Rabu, 12 Jun 2013

Memoir Bayu


Memoir yang masih melekat,
Sampai sekarang.

Angah kata;
jaga mata,
jangan tidur.

Acik kata;
Jaga diri,
Jangan lupa kami.

Adik kata;
Adik kata apa ya?
=)
Adik kata,
Teruskan perjuangan,
Doakan.

Doakan along,
Yang baru belajar,
Jadi along,
=)



Isnin, 10 Jun 2013

Sukarelawan


Seorang Wanita

Semalam, terukir peristiwa silam.

Cukup! Bukan tempatnya untuk menyanyi.

Saya seorang wanita. Juga seorang pelajar dan anak serta bakal menjadi isteri dan ibu, insyaAllah. Kemudian jika dipanjangkan umur status nenek atau moyang pula yang disandang. Haih, banyak betul pangkat. Seronok! =.=" ("seronok" sangat!)
Pernah tak korang terfikir, itu sahaja kah bidang hidup kita?

Belajar,jadi isteri kemudian seorang ibu. Basuh berak anak, buatkan susu. Masakkan makanan untuk suami. Hari kita adalah satu susunan aktiviti harian yang sama?! O ooo... apakah ini?!

Bosan? !

Origin

Back to the Origin. Kembali pada asas. 

Kita telah ditetapkan rezeki, ajal, amal, susah dan senangnya (1)...jadi apa masalahnya?!

Tiada masalah. Cuma nak cakap, kerana telah ditetapkan itulah, apa kata kita usahakan supaya pengakhirannya nanti bila kita dibentangkan kisah hidup kita dihadapan Allah, semuanya indah-indah belaka pada pandangan Allah. Semuanya adalah persembahan terbaik, usaha yang 'habih gheng' dah!

Kalau jadi pelajar, jadi yang paling arif dalam bidangnya. Kalau jadi isteri, jadi yang paling berbakti pada suami dan rumahnya (senang cerita yang paling solehah la). Kalau jadi ibu, jadi ibu yang berilmu dan mampu mendidik anak-anak menjadi 'seseorang' yang punyai himmah 'aliyyah.

Pengakhiran

Tujuan akhir kita hanyalah Allah. So?

Tiada masalah la sepatutnya. Tak sepatutnya kita mengeluh dengan apa yang kita alami. Minta kekuatan dari yang memberi ujian itu; Allah s.w.t. Disitulah bukti tawakkal dan penghambaan kita pada Dia. Mesyi? =)

Sukarelawan

Nota kaki sebelum habis menulis. Kalau kita sedar kehidupan kita singkat seperti satu kerdipan mata saja, tanya pada diri, "bila aku nak jadi volunteer. Volunteer pada agama aku; Islam..." 

Hambatan dakwah. Ilmiyyah dan tarbiyyah itu seiring. 

Hambatan dakwah. Menghambat individu meninggalkan lambung. Menanggalkan pakaian sifat-sifat remeh seperti dengki, riya', malas. Remeh yang payah ditanggal.

Hambatan dakwah. Membanting tulang berkerat-kerat untuk bangun dan tekad, tiada lagi istilah bersenang-lenang. Setiap perbuatan ada niat; hanya lillah.

Hambatan dakwah. Ayuh hambat segala kemalasan yang ada.

nota;
(1) : Hadis 4 Imam Nawawi

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم



Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Al-lmam Muslim


Selasa, 4 Jun 2013

Ahmad (3)


"Diam kita biar diam bersedia. Kata-kata kita pula jadi jihad kita "

"Opsi, ayat apakah itu? Saya tidak fahami..." Ahmad memandang Adli dengan pandangan yang hairan. Nada suaranya seperti Inspektor Sarjit dalam cerita animasi Keluang Man.

"Entah, kau cari lah sendiri. Sampai masa nanti, kau faham lah."

"Tapi..."

"Tak, aku tak nak kau faham sebab aku bagitahu. Aku nak kau faham dengan cara kau cari "

"Aku tengah cari lah ni! Sebab itu aku tanya kau!"

Adli senyum. Silau pantulan cahaya dari muka Nil sekali-sekala terpampar di mukanya.

"Kau tenung sungai ini. Kau tenung sambil kau bayangkan, bagaimana dengan hanya bunyi air yang tenang dan deras ini, yang langsung tidak disedari manusia ini mampu menukar padang pasir menjadi ladang tumbuhan."

Ahmad ternganga. 

"Ah, sudah lah kau. Makin aku banyak cakap, aku rasa makin luas mulut kau ternganga.."

Ahmad menutup mulut dengan tangannya. Dia tidak sedar mulutnya terbuka.

"Ahmad, masa itu perawatan. Kau akan lalui masa itu. Masa untuk kau faham. Masa untuk kau admit dan apply dalam kehidupan. Kau doa lah, semoga setiap masa dalam kehidupan kau akan merawat kau ke arah yang lebih sihat, lebih baik."

"Adli, asal ayat kau macam skema dan jiwang eh?"

Adli pandang Ahmad sekilas kemudian kembali merenung aliran Sungai Nil.

"Dulu, aku cuba buang. Aku cuba simplifykan, tapi, aku masih tak mampu. Mungkin ini kelebihan aku atau mungkin juga ini kekurangan aku bila berhadapan dengan kau. Tapi, yang penting, jangan berhenti mencuba..."

Matahari sudah tergelincir. Sungai Nil mengalir seperti biasa. Hiruk-pikuk bandar Tahrir, sama saja seperti di Sabi' atau 'Asyir, Kaherah. Bunyi hon kenderaan di sana-sini.

Ahmad dan Adli ralit dengan lamunan masing-masing.

**********

Tum!

Pintu bilik ditutup kuat. Semua yang berada di ruang tamu terperanjat. Masing-masing berpandangan sesama sendiri.

'Hai..lah. Nak jadi apa dengan rumah ini pun aku tak tahu. Belajar pun tak masuk!'

Ahmad menghempas buku Physiology nya ke atas meja. Kemudian dia segera masuk ke bilik Syahid. Bilik tadi, yang pintunya ditutup kuat,merangkap biliknya juga.

Ahmad menguak pintu dan menutupnya perlahan.

Syahid terbungkus dalam selimut. Cuaca panas memanaskan hati Ahmad.

'Astaghfirullah...huh...'

Ahmad menarik selimut Syahid. Kemudian menarik Syahid keluar dengan kasar sekali.

"Mari ikut aku..."

Syahid berkeras. Dia tidak mahu ikut. Ahmad mencuba berkali-kali. Syahid tetap melawan tanpa suara.

"Aku kira sampai tiga. Kau tak mahu keluar dengan aku, maksudnya kau cari nahas!"

Tajam dan keras. Syahid faham. Itu nada amaran. Sebelum pertumpahan darah berlaku, dia terpaksa akur. Dia keluar dari selimut dan turun dari katil dengan mata dan hidung yang merah. 

"Ikut aku..."

Ahmad menarik tangan Syahid. Mereka keluar dari rumah. Ahli bait yang lain hanya mengiringi dengan pandangan hairan. Kemudian masing-masing kembali memulakan pembacaan masing-masing. Faris masih lagi memandang pintu. Dia mendengus.

**********
"Apa masalah kau, hah? Apa kau tak puas hati?!"

Syahid membisu. Dia memandang gelas besar yang ada ditangannya. 

 ' 'Asir manggoo wa bittikh wahid! '

Ahmad meneguk jus tembikainya. Dia menunggu jawapan Syahid. Tapi dari tadi Syahid masih memandang jus Mangga nya yang masih penuh itu.

"Kau tak nak ke jus tu? Kalau kau tak nak, bagi aku!"

Syahid memandang muka Ahmad dengan mata berair. Bibirnya cebik. Segera dia minum jus kegemarannya itu dengan satu kali minum saja!

Syahid tersenyum.

'Hai...lah...budak-budak!'

"Syahid, kita dah dua tahun duduk sebilik. Mula dari first year lagi sampai lah sekarang. Hurm, kau ingat aku nak duduk sangat sebilik dengan budak cengeng macam kau?"

Syahid mengangkat kening, menganjing. Dihirup lagi jus tembikai di tangannya. Syahid pandang Ahmad sekilas.

'Apa kau nak, Ahmad?!'

"Aku nak kau bagitahu aku, apa masalah kau? Bukan aku nak menyibuk, jaga tepi kain pelekat kau sangat pun. Tapi kalau sampai boleh buat pintu bilik nak tercabut tu... nanti aku nak tukar baju dekat mana? "

Ahmad menghabiskan jus nya kemudian memesan satu lagi jus tembikai dan jus mangga.

Syahid masih diam. Airmatanya sudah kering. Begitu juga hingusnya. Setelah mendapat huluran jus mangga yang baru dari Ahmad, dia sekali lagi minum dengan sekali teguk saja.

"Euww, buruk sangat perangai! Sunnah minum tiga kali teguk. Kau minum sekali habis semua terus?"

Syahid tersenyum. Dia tidak boleh menolak kegilaannya pada jus mangga yang segar itu.

"Haih, buang masa aku saja kau ni, Syahid! Dua hari ni, kau kena janji dengan aku, kau akan senyum walau apa pun kau rasa waktu itu sebab kau dah habiskan dua gelas 'asir manggoo. Kau tak bawa duit kan?"

Ahmad senyum. Syahid buat-buat mencari genih dari poket seluar. Kemudian dia mengangkat kepala. Dia tersengih. Terseringai pendakap giginya yang berwarna pink.

'Alhamdulillah....pandai pun kau senyum! '

**********

"Ibu sihat? "

Tiada jawapan.

bersambung...




Ahad, 2 Jun 2013

Aduh,lagi!

Semua orang pun sedang exam. Semua orang pun sedang serabut. Tapi saya tengok awak, lebih serabut jadi.

Ha? Leyh?! (Kenapa?!)

Saya pula yang terkena?!

Aduh!

Anatomy (prac), Hafazan dan Bahasa Arab, 3 saja lagi. 3 lagi! Allahhhh (mengeluh panjang)

Sindrom

Ini sindrom biasa dalam fatrah exam. Tak percaya? Perhatikanlah,  lama sikit. Awalnya serabut sebab gementar. Akhirnya serabut sebab; "bila nak habis? Tolonglah, ya Allah!!!"

Biasa

Ohoh,biasa. Semulajadi atau luar biasa dari semulajadi. Entah, saya tak tahu. 

Exam = Ujian ?

Siapa kata? Awat sama pulak? Exam, examlah! Ujian...ha 'ah, sama.

Sepatutnya macam mana? Tengok sajalah!

Saya tak nak cakap banyak. Hangpa tengok sajalah video nih =)



Sabtu, 1 Jun 2013

Dua jari



Hati,
Mudah perasan,
Selalu saja,
Perasan.

Hati,
Biarkan dia,
Peduli segala bisik jahatnya,
Usah dilayan.

Hati,
Bila datang yang baik,
Dengarkan,
Dia bakal mengubah dirimu,
Taatkan,
Bila datang su udzon,
Buat tidak tahu,
Nanti dia akan membisu,
Bakal menjerit,
"Dengarkan aku!",
Biar saja,
Sampai dia bisu.

Hati,
Antara dua jari,
Boleh berubah,
Mudah sangat berubah,
Bagai lauk dalam periuk,
Oh hati,
Bersikap baiklah kamu.
Tuhan,
Jagakan jantungku.