Pernah lihat burung tak? Kenapa burung selalu keluar ba'das subh(lepas subuh) berbondong-bondong satu kumpulan?
Pernah tengok arnab tak? Kenapa arnab gali lubang time nak dekat beranak?
Semua persoalan ini bagi saya terungkai dengan satu kalimah. KOMITMEN!
Kerana apabila burng pergi secara berbondong-bondong, mereka akan membentuk satu bentuk aerofoil. dan ini akan mengurangkan kadar geseran tubuh mereka dengan angin dan menjadikan perjalanan mereka ke tempat rezeki tersebut. Jadi, ini bermakna setiap ekor burung perlu memberikan komitmen yang tinggi kepada ketua(yakni yang memandu arah burung2 tersebut) agar bentuk aerofoil itu menjadi.
Kita lihat pula kenapa ibu arnab gali lubang. Sebab dia sayangkan anak-anak dia. Dia mahu zuriat dia terus berkembang. Jadi, dia mainkan peranan sebagai seekor ibu untuk memastikan kondisi anak-anaknya nati apabila dilahirkan dalam keadaan sihat wal afiat.Dengan komitmen yang diberikan oleh ibu arnab tadilah, arnab masih wujud sehingga sekarang.
Walaubagaimanapun, ia tetap di bawah aturan Allah. Subhanallah...
Betapa pentingnya komitmen ahli sesuatu badan, tidak kiralah sama ada sekecil-kecil atau sebesar-besarnya, ia sebenarnya mampu menetukan jatuh bangun sesebuah negara.
Kalau kita selak buku tarikh al-adab zaman uthmaniyyah, kita juga dapat tahu bahawa negara Islam ketika itu masih kuat walaupun sudah berada di zaman fitnah adalah kerana KOMITMEN daripada rakyat. Menurut apa yang saya dapat, mereka memberikan kepatuhan kepada kerajaan Islam Uthmaniyyah walaupun Mesir ketika itu sudah menjadi sebuah negara yang tidak merdeka seperti dulu lagi (ketika kerajaan mamalik memerintah;abbasiyyah) serta menjadi negeri naungan Kerajaan Uthmaniyyah, namun rakyatnya membarikan komitmen dan kepatuhan kerana mereka imani bahawa kerajaan khilafah islamiyyah adalah suatu perkara yang dibenarkan oleh syara' islam.
Daripada sedikit penjelasan ini, saya mahu simpulkan satu perkara. KOMITMEN seharusnya saya BERIkan apabila ia berASASkan ISLAM.
Sebagai muslim yang berdiri dan hidup di bawah panji ISLAM, seharusnya saya menegakkannya dengan memberikan komitmen yang tinggi kepada apa yang diperjuangkan dan diangkat oleh agama.
Komitmen ini juga perlu diberikan dalam keadaan yang bersedia dengan apa sahaja ujian yang bakal meninmpa diri.
Seperti burung tadi, mereka berdepan dengan risiko tembakan rambang peluru sesat yang muntah daripada senapang serta arnab yang berdepan dengan risiko bapa arnab atau kucing yang jahat.
Namun, mereka tetap teruskan tugas mereka demi meberikan komitmen dalam kehidupan yang sememangnya tidak logik jika ditinggalkan.
Maka seharusnya tidak patut jika saya lebihkan malas sehingga tergadai komitmen yang sewajibnya saya berikan pada agama.
Jom bisnes dengan Allah :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan