Khamis, 24 Januari 2013

Kus semangat

Saya masih ingat suatu ketika di mana umur saya lingkungan 6 tahun, saat saya mula lancar membaca. Di waktu itu, abang-abang dan kakak saya pun lebih lancar bacaannya berbanding saya. Satu hobi yang saya teringin mahu mengulanginya beberapa kali; iaitu membeli koleksi komik Anak-Anak Sidek.

Terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil dari komik tersebut terutamanya semangat dan keazaman. Kalimah yang sentiasa disebut oleh Wak Seman (kalau tak salah- yakni atuk Misbun) "Kus semangat".

Sampai sekarang saya pun tak tahu apakah maksudnya tapi apa yang saya perasan Wak Seman biasanya akan sebut apabila berhadapan dengan kenakalan dan kepelikan Misbun. Mungkin itu cara Wak Seman meredakan ketegangan dalam dirinya.

Umur, peningkatan usia dan darjat

Semakin kita membesar, semakin banyak yang kita belajar. Ini bererti banyak jugalah ujian yang telah datang sehingga kita mampu belajar dari setiap kegagalan dan kejayaan ujian-ujian tersebut.

Seperti konsep sekolah. Semakin tinggi tahap pengajian, semakin susah ujian, semakin tinggi kelulusan dan semakin dipandang bos-bos yang mencari pekerja.

Mungkin boleh disamakan dengan hidup. Semakin lama hidup, sepatutnya semakin bertambahlah ilmu dan pengajarannya. Seterusnya tidak hairanlah kalau ujiannya juga semakin susah kerana darjat yang tinggi di sisi Allah juga telahpun dijanjikan.

 “Apakah kalian mengira bahwa kalian akan masuk ke dalam surga, padahal belum datang kepada kalian (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kalian? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam goncangan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang bersamanya : Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah amatlah dekat.” (QS. Al Baqarah : 214)

 “…Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (QS. Al Imran : 146)

Mutabaah 

Penyediaan diri untuk menghadapi setiap ujian juga sangat-sangat dititik beratkan. Dan ia bukanlah sekadar ibadah yang 'adi seperti solat dan puasa. Ia termasuk juga ulangkaji pelajaran.

Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan