Selasa, 29 Mei 2012

Sang pendamping




Benarkah?

Ya, memang benar baa. Semakin kita membesar, semakin kita pandai menilai.
Kalau dahulu, mungkin kita tidak tahu, sama ada mahu membeli coklat atau gula-gula. Bila beli coklat,alasannya; “sebab sedap”. Kalau memibeli gula-gula,alasannya: “sebab sedap” .

Tapi, saya rasai perbezaannya. Bila saya sudah meningkat dewasa. Bila saya berniat untuk membeli coklat, alasannya: “untuk beri hadiah to somebody”. Atau mungkin boleh jadi “muntuk dimakan ketika bosan”. Bila berniat mahu beli gula-gula, alasannya “ saya dah tak mahu ‘mengangguk’ saja di alam kelas”.
Itu hanyalah soal kecil ,bukan. Ada banyak lagi perkara-perakara yang lebih besar yang bakal kita tempuhi. Perkara-perkara inilah yang menuntun kita samaada sudah pandai menilai atau belum. Memang tidak dinafikan, kesilapan dalam menilai pernah terjadi dalam hidup kita, termasuk diri ini. Kerana itulah, bagi saya perlunya kepada pendamping setia.

Pada saya pendamping setia adalah pendamping yang sentiasa mengikut sama ada secara zahir ataupun tidak. Pendamping setia tidak memberi kerana diminta, tapi sentiasa ingin memberi sehingga kita bereasa bosan kadang-kadang. Tapi akhirnya berguna juga pemberian si pendamping pada suatu masa kita diuji. Baharu kita hargai si pendamping yang tidak pernah jemu memberi secara zahir mahupun emosi.

Sudah tentulah pendamping di tangga pertama perlu kita khususkan buat Dia; Allah. Dia memberi bukan ketika diminta sahaja. Kita pula jarang menghargai kerana ego; merasakan apa yang dipanjatkan dalam doa adalah yang terbaik. Jarang sekali kita meminta Allah memberikan kita yang terbaik. Ialah kan, cuba kita ingat  balik doa kita; “Ya Allah, berikan aku kejayaan dalam UPSR@ PMR@ SPM” jarang kita doa, “Ya Allah, andai kejayaan itu adalah yang terbaik, maka perkenankanlah. Jika kegagalan itu yang terbaik, maka tabahakan lah”.

Pendamping di tangga kedua yang sering kita lupakan adalah seorang pendamping yang setia mendampingi kita sehingga saat nafasnya terakhir pun dia masih mahu mendampingi kita. Ya, dialah Muhammad s.a.w. Nabi dan Rasul yang mencintai ummatnya sehingga tidak lupa menyebutnya di akhir nafasnya. Tapi, secara jelasnya, tidak ramai yang mampu bersaksi dia sebagai utusan Allah di saat matinya. Naudzubillah :’(

Pendamping ketiga yang kita jarang hargai adalah si pendamping yang jarang menunjukkan sayangnya pada lafaz. Tapi sering terpamer pada tingkah. Haiwan pun sudah dapat meneka sayang itu adalah sayang yang suci. Sayang seorang ayah, sayang seorang ibu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa si pendamping.

Seterusnya pendamping yang buat saya termimpikan. Sering, segala yang telah dilalui. Membuatkan kita bersemangat menjauhi dosa yang zahir mahupun tersembunyi. Sahabat, pendamping yang sentiasa berada dimana sahaja saya berada. Tidak dimata, atau dalam mimpi , ada dihati, ada pada doa rabitah. Semoga kamu baik-baik sahaja. Jaga diri,iman, hati. Sayang kamu :’( fillah!

Jumaat, 18 Mei 2012

Seberapa sangat aku?


Biarkan aku. Menulis sendiri dengan bebasnya. Tanpa ada sekatan pembaca. Biarkan aku menulis. Semoga tidak melanggar syarakNya.

Kadang-kadang kita berasa kita hebat, namun, Allah selang selikan rasa hebat itu dengan kelemahan yang kita nampak Tidak kiralah yang kita lihat sendiri atau atas teguran orang lain. Sebagai apa? Sebagai alarm yang mengingatkan kita bahawa kita taklah sehebat mana dan kehebatan itu hanyalah dipinjamkan oleh Yang Maha Hebat.

Kadang-kadang kita rasa apa yang kita pinta dan pohon melalui doa adalah yan terbaik untuk kita, maka kita tidak reda jika tidak memiliki apa yang dihajati. Kerana Allah masih sayangkan kita, maka ada juga dalam hidup saat doa dan harapan kita lebur, kerana Dia ingin ingatkan hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Kadang-kadang kita ragui pemakbulan taubat, kemudian Dia sakitkan kita dengan tersepak batu, maka dengan itu, terhapuslah dosa. Nak katanya di situ, Dia Maha Penerima Taubat.

Kadang-kadang kita mencari beribu alasan untuk melindungi kecuaian sendiri sehingga ada masa kita salahkan orang lain. Namun, Allah masih buka hati kita untuk berfikir; " sampai bila aku nak salahkan orang lain?". Maka jangan ragui Allah itu Maha Pemberi Hidayah.

Terus denagn kadang-kadang yang sering terjadi dalam kehidupan kita. Kita asyik terfikir bagaimana ingin mengikhlaskan diri. Kita senaraikan beribu macam amalan yang baik-baik dari bangun tidur sehingga tidur kembali,. Namun, nafsu lah yang sering menggagalkan kita untuk melakukan perka-perkara tersebut. Nafsu menarik selimut, melekat pada tv, melayari internet dan bermacam lagi termasuklah makan, sedangkan kita juga sedar yang matlamat hidup bukan itu. Kita juga sering ingin memiliki apa yang dimiliki orang lain sehingga mampu merendahkan orang lain serendahnya. Disitulah ria dan takabbur mengambil tempat di hati manusia.

Hakikat yang ditemui, sebenarnya kita masih belum menghargai diri sendiri sehingga kita tidak mampu bersyukur dan menghargai orang lain. Renungan buat orang-orang yang berfikir.

Khamis, 17 Mei 2012

Khutbah jumaat

Bayu suara khatib,
Mengingatkan, menyampaikan,
Cuma itu,
Bayu hidayah,
Menentukan penerimaan,
Pengamalan,

Sedikit-sedikit,
Benar,
Tahap-tahap,
Betul,
Tapi tolong,
Jangan sampai tak mampu buat satu,
Engakau tinggalkan semua,

Bercakap tentang hidayah,
Berbicara untuk berubah,
Ada kata,
Belum sampai seru,
Ada bisik,
Belum tiba waktu,
Tidak,
Hidayah boleh dicari,
Allah itu Maha Pemurah,
Maha Pemberi Hidayah,
Mintalah dariNya,
Dia Maha Baik,
Percayalah
:)

Harap maaf, tidak berjaya =)

'Asa an takrahu syai an wa hua khairun lakum wa 'asa an tuhibbu syai an wa hua syarrun lakum

hadam . senyum . =)

Selasa, 15 Mei 2012

Dimana ada kemahuan


Hidayah ada dua fasa, yang mana tidak dapat kita kata kita sudah dapat sesuatu hidayah kecuali telah melalui dua fasa ini; iaitu permulaan (bidayah) dan pengakhiran (nihayah).
Antara cara untuk mendapatkan hidayah pula adalah dengan menuntut ilmu. Antara kaedah mendapatkan ilmu pula dengan membaca. Kerana itu, besarnya makna disebalik wahyu pertama yang Allah turunkan buat Muhammad s.a.w;

"1. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan."
(Al-'Alaq:1)

Imam Ghazali menegaskan bahawa, membaca itu adalah permulaan hidayah. Dan pengakhirannya adalah mengamalkan ilmu tersebut( ilmu yang baik-baik). Andai kita membaca dengan niat untuk riak atau takbur dengan menyatakan nas-nas dan dalil-dalil ketika berhujah , maka tidak mustahil gurunya juga mendapat saham dosa sepertimana tukang besi yang menjual pedang untuk para perompak. Kerana itu, pada muqaddimah bukunya Bidayatul Hidayah, dia meletakkan agar para pembaca membetulkan niat masing-masing, sebelum menruskan pembacaan. 

Imam Ghazali juga ada menulis dalam buku yang sama bahawa penuntut ilmu itu ada tiga golongan;

1) Orang yang menuntut ilmu semata-mata kerana akhirat. Maka dia orang yang beruntung

2) Orang yang menuntut ilmu kerana mengharapkan pangkat dan pujian manusia dan dia sedar niat sebegitu adalah salah disisi Allah. Jika dia bertaubat sebelum dia mati, insyaAllah, dia berbahagia. Tapi jika dia tidak bertaubat sebelum ajalnya, maka terserah kepada Allah samada ingin mengampunkannya atau tidak.

3) Orang yang menuntut ilmu kerana dunia dan dia masih merasakan dirinya mulia di hadapan Allah sedangkan dia hanya mahu manusia tunduk padanya. Dia berasa mulia dengan jubahnya dalam masa yang sama dia mengharapkan manusia menurut telunjuknya kerana dia berasa tinggi dengan ilmu yang dia miliki. Maka nantikanlah siksaan Allah. 

Dan jika teruskan pembacaan, Imam Ghazali meletakkan pengamalan sunnah-sunnah kecil bermula daripada adab bangun tidur sehinggalah tidur kembali merupakan pemula kepada pengakhiran hidayah, yang mana bila kita mencapai pengakhiran hidaya ini, maka berjayalah kita mendapatkan hidayah berdasarkan bacaan kita tadi.

Saya rasa terasa. Saya stop baca, saya fikir, ada saya capai pengakhiran hidayah selama saya membaca selama 12 tahun? Dan ada apa yang saya cakap perkara baik-baik yang saya capai pengakhiran hidayah itu? Gedebush!!!

p/s: Konklusi: Jika niat kita jujur pada Allah, Allah akan kuatkan kita, Allah akan bantu kita. Jadi, jangan berdukacita :) dak gitu? :) jadi, nak capai pengakhiran kenelah usaha kuat sikit lebih dari waktu kita nak capai permulaan hidayah, dak gitu kawan? :) I talk to my self

Isnin, 14 Mei 2012

Asal roh Islam

Roh yang terbang,
Mengharumkan jasad yang hancur,
Jasad yang hampir hilang,
Dikutip, Dicantum,
Dalam 7 helai kain putih,
Dimasukkan keliang lahad,
Ditanam,
Kemudian membongkar lagi tanah kuburan yang lain,
Jasad yag baru,
Dilahadkan jasad itu,
Kerja yang berkitaran,
Namun Mukjizat Allah,
Bom Hologram,
Ledakan kelahiran manusia,
Misi yang tercapai,
Setelah hilangnya jasad si syahid,
lahir pula si syahid yang baru.

Palestin,
Nama yang menaikkan semangat,
Hamas,
Nama yang menaikkan roh jihad,
namun,
Perjuangan bukan didasarkan kerana kepartian,
Bukan kerana menjemput nama yang dijulang,
Tapi asal roh Islam,
Kemanusiaan,
Menyahut panggilan saudara jauh,
walau tiada bau bacang,
namun dia di bawah pertanggungjawabanku,
Dia tanggungjawabku,
Dia, 
Dia,
Dia,
Dia yang takkan ditinggalkan roh, hati dan jasadku,
selamanya

Isnin, 7 Mei 2012

Saba baaah mari!

Ya Allah, permudahkan. Semoga ini keputusan yang terbaik :)
Doakan

Ada yang kata saya adik kakak saya^^

saya kate,memanglah!

Serabut kot!

Mesir, Jordan, KM Banting = tak konfem lagi
Sababaaah mari, nak pergi tu I tak tahu lagi
Jadi, tak tahu nak pilih yang mana.
Tunggu istikharah saja dah ~
doakan

Ahad, 6 Mei 2012

KENCANG

jangan nak kencang sangat,
Sebab kata-katamu hanya tinggal liur basi,
merancang dan mengiyakan perilaku,
bukan sekadar merancang,
mengangkat hebatmu,
hebatmu pada Tuhan,
Maka,
perilaku lebih menggetarkan berbanding kata
musuh jahat yang merancang lebih baik dari penyerang baik yang tiada agenda,
panjang,
kencang,
buat tak mahu,
baliklah!

Jumaat, 4 Mei 2012

Tinggalkan

Mudahnya menduga,
tapi perlu jua,
perlu tinggal-tinggalkan kalau sayang,
sebab tak dibawa masuk kubur,
cuma muamalatnya dibawa bersama,
jadi saksi,
khalitunnas,
tak selamanya disisi,
tak selamanya dirindu,
ada masa,
ketika dan waktu,
rindu harus dilepaskan,
kerana dia ada Penjaga,
Serahkan


merindukan yang jauh tak perlu diungkap sentiasa...'tujuan'

Khamis, 3 Mei 2012

I love U so

No feeling, no hurting...just only want to cry for remembering something~

Rabu, 2 Mei 2012

Amarah

Semua punya,
Tinggi atau rendah,
Sabarnya,
Kuat atau lemah,
Kerana amarah,
Hancur,
Bila tak berpegang pada waras,
Dan sabar,
Fizikal rosak,
Kata-kata busuk,
Mangsa amarah terkena,
Walau pemulanya adalah mangsa,
Kerana sabar telah hilang,
Maka kata lembut; tidak dipegang,
Yang tinggal bertindak,
Sia-sia.