Pujian bagi saya merupakan satu pengiktirafan yang baik-baik kepada seseorang. Pujian juga suatu perbuatan memuji atau melabelkan dengan perkara yang baik-baiklah kan~
Tapi pujian yang dilafazkan oleh manusia biasanya membawa dua maksud; sama ada betul-betul memuji atau memerli :)
Pujian itu satu motivasi
Pernah dengar itu? Bagi saya benar. Ia cukup memotivasikan. Cuba lihat dalam al-Quran, ada ayat almadhu (pujian). Banyak pula tu! Contohnya pujian Allah terhadap orang yang mendapat hidayah adalah orang yang berjaya dalam al-Baqarah ayat 5.
Menjadikan orang yang mendapat hidayah iaitu yang beriman dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad dan kepada nabi sebelumnya, percaya pada hari akhirat, termotivasi untuk meneruskan apa yang dilakukan untuk memperoleh hidayah dan tergolong dalam kalangan orang yang berjaya.
Menurut ahli motivasi pula, pujian merupakan satu motivasi terutamanya buat anak-anak yang sedang membesar. Contohnya, jika anak kita yang berumur 3 tahun, menuruti perbuatan orang yang sedang solat. Walaupun pergerakannya salah dan tonggang terbailk, tapi bagi menaikkan motivasinya untuk terus belajar solat, kita haurs memuji dengan contohnya; " Subhanallah,bagusnya anak mak. Kecik-kecik pun dah pandai solat! Besar nanti mesti jadi anak soleh kan?"
Itu hanya contoh, praktikalnya boleh juga dilakukan pada adik-adik..tak semua pada anak-anak :)
Pujian pada diri sendiri
Appreciate yourself! Perlu ada rasa itu. Kadang-kadang kita duk menelek apa yang ada pada orang lain sehingga tak pandang langsung pada diri sendiri. Kerana itulah kita tidak pernah ada rasa istimewanya aku dicipta ke dunia.
NAmun, pujian itu adalah pujian yang tidak merendahkan dan memburukkan orang lain serta ada usaha kearah memburukkannya.
Saya suka bercakap dengan ayah mak saya pasal prinsip dan kemanusiaan. Dan suatu hari saya terjumpa frasa; " kalau kita tak hargai apa yang ada pada kita, kita tak akan hargai orang lain"- abi
Erk, terpukul~
Dan ingat kita sebaik-baik makhluk. maka pastikan ia terealisasi dengan akhlak yang juga baik.
Wassalam
Senyum pada muka sendiri =)
Selasa, 20 Disember 2011
Isnin, 19 Disember 2011
entah...
salam
blog, pelik kan dunia? pelik sangat2! kenapa? sebab dunia banyak kali buat aku terjatuh, tersadung.
Tapi kan blog, dunia juga buat aku bangun, bangkit, berdiri.
Nak tahu sebab apa? Sebab walau aku dilanda sebesar manapun ujian yang ada kat perut bumi, tetap Allah bantu aku.
Kalau aku gembira terlebih, Allah pukul sikit dengan ujian.
Jadi, kepelikan ini buat aku tak terlupa.
Tak lupa aku ada lagi hidupnya di akhirat yang lebih kekal.
jadi, aku cinta akan kepelikan ini!
Kadang2, Allah tak adalah kasi direct Dia punya nasihat.
Kadang2,, tak semua teguran Allah hanya boleh dapat dalam mmpi.
Nak tahu melalui apa lagi?
Melalui manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan awan serta langit.
Kalau melalui haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta alam, sudah tentulah dari sudut keindahnnya yang membuatkan aku ingat Tuhan, walaupun hakikatnya selalu terlupa. Sebab itulah kalau aku tension2 kat sekolah, aku keluar bilik, duduk belakang hostel, tengok langit, awan,bulan yang tak menguning lagi, kelapa sawit,pegang rumput. Kalau rajin, cuba ulang hafalan. Mana taknya kalau aku tak ulang, aku yang dapat dosa. Walaupun itu adalah silibus sekolah...
Kalau melalui manusia, time aku pening dan rasa tak ada harapan nak berubah atau berjaya mahupun aku sedang gembira, aku cuba sedaya upaya berkongsi bersama rakan-rakan. Aku suka jugak dengar cerita kawan-kawan sebab aku pun suka bercakap-cakap. Perangai 4 tahun aku, yang buat aku pulak jadi 'naqibah' usrah umi waktu tu, dah datang balik. Hurm, tolonglah, buat pada yang penting saja...
tapi kada-kadang aku ni akan jadi perahsia. Sebab aku nak privasi dan perkara itu aku kena selesai dengan Dia dulu.
Manusia sometime boleh jadi penasihat, ada juga yang boleh dijadikan pendamping susah senang. Ada juga yang datang hanya ketika susah. Mungkin aku tergolong kan? Sebab aku bukan sahabat yang baik...tapi aku tak pernah berhenti mencuba. tapi sekarang macam dah penat sikit.
hurm, manusia. Aku akan cuba sedayanya 'sayangi yang dibumi' sebab aku yakin dengan janji ' kau akan disayangi yang dilangit'. Tapi kenapa selalu gagal?
Yes, betul. kalau kita sayang orang, jangan sayang sangat sebab nanti kita benci. kalau kita benci orang, jangan benci sangat, sebab nanti kita sayang. Tapi kalau kita kasih,cinta kerana Allah?
Kenapa aku tulis benda yang melalut ni? Melambangkan otak aku yang tengah serabut. macam tak ada objektif...
wassalam
p/s: maaf, dy tak brp stabil emosi~

Sabtu, 12 Jun 2010
Cinta bukan mainan
Pernah aku dibisik dengan cinta,
Kata indah tak terperi,
Ayat jiwang kurasa geli,
Bodohlah diriku,
Bodohnya diriku,
Andai menerima,
Jika peluang dibuka,
Cinta bukan mainan,
Yang dibicarakan tanpa pengetahuan,
Yang disandarkan tanpa tujuan,
Bukan kerana Tuhan,
Saat cinta sebenar merisik,
Punahlah cinta dahulu,
Hilanglah rasa rindu,
Kasih berganti individu,
Tiada lagi cinta untukmu,
Maafkan aku kerana mengheret,
Maafkan jika terseret,
Dalam cinta palsu,
Pada dunia yang menipu,
Cinta yang kutunggu,
Tak dicari dengan goyang kaki,
Tak hadir tanpa berlari,
Ke arahNya.
Kata indah tak terperi,
Ayat jiwang kurasa geli,
Bodohlah diriku,
Bodohnya diriku,
Andai menerima,
Jika peluang dibuka,
Cinta bukan mainan,
Yang dibicarakan tanpa pengetahuan,
Yang disandarkan tanpa tujuan,
Bukan kerana Tuhan,
Saat cinta sebenar merisik,
Punahlah cinta dahulu,
Hilanglah rasa rindu,
Kasih berganti individu,
Tiada lagi cinta untukmu,
Maafkan aku kerana mengheret,
Maafkan jika terseret,
Dalam cinta palsu,
Pada dunia yang menipu,
Cinta yang kutunggu,
Tak dicari dengan goyang kaki,
Tak hadir tanpa berlari,
Ke arahNya.
Selasa, 12 Januari 2010
Jalan ini
Hanya hak Dia,
Bukan hak kita,
Kita cuma berusaha,
Dia menentukan segala,
Selagi menurut syariat,
Selagi mengikut al-Quran dan sunnah,
Selagi itu aku mahu tetap dijalan ini .
Khamis, 7 Januari 2010
Garilah
Garilah,
Lalu humbankan,
Maraknya kehitaman,
Hitamnya mengerikan
Lalu garilah,
Tujuh puluh hasta ukuran,
Hanya nanah dan darah,
Tiada dapat kau lari,
Bagi yang tak mahu beriman,
Untuk yang kedekut,
Nah,rasakanlah!
Langgan:
Catatan (Atom)