Memaparkan catatan dengan label benar2 rindu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label benar2 rindu. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Mac 2012

Tinggalkan dia pada Tuhanmu

Aku tinggalkan ini
Dia, sukar kulupakan. Hakikatnya tak perlu dilupakan. Jujur, hati ini merinduimu,sangat-sangat! Sedangkan kita punya beza, cuma segelintir yang serupa. Aku tidak tahu apa pula pandanganmu.

Aku mahu berhenti beremosi. Kalau sayang, jangan sayang sangat...kerana nanti timbul benci. Kalau benci, jangan benci sangat...kerana nanti akan timbul sayang. Maka, berpada-padalah. Dan Nabi juga tidak suka akan perbuatan yang berlebih-lebih. Jadi, sayang, rindu,cinta, kasih ini...kubataskan biar hanya kerana Allah.

Sahabat,
Kita mungkin kenal hanya dalam sesaat dan bakal berjabat dengan jabatan yang mungkin itulah yang terakhir. Aku risaukan keadaanmu, tapi aku lupa...Allah kan ada. Jadi apa aku nak risaukan.

Sahabat,
Aku tinggalkan kau dalam kalungan doa selamat buatmu. Semoga kita sentiasa dalam maghfirah dan rahmatNya. Bajailah benih iman yang kita semai. Kini ia mula menghasilkan tiga daun, iman, islam dan ihsan. Maka bajailah ia bersama. Meski jarak dan masa memisahkan kita.

Sahabat,
aku mencintaimu kerana Dia, insyaAllah.

Wassalam

Rindu itu


Rindu,
Antara anugerah ataupun barah,
Yang mengharum atau merosak,
Sekeping hati,
Hari-hari yang dilalui.

Rindu,
Sering diucap,
Sering diungkap,
Tanpa kembali ke tunjang makna rindu,
Rindu yang dibenarkan,
Yang diiktiraf syara'.

Ku merindui sebuah perkenalan,
Bibitnya kerana ilmu,
Namun,
Sering juga perkenalan itu mengganggu,
Menggundahkan hati,
Apakah khabar yang dirindu.

Rindu itu,
jika sampai mematikan semangat,
Jika sampai mengendurkan langkah,
Tinggalkanlah,
Kerana itu bukan yang Dia reda,
Cuma suntikan rindu syaitan yang membinasakan.

Rindu itu,
indah bila dibalas ataupun tidak,
cantik walau tak dirindu,
kemas bila rindu disisipkan lagu,
Lebih menawan dengan serangkai doa;
"Allah, berikan hidayah buat kami...
sentiasa...
Jangan Kau berhenti memberinya,
Walau cuma untuk seketika"

Sahabat, aku rindu kamu...
sangat-sangat!