Betul saya terkejut. Baru tahu rupanya hak Allah dan hak Rasul, adalah dua perkara berbeza.
Kadang-kadang jika kita tersalah beramal sehingga menyamakan dua hak;iaitu hak Allah dan hak rasul, iaboleh membawa kepa SYIRIK tau!
Jadi apa bezanya? Sumber?
Sumber:buku Islam dan Dakwah( Dr.Abdul Karim Zaidan)
m/s: 43
saya tulis dalam bentuk point eh?
-mencampurkan kewajipan seorang muslim sehingga menyamakan antara hak Allah dan hak Rasul secara sengaja atau tidak dengan keinginan sebagai rasa kasih dan cinta pada Nabi, kadang2 mampu membawa kepada syirik.
-kasih sayang kepada Nabi s.a.w yang sebenar: menurut dan segera menyahut sesuatu yang baginda suka
-sunnah qauli @ fi'li
-baginda juga suruh kita hambakan diri pada Allah. Esakan Allah.
-Inilah yang dimaksudakan dengan kalimah tauhid
-untuk jelaskan lagi pengertian ini dalam diri manusia, Quran sebut bahawa Muhammad s.a.w itu adalah manusia
"kataknlah (ahai Muhammad) : Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu" (al-Kahfi:110)
-baginda tidak boleh memudaratkan atau memberi manfaat kepada seseorang
-memohon permintaan atau bantuan hanya daripada Allah
"dan Tuhanmu berfirman:berdoalah kepadaKu nescaya Aku akan perkenankan bagimu. " (al-Ghafir: 60)
"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) , Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. " (al-Baqarah)
-takut dan taqwa hanya untuk Allah
(An-Nur :52)
(At-Taubah:59)
-ayat2 diatas memisahkan antara hak Allah dan Rasul.
-ketaatan adalah hak bersama antara Allah dan Rasul. Maknanya kita perlu patuh kepada Allah dan Rasul
-ketaatan kepada Rasul adalah ketaatan kepada Allah
-Antara hak2 rasul;
baginda boleh memberikan sebahagian daripada harta rampasan perang, harta fa'i dan sebaginya kepada sesiapa sahaja yang baginda rasa patut
-Nabi s.a.w melarang kita memuja baginda seperti yang disebut dalam hadith baginda yang mafhumnya;
"Jangan kamu memuja aku sepertimana orang-orang Kristian memuja Nabi Isa bin maryam kerana aku hanyalah hamba Allah dan rasulNya"-hadith Nabi s.a.w
-baginda menjelaskan makna tauhid dan syirik dengan sebenarnya kerana baginda sayang kepada ummatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan