Khamis, 15 Mac 2012

Merisaukan suatu yang tak pasti

sudah menjadi lumrah hidup, apabila berdepan dengan suatu yang menakutkan diri kita, kita akan risau, dan takut...

Ya Allah, berikan kami yang terbaik. Segala keputusanmu, biarlah kami berlapang dada dengannya.

Rabu, 14 Mac 2012

Pertanggungjawaban

"Barang siapa yang mengucapkan 'lailahaillallah', maka dia adalah dai'e"
(Hadith Nabi s.a.w)

Kerana pertanggungjawaban ini terbeban atas nama wajib, maka ku wajibkan langkahan ini.

Ramai yang berkata; "aku masih tak cukup ilmu"
Termasuk diri sendiri. Kerana pertanggungjawaban ini, aku menjawab...

"Bayangkan kamu sedang makan satu hidangan yang amat lazat. Kamu ingin memberitahu orang lain bahawa hidangan itu adalah yang amat lazat yang pernah kamu makan. Jadi, supaya orang lain mempercayai pernyataan itu, adakah kamu mahu menyuapkan padanya agar dia merasainya atau tidak?"
Ramai juga yang berkata; "Ah, aku belum cukup sempurna, nak serukan orang lain? Orang boleh terima ke?"
Termasuk diri sendiri. Kerana pertanggungjawaban ini, aku menjawab...

"Kalaulah tips untuk mengingati pelajaran itu adalah dengan berkongsi ilmu yang kita pelajari kepada orang lain, apatah lagi ilmu yang berkait rapat dengan iman dan islam!
Besarlah kemurkaan Allah kepada orang beriman yang tidak beramal seiring dengan perkataannya.
Kerana itu, kita ada satu stres yang positif. Memberi untuk menerima tarbiyyah. Kerana apabila kita menyeru, maka telinga kitalah yang paling dekat mendengar seruan itu. Jadi, kitalah yang lebih-lebih lagi perlu beramal dengan seruan yang kita serukan itu"

Ramai yang berkata; " Takut tak tertanggunglah..."
Termasuk diri sendiri. Kerana pertanggungjawaban ini, aku menjawab...

"Kata-kata siapa lagi yang tiada mungkirnya melainkan Allah?

La yukallifullahu nafsan illa wus'aha

Tidak Allah bebankan seseorang itu dengan bebanan yang tidak dia mampu tanggung

Maka, jika seruan itu wajib...kamu adalah mereka yang terpilih. Percayalah =) "

Kerana pertanggungjawaban ini, kutujukan ini khas buatmu...diriku
wassalam


Selasa, 13 Mac 2012

Bukan retorika

Ini kalimah buat kamu...Kalimah itu untuk aku

Harus diingat, sayang kita kerana Allah. Apa yang baik, kita amalkan. Apa yang buruk kita sama-sama hindarkan. Kerana sayang kita kerana Allah.

Harus diingat, ukhuwah ini untuk selamanya. Ukhuwah ini bukan lakonan sia-sia. Kerana kita dipementasan yang real. Maka jangan jadikan "Uhubbuki fillah" sekadar retorika. Tegur aku bila aku salah. Betulkan aku, aku cuba membantu dirimu.

Harus sentiasa diingat, aku mencintaimu kerana DIA

Wassalam

Isnin, 12 Mac 2012

Dan kini kutahu, kerana Allah...

kesedihan kerana kefasadan,
titik mula, bukan yang terakhir,
Sayang,
Ketahuilah,
Aku mencintaimu kerana Dia

Even for a thousand times

Dude, do you know...
Even we was seperated by times and places,
But your motivation make me strong :)
I still keep your letters that you gave to me, every letters...
Dude, I'm reaaly miss you,
Don't judge me, but please,
Please give me your advices and your warmth words that make my spirit rising up.
Dude, I Love U bcoz of Allah

saya mahu berkongsi

tahu apa itu perkongsian?Suatu  yang indah. maka aku juga mahu merasainya. sudikah dikau untuk menerima.

Alhamdulillah kita berjumpa di satu page yang usang dan tak ada orang nak datang ni. Apa-apapun, semoga perkongsian ini termasuk dalam urusan majlis ilmu harapnya.

kelebihan majlis ilmu
Perlu ke saya berada dalam majlis ilmu? Ya perlu. Kenapa? kerana, satu ayat yang tersingkap melalui majlis ilmu itu mampu memberikan kesan walau setitik pada hati.

seperti sebuah kisah pada zaman rasulullah. dimana seorang sahabat ini suka sangat mencuri, dalam masa yang sama, dia suka mendengar majlis ilmu. Suatu hari, dia singgah di sebuah majlis ilmu yang disampaikan oleh Nabi s.a.w. sendiri. Di situ dia sangat terkesan dengan kata-kata Nabi s.a.w;

"Tinggalkan apa yang haram, kamu akan dapat yang halal"

jadi setelah itu, kata-kata itu sering terngiang-ngiang di benak fikirannya. Suatu hari, dia pecah masuk ke rumah seorang wanita kaya. Disitu, dia cuba untuk mencuri, namun kata-kata nabi s.a.w masih terngiang difikirannya. Maka, nak dijadikan cerita, dia tidak jadi nak mencuri.

Suatu hari, wanita kaya bertemu dengan nabi s.a.w kemudian nabi bertanya kepada orang di dalam majlis ilmu ketika itu; siapa yang mahu bernikah? Maka pemuda yang dulu suka mencuri itu mengangkat tangan. kemudian akhir cerita, pemuda itu bernikahlah dengan wanita kaya itu.
Apabila sampai di rumah wanita tu, dia terkejutlah. rupanya rumah tulah yang dia pernah nak rompak dulu. benarlah kata-kata nabi s.a.w

sampai di situ saja, wassalam =)

isi kandungan kuliah maghrib; ust tarmizi johari(keleihan solat)

Ana uhubbuki fillah

sweet...terima kasih sebab sayang akak. Akak sayang kamu jugak.

dalam sayang, kita boleh. Tapi jangan jadi berlebihan. Berkadaranlah. Sebab kalau sayang sangat boleh jadi benci. Jadi, berkadaranlah sayangnya

Akak cuma terfikir, sayang akak ni berkadaran atau berlebihan. Takut nanti bawa masalah pada iman.
Akak muhasabah sekejap, kenapa akak sayang kamu? Betul ke kerana Allah, atau sekadar saluran sayang yang dijalin kerana kamu sayang akak jugak?

Apa yang pasti, sayang ni akak tak tau kenapa. Akak cuba letak kerana Allah, sebab itu saja jalan yang Allah redha. Akak mahu kamu semua taat Allah dan Rasul bukan kerana akak suruh, tapi atas kesedaran kamu sendiri. Kamu semua dah besar. Akak nak tengok kamu dewasa dengan suasana Islam.

Kalau adik kandung akak rajin, akak mahu kamu adik yang bukan kandung akak pun jadi rain. Kalau kamu yang bukan adik kandung akak belajar al-Quran, selalu practice hafal quran, akak nak adik akak pun rajin ngaji, rajin hafal Quran. Pendek kata, apa yang baik yang ada pada kamu, akak nak jugak ada pada adik akak. Apa yang baik yang ada pada adik akak, nak kamu cuba amalkan jugak. Sebab akak dah anggap kamu semua macam adik sendiri. Berat nak tinggal. Risau nak biar. Jadi peluang inilah akak cuba manfaatkan.

Gitu jugaklah kalau akak marah. Tapi jujur akak cakap, kamu ajar akak erti sabar. Allah takdirkan akak jumpa kamu mungkin untuk ini. Terima kasih Allah. Terima kasih adik-adik.

Dan Allah juga beri akak sahabat-sahabat yang begitu indah sepanjang hidup akak. Semua pertemuan dengan sahabat2 akak sejak dari lahir adalah suatu yang indah buat akak. Walaupun tengahnya ada rasa ngilu dan sakit. ah, itu normal dalam persahbatan. Sebab sakitlah ada manis kan?

Dik, akak sayang kamu semua. Satu pesanan utama. Taat Allah dan rasul. Yakin Allah ada sentiasa bersama kita, Dia dengar doa kita. Serius, Dia dengar,,,lagi2 orang yang macam adik2. =)

Wassalam