Sabtu, 12 Jun 2010

Cinta bukan mainan

Pernah aku dibisik dengan cinta,
Kata indah tak terperi,
Ayat jiwang kurasa geli,

Bodohlah diriku,
Bodohnya diriku,
Andai menerima,
Jika peluang dibuka,

Cinta bukan mainan,
Yang dibicarakan tanpa pengetahuan,
Yang disandarkan tanpa tujuan,
Bukan kerana Tuhan,

Saat cinta sebenar merisik,
Punahlah cinta dahulu,
Hilanglah rasa rindu,
Kasih berganti individu,
Tiada lagi cinta untukmu,
Maafkan aku kerana mengheret,
Maafkan jika terseret,
Dalam cinta palsu,
Pada dunia yang menipu,

Cinta yang kutunggu,
Tak dicari dengan goyang kaki,
Tak hadir tanpa berlari,
Ke arahNya.