Isnin, 31 Disember 2012

Berhenti rehat

Ujian,
Ada yang bertulis,
Ada yang lisan,
Doakan 

Ahad, 30 Disember 2012

Matin (Sabar)

Ustazah Huda masuk kekelas dengan membawa sebatang rotan halus. Suasana kelas itu tiba-tiba senyap, kemudian suara pelajar-pelajar yang sedang murajaah Al-Quran kembali bergema seperti bunyi sekawan lebah yang balik ke sarangnnya.

"Aiwah, Matin...Ta'ali hena (mari sini) "

Matin segera menyahut arahan guru Al-Qurannya itu. Dia membuka surah Hud dan memulakan bacaannya pada ayat 62. Sampai sahaja pada ayat yang ke 88, dia berhenti. Lama dia berhenti membaca. Ustazah Huda hairan, lalu bertanya.

"Li (kenapa) ?"

Matin terperanjat dengan pertanyaan gurunya itu. Tanpa memjawab persoalan itu, dia menyambung bacaanya sambil menangis. Semua yang terdengar bacaan Matin turut terharu walau mereka hanya memahami sebahagian sahaja daripada ayat tersebut.

"Dia (Syuaib) berkata, "wahai kaumku! Terangkan padaku jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan aku dianugerahiNya rezeki yang baik (pantaskah aku menyalahi perintahNya) ? Aku tidak bermaksud menyalahi kamu terhadap apa yang aku larang darinya. Aku hanya bermaksud (mendatangkan) perbaikan selama aku masih sanggup. Dan petunjuk yang aku ikuti hanya dari Allah. Kepada-Nya aku bertawakkal dan kepadaNya pula aku kembali"

Matin memberhentikan bacaannya disitu kemudian dia meminta izin dari gurunya untuk ke tandas. Airmatanya masih mengalir ketika dia berlari ke tandas. Sebak, tapi tiada siapa yang memahami isi hatinya.

Ustazah Huda melihat tindak tanduk Matin, kemudian dia tersenyum.

Ustazah Huda seorang guru Al-Quran berbangsa Arab merupakan sarjana muda Al-Quran dan Sunnah di Universiti Al-Azhar.Kelas mengaji yang diusahakan oleh ustazah Huda, sejak 5 tahun lalu mensasarkan agar pelajar-pelajarnya khususnya berbangsa Melayu  mahir mengaji dengan bertajwid dan menghafaz al-Quran dengan tartil. Padanya, bangsa Melayu merupakan antara bangsa yang paling mudah dibentuk lidahnya mengikut sebutan makhraj huruf arab yang tepat. Selain itu, dia juga arif bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa yang penuh dengan budi pekerti yang luhur. Apa yang membuatkan kelas mengajinya itu lebih menarik adalah semua pelajar terdiri daripada pelajar perempuan. Suasana seperti inilah yang dapat menjaga ikhtilat dan hafalan para pelajar.

Selepas habis kelas sesi itu, semua pelajar menyalami Ustazah Huda. Matin adalah individu yang terakhir sekali menyalami gurunya itu. Ustazah Huda memeluk erat anak didiknya yang paling disayanginya itu. Sebelum mereka berpisah, sempat dia meninggalkan pesanan kepada Matin dengan ayat 63 dari surah Al-Anfal yang bermaksud;

"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfaqkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa Maha Bijaksana."

Ustazah Huda menyambung lagi nasihatnya dalam bahasa pengantaranya- bahasa Arab.

"Matin,bersabarlah! Anggaplah itu satu ujian. Walau seberat manapun ujian, Allah tetap sedia mendengar rintihan tahajud hambaNya."

Matin meminta izin untuk mengundur diri. Hari itu, hari Khamis. Pukul 12 tengah hari, waktu kelas al-Qurannya tamat. Dan hari itu serta waktu itu, hatinya sedikit terubat.

'Tuhanku Maha Perkasa, Tuhanku Maha Bijaksana, Tuhanku Maha Pemberi Hidayah', Matin memujuk lagi hatinya dalam perjalanan pulang ke BKAN Pahang.

Sabtu, 29 Disember 2012

Senyumlah

Al-Mulk:2 (sila buka)

Dulu, aku pernah kecewa. Walau ujian itu hanyalah suatu yang kecil. Tapi percayaku pada rezeki dan ujian itu kurang. Membuatkan aku terus kebawah dan terus ke bawah.


Sehinggalah Allah mengajar aku agar tidak terus ke bawah. Sebaliknya tingkatkan potensi yang ada. Dengan cara Dia beri ujian yang sama kerap kali. Sampai aku teguh bila diuji lagi. Ditambah lagi dengan sahaba-sahabat sekeliling serta murabbi-murabbi yang tak pernah menjauhkan diri setiap kali mengetahui aku diuji lagi.

Allah ilhamkan aku untuk berubah dengan menjadikan kelemahan dan kekecewaan yang dulu sebagai sebuah pendorong. Allah ilhamkan aku agar mengunakan sepenuh kemahiran untuk kebaikan ummat ini.

Jika aku mahir memasak, aku akan rajin memasak untuk orang ramai. Jika aku mahir melukis, aku buat kartun yang punyai pelbagai pengajaran. Jika aku berani ke hadapan, aku akan sampaikan suatu yang berfaedah untuk orang lain.

Akhirnya aku tahu kelebihan dan kelemahanku. Aku sedar siapakah aku.

Aku seorang Muslim. Muslim yang berjaya menjejakkan kakinya ke syurga suatu hari nanti.

Untuk matlamat itu, aku tidak perlu berlengah-lengah lagi dengan perasaan yang lemah semangat dan tidak yakin hanya kerana kekecewaan yang pernah aku lalui. Ambillah pengajaran daripada setiap ujian yang pernah Allah titipkan untuk kita. Boleh menyesal dan bertaubat. Tapi bukan menyesal sehingga tidak bergerak.

Aku sedar dan yakin, Islam ini bakal tertegak. Dan kalau aku tak tegakkan pun, ia pasti ditegakkan oleh Muslim dan mukmin yang lebih izzah berbanding aku dengan izin Allah.

Tapi takkan aku nak lepaskan peluang menegakkan agama murni ini dengan kekuatan yang telah Allah kurniakan padaku. Jika orang yang tegakkan Islam itu dapat syurga tertinggi dan dapat bersua dengan Muhammad s.a.w, takkan aku nak dapat syurga yang tak dapat jumpa dengan baginda kan?

Jadi, tiada masa untuk bersedih lagi. Tiada masa untuk tidur lagi. Kita punyai ummat yang masih hanyut, tak sedar akan tanggungjawabnya. Ummat yang masih samar-samar dengan syurga yang mereka idamkan.

Ayuh, jadi penggerak. Ayuh, tinggalkan kegagalan semalam. Jadikan ia sebagai sebuah pengajaran. Allah tidak pernah memandang keputusan akhir, tapi Allah kira setiap titis keringat dan juhud yang mengalir.

Kesedihan yang menjadikan kita futur hanya akan memakan diri sendiri. Jadi bila sedih, 'berbual' lah dengan Allah dalam sujud dan ruku'. Dia pasti Maha Mendengar. Dia Maha Baik. Dia pasti menceriakan kembali hatimu dengan berita gembira dari syurga yang disediakan buat orang yang beriman. Dan antara ciri orang yang beriman adalah bersabar dan berusaha =) Selamat Beramal dan Senyumlah =)

Hadza min fadhli rabbi
Ini dari Tuhaku
Lafazkanlah
=)

Khas untuk orang yang tersayang; Ribie 'Amir bin Rushdan
Dan oang yang pertama membaca (diri sendiri) merupakan orang yang wajib membuat apa yang ditulis. Doakan, wassalam.

Jumaat, 28 Disember 2012

Matin (Pasir)

"Awak ingat tak zaman kita Form 2 dulu? Waktu tu awak tak turun Subuh, then saya dapat tangkap. Kebetulan hari itu Ust Khairul arahkan semua yang tak turun Subuh di surau dicatatkan namanya. Bila saya tanya awak kenapa tak turun, awak jawab awak uzur kan? Tapi setahu saya awak boleh solat. Cuma kalau itu penyaksian awak, saya percaya sajalah. Sebab sebaik-baik persahabatan adalah itsar dan selemah-lemahnya adalah husnu zon (bersangka baik) kan?"

"Erm, Syahira. Apa kata kita jalan dulu...nanti Matin nampak, dia tak sedap hati pulak kan?"

Syahira tersenyum. Dia membuntuti tindakan Syamila yang ingin pulang kerana kebetulan mereka berjiran sebenarnya. Hanya selang dua buah banglo sahaja.

Setelah 4 minit berjalan,

"Syahira, sebenarnya kan awak tak pelik ke kenapa saya tiba-tiba tak jadi marah awak? "

"Tak"

"Kenapa tak pelik?"

"Sebab awak yang saya kenal memang tak suka marah-marah pun kan sebenarnya. Luaran saja yang macam singa. Dalaman, ya Allah, hurm...saya pun tak pandai nak luahkan tahap kelembutan awak tu"

"Haih, awak jangan minta saya baling pasir pula kan?"

"Kenapa nak baling pasir pula? Saya tak buat apa-apa pun.", Syahira berhenti berjalan. Mukanya muka orang yang sedang dalam kepelikan.

"Awak ni, takkan dah lupa kot? Ust Mohadeen kan ada cakap, jangan puji orang lebih-lebih. Macam satu hadis itu;

"Apabila kalian bersua dengan orang-orang yang banyak memuji, maka taburkanlah pasir pada muka mereka." (HR. Daud, Muslim, dan Tirmidzi)

"Oh, baiklah ustazah. Tapi rasanya better awak balas saya dengan sebut; hadza min fadhli rabbi- ini adalah daripada Tuhanku. Tidak begitu Ust Mohaideen suruh?", Syahira mengingatkan Syamila sambil tersenyum.

"ha, sebenarnya kan Syamila, agak pelik lah juga sebenarnya kenapa awak tiba-tiba terus 180 darjah tak marah. Bukanlah satu benda yang pelik sangat, tapi pelik jugalah sebenarnya."

"Awak ingat tak cerita yang awak buka tadi? Sebenarnya memang saya boleh solat punn waktu itu. Tapi kan itu first time saya buat, jadi takut jugalah sebenarnya. Sebab itu, saya terpaksa menipu. Hehe, tapi awak jangan marah tau. Sebab memang lepas itu saya menyesal sangat dan kehadiran Subuh saya penuh kan? Hehe, maksudnya kita satu samalah. Awak 'tipu' saya, saya 'tipu' awak", Syamila membuat isyarat pengikat kata setiap kali menyebut kalimah 'tipu'.

"Tapi saya tak menipulah Syamila...Saya bercakap benar kan."

"Lah, kan saya dah buat pengikat kata tu. Maksudnya,'tipu' awak, tipu baik. 'Tipu' saya, tipu yang jahat sikit", Syamila menjelaskan sambil tersenyum nakal.

"Tapi kalimah 'tipu' itu macam tak elok. Saya tak menipu lah"

"Hurm apa-apalah Syahira oi...",Syamila mengalah.

Dua sahabat karib itu meneruskan perjalanan ke Taman Perumahan Permatang Rambutan, kawasan yang biasanya dihuni oleh golongan elit. Namun keluarga Syahira dan Syamila tidak pernah sombong. Matin juga suatu masa dahulu pernah mendiami sebuah banglo bertentangan dengan rumah Syahira. Persahabatan Matin, Syahira dan Syamila telah terikat sejak mereka Tingkatan Satu Alpha lagi. Namun, suatu hari, mereka terputus hubungan dengan Matin kerana Matin telah berpindah tanpa mengkhabarkan apa-apa.

*****


Sudoku



Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [3:185]

Setiap masalah ada penyelesaian. Cuma tunggu usaha,doa, ikhtiar untuk cari jalan. Kadang-kadang perlu muhasabah balik setiap step dan nombor yang sudah tertulis. Sampai suatu masa, ia akan siap. Tapi hasilnya hanya dapat dirasai oleh mereka yang bersabar.

=)

Khamis, 27 Disember 2012

au liyasmut


"barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, berkata baiklah, atau diam..."
-Hadis Nabi s.a.w

Kata-kata yang banyak kadang-kadang memakan diri sendiri. Mungkin lebih baik diam jika tiada perkara yang bermanfaat yang mahu dituturkan.

Rabu, 26 Disember 2012

Matin ( Ubah )


"Kita dah selalu dah seru nama Allah dalam sujud, dalam ruku', dalam doa. Malam, siang, untuk apa? Supaya Allah angkat kita dengan apa yang kita ada sekarang ni. Yakni agama kita! Islam! Tapi dalam masa yang sama, hal kita masih tak berubah. Perangai kita masih di takuk lama. Masih buat kesilapan yang sama, masih minum dari gelas yang penuh dengan kehinaan dan keaiban.

Kemudian, kita tanya pula, mata nasrullah? Bila kemenangan Allah nak datang?

Bang, janji Allah itu benar. Kak, kalau Allah dah berjanji, Dia tidak akan mungkiri! Allah dah janji kepada hamba Dia bahawa dunia ini nanti akan diwarisi oleh hamba-hambaNya yang soleh.

Allah berfirman;
"Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur setelah (tertulis) didalam Az-Zakir (Lauh Mahfuz) bahwa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh"
(Al-Anbiya':105)

Tapi sudahkah kita sediakan generasi kita untuk kemenangan yang Allah janjikan ni? Dan kita sendiri pula, sudahkah kita ini seperti hamba Allah yang Allah janjikan akan kuasai dunia ini? "

Suara Ustaz Syarif yang tegas mengetuk jiwa-jiwa yang alpa. Nur Matin tertunduk. Sejenak dia muhasabah.

'Kalau nak cakap generasi sekarang ini, entahlah boleh tergolong dalam jilun nasr-generasi yang menang ke tidak. Kejahatan dan kefasadan ada dimana-mana. Kalau di Mesir ini yang lebih faham bahasa Quran pun masih banyak kefasadan, apatah lagi generasi dekat negara aku sendiri. Dengan LGBT, liberalisme, pluralisme nya...Haih, tak fahamlah semua nih. Hakikatnya, aku lagilah tak cukup ciri pun nak lahirkan generasi yang menang tu "

Majlis ta'lim di surau rumah Melaka malam itu berakhir disitu. Sambungannya persoalan Ustaz Syarif perlu dijawab sendiri. matin pula pulang dengan penuh persoalan.

'Habis tu, apa ciri yang perlu aku ada?'

*****
Bersambung

Selasa, 25 Disember 2012

Matin (Mulakanlah)

Angin musim sejuk sudah mula bertiup menggigilkan pelajar-pelajar baru dari luar negara Mesir. Suasana jalanraya di kawasan 'Asyir,Kaherah sangat harmoni setiap pagi,tiada beza dengan kawasan lain di Kaherah. Suasana pagi yang bingit dengan bunyi hon dari kenderaan-kenderaan awam dan manusia yang mengambil langkah berani melintas jalan.

Suq sayyarat, satu kawasan lapang yang terdapat di 'Asyir dipenuhi kabus pada setiap pagi musim sejuk. Kabus itu mula menghilang bila jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Tapi suhunya tetap membuatkan para pendatang baru Mesir mengetap bibir setiap kali mereka merentasi suq sayyarat. Tidak jauh dari suq sayyarat, terdapat kompleks perumahan pelajar Malaysia. Disitulah terletaknya Rumah Anak Negeri seperti Selangor, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Kedah. Suq sayyarat jugalah yang menjadi antara laluan utama pelajar yang tinggal di rumah negeri untuk mengambil tremco di jalan besar selepas suq sayyarat untuk ke kuliah.

Pagi itu,Nur Matin merentasi suq sayyarat dengan sehelai baju kurung biru tua dan berjaketkan jaket hitam tertera nama sekolah Akademi Ikatan Muslimin (AIM) diikuti dengan slogan "Membina Mahasiswa Beragenda". Mulutnya terkumat-kamit melafazkan doa-doa ma'thurat. Sambil berjalan, dia meletakkan sepenuh tawakkal kepada Allah.

Perjalanannya ke kuliah lancar setiap hari. Cuma kadang-kadang ada hari yang tiada tremco  yang menuju ke kuliah Al-Azhar Lilbanat di Sabi'. Tapi pagi itu, semuanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah.

Selepas tamat waktu kuliah pada jam 12 tengah hari, Matin segera pulang ke rumah negeri Pahang, tempat tinggal pertamanya di Mesir. Hari itu hari Isnin, hari dia ditugaskan untuk memasak. Sebelum sampai di rumah, dia akan memilih untuk melalui kawasan bawabat kerana di situ terdapat gerai dan kedai-kedai yang menjual barangan dan keperluan memasak. Biasanya di pintu bawabat, Matin akan membeli buah-buahan. Di bawabah thani, terdapat kedai ikan, roti, ayam dan kedai makan. Manakala di bawabah thalith,terdapat kedai runcit yang menjual barangan seperti mi spagetti, minyak masak dan lain-lain.

Hari itu dia mengidam untuk makan ikan masak asam pedas resepi neneknya. Setelah mendapatkan semua barang yang diperlukan, dia segera berjalan ke rumah.

*****
"Huih, alhamdulillah...memang koi teringin bebenor nak makan asam pedas kepala ikan boulty nih. Kau macam tahu-tahu je kan Matin?",Kak Hasnah bersuara.

Matin tersenyum sambil menyenduk nasi ke dalam dulang. Hari itu, semua ahli rumahnya berpuasa. Satu kelebihan memilih untuk masak pada hari Isnin adalah dapat menyediakan makanan buat orang yang berpuasa. Neneknya sering mengingatkan bahawa Nabi s.a.w ada bersabda;

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).

"Bukan akak ke yang hantar mesej kat saya yang akak teringin nak makan asam pedas ni? Tapi memang kita ni sebenarnya ada chemist lah kak. Saya pun teringin, itu yang nak masak tu", Matin membalas pertanyaan Kak Hasnah, ahli baitnya.

"Ha, Hasnah. Kau jangan nak rasa special sangatlah sebab Matin masak apa yang kau nak. Minggu lepas dia pun masak apa yang aku memang dah lama nak makan, Kabab Mesir kot...", Kak Syahida pula bersuara. Kak Hasnah dan Kak Syahida merupakan pelajar tahun tiga Usuluddin di al-Azhar,manakala dua lagi ahli bait Matin merupakan pelajar tahun 4 syariah.

"Awak ni dah boleh kahwin la Matin...", Kak Hani yang sedang menuang air pula mengusik Matin.

Matin sekilas memandang Kak Hani. Dia senyum lagi.

"A'ah Matin...Ish awak tu dahla medic, pandai masak pulak tu...Takkan tak ada orang nak kan?"

"Hadza min fadhli rabbi. Untuk kahwin, belum lagi", Matin menjawab.

"Ha, Matin. Awak dah isi ke borang bait muslim? Kalau belum biar Kak Hasnah yang isikan"

"Aisy, akak ni. Saya baru hirup udara Mesir. Buat apa nak gopoh-gopoh. Ingat kahwin ni senang ke? Akak-akak dah sedia nak tanggung dosa anak-anak? Dah sedia lahirkan mujadid-mujadidah Islam? Dah-dah, daripada cerita bab kahwin, baik kita baca Falnabda bianfusina ni. Banyak yang Dr Majdi Hilali nak bagitahu kita tentang generasi yang menang."

Cerita tentang kahwin tertutup begitu sahaja. Masing-masing terketuk apabila ditanya tentang persediaan untuk melahirkan para mujadid dan mujadidah Islam. Matin pula terus mengambil sebuah buku nipis berwarna hijau pekat. Tajuk buku itu bakal mengetuk hati-hati yang alpa agar sedar tentang pentingnya untuk merubah diri. Maka marilah kita mulakan dengan diri kita!


Bersambung



Rabu, 19 Disember 2012

Cinta tak kesampaian


Saya bukanlah orang yang pandai mengarang. Menulis itu, mungkin.

Saya mulakan penulisan ini.

Hadirnya cinta itu

Setiap orang pun maklum, bila baik pemulanya, baik jugalah akhirnya. Jika baik tercetus sesuatu perkara, baik jugalah bila ia berakhir. Sehingga ada kata-kata pujangga, mafhumnya 'futur dipertengahan jalan adalah hasil permulaan yang tidak baik'.

Begitu jugalah dengan hadirnya cinta.
Jika cinta hadir kerana dunia, punahlah cinta itu kerana dunia bakal punah juga suatu hari nanti.
Tapi kalau asalnya kerana Tuhanmu, dengan izinnya ia akan kekal sehingga ke akhirnya.


Cinta itu indah

Ya, sehingga ia mampu menjadikan kita sebagai korban.

Bila kerana dunia, tiada apa yang jadi halangan. Semua diletak ke tepi, Cinta yang lebih utama.

Kalau ia benar-benar kerana Allah, pengorbanan akan dibataskan dengan sebuah risalah syariat.

Cinta Nuh dan kaumnya

Pengorbanan 950 tahun...
Bukan satu pengorbanan sia-sia, tapi ia sebenarnya menampakkan besarnya pengorbanan untuk mengislah walaupun yang menerima dakwah hanyalah berapa kerat.


Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnyalalu ia berkata: “Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagimu selainNya”.  Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (kiamat)”. (Al-A’raf: 59)
Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan-ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. (QS. Asy-Syuara’: 107-110)
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya. Lalu ia berkata “Hai kaumku, sembahlah oleh kamu Allah, (karena) sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain Dia. Maka mengapa kamu tidak bertakwa (kepadaNya)?”. (QS. Al-Mukminun: 23)

Cinta tak kesampaian
Setelah banyak peringatan diberikan, akhirnya dia tetap memilih kebatilan. Sungguh, hati manusia itu dipegang Pemiliknya.
Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung, dan Nuh memanggil anaknya sedang anak itu berada di tempat jauh terpencil : “Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir.” Anaknya menjawab: “Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!”. Nuh berkata : “Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang”. Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya ; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan. (QS. Hud: 42-43)

Maka para da'ie, kegagalan untuk mengajak mad'u ke arah kebaikan tidak sepatutnya menjadi penghalang di pertengahan jalan dakwah ini. Kerana yang memegang hati manusia itu hanyalah Allah. Mungkin Dia mahu melihat, sejauh mana usaha kita melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Contohilah kesabaran Nuh a.s, kita tidak akan futur dimamah kegagalan.

Matin (Penipu)


Penipu
“Kau cakap nak pergi rumah kakak! Ni bukan rumah kakak kau kan?”, Syamila menengking Syahira, rakan baik Nur Matin.
“Saya tak cakap yang saya nak pergi rumah kakak saya, saya kata saya nak pergi rumah kakak. Saya dah anggap Nur Matin tu macam kakak saya even kami ni sama umur. Dia tua sebulan dari saya!”, Syahira membetulkan salah faham yang terbuku dihati Syamila, rakan sekelasnya.

Suasana petang sepi. Hanya suara angin yang bersoprano menandakan hari mahu hujan. Syamila masih menyimpan marah. Syahira hanya diam, mengharap suasana tegang kembali reda.

“Syamila, saya minta maaf kalau awak berasa tertipu. Tapi bukan itu niat saya. Saya cuba simpan rahsia yang Nur Matin. Dia mahu saya simpan. Kalau diikutkan, hampir dua minggu juga tempoh untuk saya jumpa rumah ‘baru’ Nur Matin”
“Tapi kenapa awak tipu saya? Kenapa awak tak beritahu saya keadaan Nur Matin tak selesa macam dulu dah? Kenapa?”
“Syamila…”, Syahira merapati sahabatnya yang kini tunduk kecewa dihadapan sebuah pondok usang pada petang yang mendung itu.
“Syamila, anti ingat lagi cerita kita dulu?”
“Cerita apa?”, Syamila bertanya.
bersambung

Isnin, 10 Disember 2012

Matin (Bunuh diri)


"Kalau itulah yang kau nak, baiklah. Siti Munirah Ahmad Kamil, aku..."
"Abah! Ibu!!!"

Kedua-dua mereka mengalih pandangan. Matin sudah siap dengan sebilah pisau pemotong roti. Mata Matin merah mengalirkan airmata kecewa. Genggamannya pada pisau tumpul itu kemas tanda azam untuk menusuk perutnya sendiri sudah bulat.

"Kalau Akak punca keluarga kita berantakan macam ini, nah ambil pisau ni, bunuh Akak...", Matin teresak-esak. Genggamannya masih kemas malah seperti sudah bertekad untuk melakukan satu tindakan diluar akal kedua-dua ibu bapanya.

"Tapi Matin tahu, adalah lebih baik Matin yang pergi. Nanti lebih mudah Abah dan Ibu nak jaga Akak. Akak tak salah. Matin yang salah. Matin yang lahir ke bumi ni. Kalau tak mesti senang Abah Ibu tak susah-susah nak cari duit. Maafkan Matin..."

"Matin!!!"

"Argh!!!"

*****
18 tahun yang lalu...

BERSAMBUNG

Sabtu, 1 Disember 2012

Kulluha lillah

Kita rijal penerus dakwah. Kita nisa' pembawa kemenangan pada Islam ini. Kitalah orangnya. Jika bukan kita, masih ada yang layak, tapi rugilah kita sebagai ummat Muhammad yang mempunyai pelbagai keistimewaan kerana Muhammad s.a.w. Maka tidak harus kita lekakan iman, ilmu dan amal yang menjadi bukti kukuh bahawa kitalah pejuang tersebut.

Tidak mahu tidak, iman perlulah bersih. Suci dari syirik; syirik besar apatah lagi syirik kecil seperti riak,ujub, sum'ah dan sebagainya. Pentingnya penerapan 'hayati kulluha lillah' yang bermaksud 'hidupku semuanya untuk Allah'. 

Ukhti muslimah harus berusaha dengan juhud yang tinggi agar setiap yang dilakukan benar-benar kerana Allah walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Contoh yang dapat diberikan adalah dalam kita berziarah saudara-mara dan sahabat, niatkanlah kerana Allah dengan merasakan itu adalah sunnah yang harus diamalkan. Sememangnya picisan daripada ziarah dapat mengeratkan ukhuwah, namun bukan itu yang dikejar kerana yang memegang hati manusia adalah Allah dan yang mengeratkan serta memisahkan dua hati itu juga Allah. Maka, tajdidkan niat sentiasa walau niat mengeratkan ukhuwah itu satu kalimah yang nampak ke'islamik'kannya, tapi tajdidkan kerana Allah kerana mungkin kita lebih renggang jika ukhuwah yang kita harap-harapkan itu tidak terjalin pun.

Ukhti juga perlu cakna dengan amalan yang dilakukan. Yang passti, Allah akan menyukai orang yang melakukan amalan wajib dan mencintai orang yang rajin mengerjakan amalan sunat. Tetapi jangan pula berkejar dengan perkara sunat sehingga mengabaikan yang fardu.


"Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: 
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku 
akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan 
dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku 
fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalanamalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku 
pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya,  jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat 
sesuatu dengannya,  jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya 
yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan 
sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya. "
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari. 

Kesimpulannya, segalanya bermula dari taqwa. Ada taqwa, insyaAllah tiada masalah. Kalau ada masalah, dengan taqwalah ia selesai dengan izin Allah.

22-31:  Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia (Allah). Sesiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah dia seolah-olah jatuh dari langit, lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.  
22-32:  Demikianlah. Dan sesiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.  


Sabtu, 24 November 2012

Tentang apa yang kau tanya-tanyakan?

1-Tentang apakah mereka bertanya-tanya?
2-Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).
3-Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.
4-Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan 
5-Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).



Jumaat, 23 November 2012

Matin (Didik)

Nurul Matin mengalirkan airmata dengan kesyahidan seorang mujahid as-Syahid Ahmad al-Qadih yang menemui Allah azwajalla ketika genap 8 hari serangan Israel dijalankan yang bermula 1 muharram 1433 sehingga sekarang. As-Syahid bersama rakan-rakannya pada mulanya bergerak ke arah sempadan untuk memacak bendera Palestin di pagar sempadan sebagai simbolik kemenangan mendapatkan hak mereka dalam gencatan senjata. 
Namun askar Israel bertindak menembak mereka dengan peluru hidup.

Nurul Matin,seorang gadis berusia 12 tahun masih keliru dengan apa yang dia hadapi. Sedang ralit dia melihat status terbaru di 'wall' group Aman Palestin Mesir, dia mendengar teriakan ibunya mengaduh. Dia segera melihat apa yang berlaku.

"Kau didik anak macam mana? Aku penat-penat cari duit, kau buat apa kat rumah ha?"
"Kau ingat kau siapa nak tampar-tampar aku? Aku kemas rumah, lap tingkap, buat apa yang kau suruh, ini itu, kau nak komen apa lagi? Kau ingat aku sempat nak buat semua? Kau tu pulak asyik keluar sampai lewat malam. Entah dengan siapa lah kan?"

Nurul Matin hanya mengintai dibalik dinding. Matanya berair. Dia menatap setiap lekuk dan menghayati warna yang menghias setiap ruang di rumahnya. Kosong.Tiada apa yang indahnya rumah dengan penghuni yang tidak indah. 

"Kalau hari-hari abang nak mengamuk macam ni, ceraikan aku!"

Berdentum hati Nurul Matin mendengar lafaz dari ibunya itu. Jantungnya berdegup kencang. Dia bangun.

"Kalau itulah yang kau nak, baiklah. Siti Munirah Ahmad Kamil, aku..."
"Abah! Ibu!!!"
*****
BERSAMBUNG

Rabu, 10 Oktober 2012

Akhawat dan ...


Inilah fikrah saya mengenai akhawat sebenar selama saya hidup didunia ini. Inilah gambaran akhawat yang saya impikan untuk ditemukan dengannya. Inilah...

Akhawat dan tujuan hidup

Akhawat sedar tujuan hidupnya hanya satu; beribadah kepada Allah. Akhawat sedar akan perlunya kepelbagaian niat tapi tujuannya tetap kepada Yang Maha Satu; supaya akhawat dapat melakukan lebih banyak kebaikan. Akhawat sedar hidupnya harus penuh dengan agenda yang mengangkat Islam suatu hari nanti. Jadi akhawat akan menyusun tarbiyyah hidupnya daripada peringkat fardi sehinggalah ustaziyatul 'alam.   Bagi mencapai tujuan tersebut,akhawat tidak menghabiskan masa-masanya yang berbaki dengan perkara sia-sia. Malah setiap amalan yang dpat mendekatkan dirinya kepada Allah ; solat di awal waktu, solat-solat sunat, mengeratkan silaturrahim dan sebagainya akan cuba dipraktikkan dengan hati yang ikhlas dan akan cuba disempurnakan dengan sebaik mungkin.

Akhawat dan masa

Saya melihat nilai disiplin akhawat itu haruslah tinggi. Hal ini kerana akhawat akan mempunyai pelbagai tanggungjawab suatu hari nanti; sebagai hamba,anak,pelajar,isteri,ibu, dan pekerja. Akhawat dan masa adalah dua kalimah yang senantiasa berkejaran saban hari di alam realiti bukan fantasi namun setiap perlumbaannnya membawa hasil yang lumayan dan amal yang sempurna. Perlumbaannya dengan masa langsung tidak membawa kepada pergaduhannya dengan manusia. Disinilah terlihat sinar keindahannya.

Akhawat dan manusia (i)

Golongan manusia pertama semestinya saya maksudkan dengan ibu bapa,keluarga dan jiran tetangga. Akhawat haruslah menghormati mereka dengan penghormatan dan ketaatan yang mengikut syarak. Begitu juga para tetamu. Layanan dan haknya haruslah dicukupkan semampu yang mampu.

Akhawat dan manusia (ii)

Ada istimewanya saya melihat kepada golongan kedua ini; akhawat dengan sahabat. Riang sahabat dirai, sedih sahabat dibantu, tangan yang tak putus-putus menghulurkan salam perkenalan dan yang sentiasa menghulurkan bantuan walaupun dalam sekecil-kecil perkara, lidah yang basah dengan nasihat dan ma'thurat membina, hati yang jernih dari zon dan wasangka.

Akhawat dan manusia (iii)

Golongan ketiga ini saya tujukan buat para ajnabi bagi akhawat. Saya melihat pentingnya untuk akhawat menjaga tatasusila dan ikhtilat ketika berkeperluan sahaja. Janganlah akhawat menjadikan mereka sebagai tajuk-tajuk utama di dada akhbar hati serta pita lidah kita sebaliknya gantikanlah ia dengan zikrullah. Janganlah pula dengan kalimah menjaga ikhtilat, akhawat langsung khazal (malu tidak bertempat) sehingga tiada yang terkehadapan dalam perbincangan-perbincangan ilmiah. Kemudian berbicara tentang ini dan itu mengenai ajnabi bila sudah di belakang majlis ilmu.

Akhawat dan ilmu

Akhawat melihat ilmu sebagai wadah yang paling besar untuk mencapai cita-cita Islam. Makanya, akhawat tidak pernah jemu untuk menuntut ilmu; daripada ilmu agama, ilmu jurusan pilihan sehinggalah ilmu rumah tangga yang harus dititikberatkan oleh insan bergelar wanita. Ilmu ini mestilah diamalkan mengikut syarak agar usaha-usaha penuntutan ilmu tidak sia-sia.

Akhawat dan khilaf

Akhawat tidak memandang khilaf sebagai titik perenggangan silaturrahim bahkan itulah yang merapatkan mereka kerana terhasilnya ilmu-ilmu dan pendapat-pendapat yang baru. Setinggi-tinggi nilai ukhuwah pada sangka baik dan selemah-lemahnya adalah dengan berlapang dada. Atas dasar ukhuwah fillah, saya yakin insyaAllah akan terlerai segala susah.

Saya dan akhawat

Saya berasa malu bila dengar kalimah akhawat dituturkan kerana saya bukanlah akhawat sejati ( yang menepati ciri-ciri akhawat sebenar). Namun saya mengambil kesempatan ini untuk menulis agar ia menjadi peringatan bersama dalam pada itu menguatkan lagi motivasi kita untuk menuju ke arah yang lebih baik. Penulisan ini hanyalah sekadar perkongsian pendapat. Jika ada sebarang pertambahan dan komen, jangan segan silu untuk mengomen.

ni3ma ajrul 3amilin :)
Wassalam

Jumaat, 28 September 2012

Pesan kakak saya



Alhamdulillah, sampai dengan selamat. Cuma kulit sedang mengalami sesi penuaan di negeri orang. Nak buat macam mana, memang itu prosudernya.

Walau apapun, alhamdulillah seronok sebab sampai dekat bumi anbiya setelah macam-macam ujian akhirnya tempatku disini. So, pengajarannya, kalau takdir kita kat situ, pusinglah tang tu ka tang ni ka, tetap akan kita sampai dekat takdir kita juga.

Teringat apa yang kakak saya cakap(dalam skypelah), bahawa perkara pertama yang saya perlu buat adalah sentiasa tajdid niat. Even kita dah lakukan sesuatu pekerjaan pun kena tajdid niat untuk apa datang bumi padaang pasir dan bumi unta ni.

Sebab niat adalah kunci sesuatu amalan itu diterima atau ditolak.

Bila sampai sini, saya rasa ganjal sikit. Dan jadi 'silent' sat. Sebab tak pandaai nak berkawan. Siapa yang saya kenal pulak, saya duk terlebih bercakap dan ketawa.

Tapi entah kenapa saya terlalu terkesan dengan kakak saya. Membuatkan saya nak duduk dekat dengan kakak saya dan saya nak berada dalam suasana dia hidup di mesir sekarang ini. Saya rasa ada something yang boleh buat hati saya rasa tenang dengan amalan dia. Kan orang cakap, kawan tu adalah cerminan diri seseorang itu. Jadi saya rasa cermin-cermin kakak saya ni adalah cermin-cermin yang mahal dan berkualiti yang mampu lantunkan cahaya pula buat orang lain. Payah nak jumpa.

Tapi apa-apa pun,hidup perlu diteruskan. Ikut prosuder. Suatu hari nanti saya akan rasa saat dapat cermin-ceerrmin macam yang kakak saya rasa sekarang.

Kakak saya pesan banyakkan ngaji. Supaya masa tak dibuang. Tapi saya tak boleh duduk diamlah. Kalau saya diam itu,tidurlah maknanya. Apapun,esok saya dah start blajar, so, anda wajib mendoakan. hehehe =)

Rabu, 19 September 2012

Harga wanita

Syahidah tersenyum-senyum sendirian. Dari tadi dia ralit meng'ensklopidia' muka buku nya. Tidak pun akan berkali-kali menekan butang '1 more tweets'. Masa berlalu dengan pantas.

