Kekaguman demi kekaguman yang aku temui...Subhanallah.
Indahnya bila akhlak Islam mewarnai sebuah peribadi. Indahnya seorang wanita jika lembutnya mengusai hati dan pemikiran. Indahnya seorang muslimah yang mampu 'syadid' dalam beberapa perkara. Indahnya.
Aku dah rosak...
Entah, itu sahaja yang aku dapat gambarkan dalam hati. Aku tengok, sahabat-sahabat sibuk berborak-borak mengenai perihal diri, dan kekaguman-demi kekaguman terus memuncak. Kerana apa yang mereka tuturkan penuh dengan hikmah dan rendah diri. Aku terpaku.
Benarlah, mungkin ini keputusan terbaik yang sepatutnya aku lakukan. Hidup dalam pelukan sayap malaikat. Hidup dalam keberkatan tasbih makhluk di lautan. Dan aku tenang disini. Maka harusku kutip setiap mutiara didalam-tiram-tiram, perlu kugilap dan acunya mengikut acuan islam serta wajibku pakai sebagai kalung di hati, bukan di leher.
Aku pernah rasa dah macam tak ada harapan untuk aku berubah. Dah macam terlalu sempit ruangnya. Tapi kali ini, prasangkaku hilang. Herm, betul! Allah adalah apa yang kita sangkakan. Betapa tingginya positive thinking dalam hidup sehingga jika buruk sangka pada Allah, kehidupan kita macam kapal yang dah tercabut layar; tak ada arah tuju.
Alah, engkau aku tengok, tak adalah rosak mana...
Kerana kalimah itulah sebenarnya yang membuatkan kita rasas masih lama masa untuk berubah.
Hanya aku dan Tuhanku yang tahu siapa aku. BUkan aku mahu menjaja kisah bahawa aku ini seteruk-teruk manusia, cuma aku tidak suka dianggap terlalu mulia. Aku hanya insan biasa. Aku tidak minta disanjung seperti purnama, cuma pinta nasihat-nasihat para asatizah yang makamnya sebenarnya lebih tinggi dari purnama kerana ilmunya. Dan kalian merupakan para asatizahnya. semua yang mengajarkanku walau satu huruf adalah para asatiz dan asatizahku. Aku hargainya. Terima kasih :)
Percayalah, aku cuma manusia biasa yang tak lekang dari salah silap.
Maka, didiklah.
Didik sehingga hati yang sekeras batu ini menjadi semurni susu di syurga.
Allah, setiakanlah Engkau menjadi Murabbiku yang utama.
Sungguh, Dia sentiasa setia, cuma aku yang menipu diri dan hati sendiri.
cari dan masih menggali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan