ini motivasi yang adik saya bagi. Saya kutip secara tak sengaja.
Waktu itu lewat petang, tolong dia buat something yang kene gune gunting dan gam serta pen colour2. Untuk wat satu poster tenteng TKRSM. dia wat dalam kumpulan. Lalu berlakulah perbualan antara kami;
"Ibah ke kena buat semua ni?"
"Taklah, kawan ibah buat sorang satu tajuk. Ibah je kene buat 4 tajuk."
Erm, saya angkat kening
"kenapa macam tu?"
"Dah ibah ketua."
"Oh, ibah ke lantik diri ibah?"
"Taklah, waktu tu ibah mintak duit nak beli kad2 manila ni semua, pastu kawan ibah kate ibahlah jadi ketua. Ibah pun jadi jelah."
Saya tersenyum.
"Seronok ke jadi ketua bah?"
"Erm, seronok kot"
"Kenapa?"
"sebab HEBAT"
Erk, terpana terpanau sekejap.
"Kirenye ibah sukalah jadi ketua?"
"Biasa je."
"Oh, ibah suke lantik diri ibah lah eh?"
Dia mula buat muka pandang saya. Kemudian teruskan kerja melukis. haha, betapa prejudisnya aku kan? Tapi aku suka buat dia sakit hati, jawapan dia jawapan yang buat aku terpana balik.
"Orang lantiklah...ibah nak wat macam mana?"
"oooo"
Sunyi sekejap. Tiba-tiba dia bersuara....
"Ibah kan sekarang tengah hafal surah as-Sajadah"
"ooo, eh? Pastu kenapa?"
Haha, sekarang menampakkan lagi prejudisnya aku kanx3? Tapi aku suka wat sebab dia akan bagi jawapan yang pelik!
Muka dia pelik dulu. Baru dia cakap...
"Ialah, hebat lah dapat hafal! "
"Oh, Ibah suke eh jadi hebat?"
"Sukelah!"
"Kenapa suke jadi hebat?"
"Erm, sebab seronoklah jadi hebat. Anyah tak seronok ke?"
Aku senyap jah. Tak pandai nak jawab.
Mungkin cerita ini saya dapat simpulak sebagai perasaan PERCAYA DIRI. PERCAYA DIRI kita HEBAT, tidak salah! Malah, Islam juga tidak mengajar kita agar menjadi jubni wal bukhl, kan?
keSERONOKan jadi HEBAT dari cerita suatu petang inilah yang membuatkan aku dapat satu ibrah; rasa mahu jadi hebat depan Allah buat kita ada semangat nak jalani hidup even depan kita ade monster yang nganga mulut nak makan kita. Atau mungkin ada sign board ' aws lantai licin', kita cuba juga jalani dengan hati2 dengan guide dari Allah sendiri melalui para rasulNya.
Rasa hebat ini sepatutnya ada dalam diri kita, tapi perlu diawasi agar tidak membawa kepada something yang dimurkai pula. insyaAllah, SELANTANG SUMAIYAH, tidak lemah dengan emosi :)
wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan