Khamis, 22 Disember 2011

Alamak, aku termencarut doe!



salam
em, sekadar nak bertanya. 'doe' tu apa ye?
Sebab, biasanya kalau dengar para remaja zaman sekarang ni cakap mesti ada kalimah 'doe' tu kat belakang.
Benda apa maksudnya tu? Saya tak faham sampai sekarang.

DUdE @ boDOh?

Pernah satu hari, time duduk 21 orang dekat asrama tercinta, kita orang dah tak tahu nak buat apa. BOSAN! ialah, 21 orang dalam maktab, hujung terengganu.
So, kami-kami yang perempuan ni tengoklah satu cerita hindustan. Agak-agaknya cerita apa?
3 IDIOT
Cerita ni bagus! Seriusly, ini adalah satu cerita karya orang india yang bagus. Cuma ada beberapa part yang sangat-sangat merbahayakan dan saya tutup matalah sampai habis part tu.
Saya tak pasti perlu atau tidak anda melihatnya, tapi sungguh, memberikan motivasi mengenai cinta akan sahabat. Tapi risau jadi maksiat pulak kan? Jadi harap ada yang pandai potong part yang tak elok, barulah boleh dilihat. Tak la kita buat maksiat.

Waktu itulah, nak cakap yang saya n betul-betul buta BI, baru tahu apa maksud 'dude' dalam bahasa melayunya. Kalimah itu biasa nya diucapkan kepada kawan-kawan.

Jadi apa yang ada kaitannya dengan perkara yang diboldkan diatas?
DUdE @ boDOh?

Kalau lah yang diucapkan 'DOE' tu, membawa maksud 'DUdE' , ok lah kan
Tapi kenapa saya rasa itu lebih kepada boDOh? Atau saya yang terlebih-lebih?
Hurm~ :-/

Salahkah mencarut?

Nabi ada cakap, isinya;
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia menghormati jirannya, tetamu dan berkata kalimah yang baik atau diam.

Ini pula yang saya dapat dari blog http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/22/hadith-mengenai-mencarut/


Kami telah lama mencarinya dan hanya menemui kisah yang semisalnya dalam Seerah perjanjian Hudaibiyah. Ia terdapat dalam seerah Ibn Isyhaq (tokoh sejarah yang ditolak oleh Maulana kita) dari jalur azZuhri.


Ia diungkapkan oleh Abu Bakar as-Siddiq kerana celuparnya utusan Quraish yg bernama Urwah bin Mas’ud alTsaqafii ketika menyindir dan melemparkan kata-kata penghinaan kepada RasuluLlah saw. Antara ucapan Urwah ialah,” aku jamin bahawa orang-orang yg mengelilingi kamu ini (para sahabat) akan cabut lari menjelang pagi esok.”
Mendengar kata-kata itu, Abu Bakar meninggikan suaranya dan mencarut secara spontan:

امصص بظر اللات أنحن ننكشف عنه


terjemahnya:


” Hisaplah olehmu kemaluan patung Latta, apakah kami akan bertempiaran meninggalkannya?”


Kisah ini disahihkan oleh Lujnah pentasyhih tafsir Ibn kathir, cetakan Daar Ibn Haitham, 4/2649. Adapun kisah Ali itu kami tidak pernah mendengarnya dan kami akan beritahu kelak jika kami kemungkinan menemuinya dalam pengkajian kami dari masa ke semasa.

Maka dalam kontek perang di atas, apa yang diungkapkan oleh Abu Bakar itu dianggap wajar kerana kecintaan yg luhur akan Abu Bakar kepada kekasihnya Muhammad saw.

jadi, faham tak apa yang saya nak cakap?
Harapnya sampai dan harap terbuka juga hati sendiri ni.
Almaklumlah, manusia. Kalau marah, susah kan nak kawal. Alhamdulillah,dapat cuba tahan. Hanya terbayang-bayang kalimah tu dalam hati. Tapi kadang-kadang terlepas juga kalimah 'bodoh' tu kot :) InsyaAllah, saya cuba ubah...

Bayangkan buruknya mencarut tu. Engkau tak suka orang mencarut, engkau pun tak boleh la mencarut. Tak baik, buruk sangat tau!

Dah kalau kita nak marah sangat?

Habis, kalau kau lafazkan kalimah yang mencarut pun, orang tu jadi apa?

Baru dia terasa sikit yang kita marah dia.

Pastu, kau pun dapat sahamnya. Kan? Seronok kan dapa saham?
Hehe, tepuk dada tanya iman, maiyah :)


belajar dan mengajar ~ :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan