi, kalau rumah bersepah. Kalau tak solat, dapat dosa, dosa banyak masuk neraka. Kata nak masuk syurga sama-sama....Kalau rumah bersepah pulak , syaitan suka. Bila syaitan suka, iyah jadi kawan dia. Cuba tengok, tempat tinggal syaitan dekat mana? Tandas kotor tak? Kotor kan? Jadi, rumah kita syaitan sukalahkalau kotor. Bila syaitan suka, maksudnya Allah tak suka. Allah tak suka rumah yang kotor-kotor"

"Ooo, dah kalau kita basuh tandas?"

Erk, apa pulak aku nak jawab nih? pelik betul soalan!

"Kalau kita bersihkan tandas syaitan tetap ada. Sebab tu tempat tinggal dia. Jadi tak boleh mandi lama-lama"

Suasana sepi seketika.

"erm, kalau kakak cium iyah, sayang tak maksudnya?"

Saya pun cium pipi dia. Dia sengih-sengih. Dan saya dapat pengajaran, certain-certain kalimah kita kena ucap, supaya dia tahu kita sayang dia. Lagi-lagi sayang ni kerana Allah dan halal!
 Aishiteru!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan