Selasa, 27 Disember 2011

Tanggungjawab yang besar!

salam
al waqtu kassaif
alwaqtu ka adzahab

tanggungjawab yang besar, menjadi khalifah. menyebarkan risalah Allah. Menyambung perjuangan para Nabi dan Rasul.

Sebab jabal pun tak larat dan tak sanggup nak pikul beban itu, tapi manusia sanggup. Hebatnya manusia!

Kita akan hebat selagi berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah. Tapi bila kita lari,
ásfala safilin'- sehina2nya

Masihkah kita berpegang dengan keduanya?

Amboi, baca Quran pun malas walau seayat, apatah lagi semuka kan?
Hadith yang pernah hafal dan belajar dulu pun dah tonggak terbalik, tak ingat apa dah, gane gitu?
Tepuk dada tanya iman, Sumaiyah!

Belajar dan mengajar itu indah bukan? Saya suka belajar!
Wassalam

p/s: dia sedang belajar konsisten dengan menyediakan sarapan pagi seorang diri. Tadi dah kena tegur,pastikan esok tak buat dah...
macam yang dijanjikan hari tu! :-) hehe



Yakin

Dan dengan itu, aku yakininya.
Hanya itu. Izzah dengannya.
Izzah tak bererti menolak pendapat lain, tapi menerima yang benar sahaja.
Lalu siapakah menentukan mana salah dan benar?
Nabi tinggalkan dua perkara; al-Quran dan as-Sunnah.
Ikut para Ulama'.
Terima apa yang diajarkan Islam sebenar.
Bukan ambil apa yang sesuai dengan kita sahaja.

Ingat Sumaiyah,
para Ulama' akan dimatikan pada akhir zaman ini.
Maka belajarlah bersungguh2 biar sampai jadi ulama'.
Apa jua bidang yang mengikut syariat Islam.

Aku mahu tinggalkan kejahilan lampau.
Meskipun dah lebih beberapa hari daripada awal muharram, masih tidak terlambat untuk aku berubah!
Aku yakini itu!

Belajar dan mengajar

wassalam :)

Sabtu, 24 Disember 2011

Jumaat, 23 Disember 2011

Cara masing-masing, hormati satu sama lain :)


double meaning and full with meaning.
learning and teaching to adopt with environment and people but not mean sacrificed our principe

Berkongsi kasih

Ok, cemburu tak kalau anda perlu berkongsi kasih dengan orang lain?
Semestinya ya!

Jangan salah telah. Contoh saya di sini, contohnya kakak kita. Dia ada orang lain sayang dia jugak. Umur ala-ala kita. Tapi sebab kita 'jealous' sangat, kita ingat dia sayang orang lain tu lebih daripada kita. Jealous kan?

Tapi kan dik, adik kena ingat, pepatah Melayu ada sebut, air dicincang tak akan putus kan?
Jadi sebab itulah yan membuktikan bahawa hubungan kekeluargaan, meskipun dicincang-cincang, takkan orang tu terkeluar daripada tali kekeluargaan meskipun berlainan agama.
Maksud akak kat sini, mestilah akak akan sayang adik-adik akak lebih daripada orang lain-kalau saya kakak dan itu sememangnya saya kakak.

Tapi adik selalu salah sangka. Bila akak tegur adik when adik wat salah, adik kata akak tak sayang adik. When akak marah adik buat perkara yang bahaya, adik merajuk, kata akak sayang orang lain lebih daripada diri adik.

Tak pernah pun terlintas akak tak sayang adik.
Sebab sayanglah akak tegur.
Sebab cintalah akak marah.
Akak tak mau adik jadi pelik yang merbahaya.
Pelik tak apa tapi jangan membahayakan dunia akhirat.
Akak tak mahu adik buat apa yang Allah tak kasi, dan akak harap adik pun tegur akak bila akak wat salah.
Tak salah kan kalau adik tegur akak? :-)

Tapi dik, akak kena sayang orang lain jugak. Sebab kita semua bersaudara. "Innamal mukminuna ikhwah" kan?
Jadi, akak kena sayang orang lai jugak sebab " sayangilah yang dibumi, kamu akan disayangi yang dilangit" .
Akak pun nak Allah sayang akak. Macam adik selalu nak. Jadi sama-samalah kita sayang-menyayang! cinta dikenang! Barulah Allah sayang!

Adik, tapi adik kena faham makna sayang dan cinta yang sebenar. Adik kena belajar sikit-sikit. Akak pun tengah belajar, jadi kita belajar sama-sama ya!

Kita belajar dan saling mengajar makna sayang melalui cinta Allah :)

ta'allamu wa tu'allimuh

Wassalam :)

Khamis, 22 Disember 2011

SABAR...dan HADAPI

Tadi kan dengar tazkirah tu. Maka, SABAR :)

Kabura maktan?

Serius la?
Ye, serius.
Sebelum tu, salam buat para pembaca.
Saya sedang mengalami satu masalah. Takut dan tidak berani. Masalah ini diselang-selikan dengan tak ada keyakinan diri dan mudah melatah.

Baharu tadi saya mendengar ayat surah as-Saf di televisyen siaran al-Hijrah. Sedap dan sedih. Ayat awal-awal dah pukul saya sebab malu kot! Ialah, saya ni orangnya banyak cakap. Saya terberhenti sekejap, fikir balik, dalam banyak-banyak apa yang saya cakap saya buat tak?

Allah benci orang yang tak buat apa yang dia cakap.kabura maktan tu maksud dia "besarlah kemurakaan" yakni Allah murka.
Mafhumnya menyuruh kearah kebaikan tapi kita tak buat pun kebaikan yang kita seru tu.

Contohnya;tugas adik kita jemur kain, lepas tu kita minta dia tolong kita basuh pinggan, masak, sapu rumah.Padahal kita tak pernah bantu adik kita jemur kain. Adil ka?  Agak-agak kamulah kan, kamu nak dengar ke arahan si kakak ni? Kalau saya, tak mau eh! Tapi, sebab saya bek,(persan;katakan saja terpaksa sebab kakak garang sangat) saya akan buat :)

Selain mendapat murka Allah, dakwah kita pun tak berkesan.
Chop, nak tanya. Kalau dekat sekolah kamu ada Pengerusi badam tarbiyyah contohnya, kata "couple itu haram!"
Tapi rupa-rupanya dia pun ber'couple pula kat luar, apa yang akan kamu cakap? Kamu nak dengar lagi ke apa yang dia cakap?
Tapi, kadang-kadang ada juga yang difitnah. Padahal tak pernah pun dia buat benda itu. Tapi bagi yang difitnah, percayalah, Allah bersama kamu. Kamu kena kuat kerana berdasarkan pengalaman melihat orang yang difitnah tu, kebanyakannya, fitnah tu tak tahan lama dan orang akan tak percaya pun fitnah tu.

Jadi, bukanlah saya nak mengutuk kalian, tapi kutuk diri saya sendiri dengan marah-marah sikit diri ni dengan cara macam inilah. Asyik nak manjakan diri dan nafsu, bahaya!

Orang kata, biasanya orang pendiam ni bijak!
Orang yang banyak cakap????
Don't judge book by it's cover boleh digunakan ka dalam situasi nih?
Btw, Sumaiyah must do what your mouth have said ma'ruf to another. And readers, i'm walking slowly to ketch up the meaningl of the surah as-saff. I'll try!

Learning and Teaching :)