"Mama, kita nak masak apa ni?", Syahida menyapa ibunya yang sudah lama berperang dengan kuali dan sudip didapur.
"Hai, anak mama buat apa dari tadi? Duduk rumah buat apa? Tenguk mama balik ingat anak mama dah masak. Hurm,lambatlah lagi kamu kawen Syidah oi..."
"Mama, janganlah doa gitu. Orang tak mau jadi andalusia-anak dara lanjut usia.", Syahida mencapai sebilah pisau. Kemudian dia mengambil dua batang timun untuk dibuat ulam dan dipotongnya separa bulat.
"Er,mama...Kalau orang tu dia add Syidah. Tapi dia laki lah...boleh tak mami?",Syidah memulakan perbualan dapur yang biasa dia lakukan setiap kali ibunya masuk ke dapur.
"Syida, kamu tu dah besar. Tak payahlah. Lagipun buat apa nak bersosial sangat dengan lelaki-lelaki. Kita kahwin pun nanti dengan seorang lelaki saja.", Mak cik Timah berlembut dengan anaknya.
"Tapi,baru seorang yang add Syida. Takkan tak boleh mami?", Syidah mula memuncungkan mulutnya.
Mak cik Timah tersenyum melihat anak daranya itu. Dia juga tahu perangai remaja. Dia juga pernah melaluinya. Dia melembutkan lagi suaranya agar diterima anaknya.
"Kalau mami kasi sekarang, walaupun hanya seorang, mesti lain kali Syida dah tak rasa bersalah pun nak add lelaki-lelaki lain kan?"
"Tapi dia kawan sekolah lama dulu. Nanti lost contact macam mana?"
"Entahlah Syidah. Mak ni dulu remaja juga. Lalu jugalah zaman kamu ni. Tapi dulu suratlah mediumnya. Mula-mula minta kawan. Lama-lama? Siapa tahu. Dan wanita ni Syidah, hati dia lembut. Mudah rasa jatuh hati. Nanti yang tak handsome pun dia kata macam Shah Rukh Khan, yang tak cantik pun dia kata cantik",Mak cik Timah cuba memberikan pendapat logiknya.
"Mami dulu ramai juga lah yang kasi surat ini,surat itu. Tapi mami ingat pesan atuk. Masa belajar, belajar. Kalau duk main dekat alam maya macam itu, kita pun nanti ada dalam alam itu juga. Tak kemana. Biasa, orang duk suka-suka saja borak-borak, kawan-kawan, last last kahwin dengan orang lain juga. Alhamdulillah, mami berjaya elak dari rasa nak balas surat-surat itu. Sebab, kalau mami layan, hati mami mesti duk fikir saja dekat lelaki tu. Kemudian, lalai. Kan kalau lalai, hati lama-lama jadi hitam. Bila dah hitam, macam mana ilmu nak masuk kan? Macam mana rezeki nak ketuk pintu? betul tak anak mami?", Mak cik Timah mencuit hidung Syahidah. Syahidah terus menyepi. Tidak berkata sepatah. Tapi tangannya masih memotong timun tadi.
"Mak tak lah pandai agama sangat. Tapi,mami ingatlah Allah kata dalam surah al-Isra' ayat 32 "jangan dekati zina". Hai, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi nak zina kan? Orang Melayu dah ajar tatasusila sebagai wanita. Tak rugi kita jaga Syida. Kalau kita jaga tatasusila tu, macam kita jaga maruah kita. Tak rugi kan kalau jaga maruah kita? Tulah yang buat harga seorang wanita tu mahal", Mak cik Timah memeluk anak dari belakang. Syidah tersipu malu. Kalau mak dia tak pernah buat benda mungkar macam itu, tak akan dia mahu buat pula. Kalapun mak dia buat, tak akan dia mahu buat benda yang Tuhan tak kasi buat.
"Hehe, busuk tak mami? Mami baru siang ikan tadi..."
"Mami!!!! tak baiklah, Syidah dah mandi. Haha,mami ni..."
Berderai ketawa dua beranak itu di dapur. Pak cik Hamid yang sedang berjalan ke arah dapur bertanyakan tentang apa yang dibualkan.
"Hisy,ini hal orang perempuanlah! Orang laki tak boleh tahu...", Mak cik Timah berseloroh.

Tamat

p/s: masih ada masa untuk berubah
jom,cuba sama-sama

Selasa, 18 September 2012

Harapan


Zikir yang semakin syahdu dilafaz,
Takbirnya bersama teriakan alam,
Gegak gempita,
Tubuhmu hancur,
Tiada jasad yang terkujur,
Kecuali daging-daging yang harum mewangi,
Berani syahid,
Bukan berani mati.

Syabab; seorang lelaki dewasa,
Menangis,
Dia kata dalam hati,
Semoga Allah menerima jualannya,
Sekilas dia teringat,
Umatnya masih tidur,
Harus dikejutkan untuk tahajjud,
Walau bunyi bom hanya sekilometer,
Tapi itulah perjuangannya,
Itulah jualannya.

Mujahidah;wanita muslihah,
Ralit dia membengkung bayi sepuluh hari,
Dia sedia,
Dia mahu mengkafankan pula anak itu,
Suatu hari nanti,
Melahirkan untuk disyahidkan,
Dengan izin Tuhan,
Nazarnya pada Tuhan,
Sesaat terfikirkan muslimah lainnya,
Masih lalai,
Terus melahirkan dan membuang,
Tiada rasa malu,
Tiada rasa bersalah dengan perilaku sebelum mengandungkan,
Dia senyap,
Menangis,
Dia tanya;
"Bilakah akan kamu bantu aku wahai muslimah?"
Dia berazam,
Bom demografinya akan mengejutkan ummatnya,
Dengan Izin Allah.

Atfal; kanak-kanak berjiwa merdeka,
Tidak pernah gentar,
Walau dilehernya ada lastik cambuk,
Sedangkan dihadapannya punya sang kebal,
Milik sang bebal,
Dia melontar peluru,
Itu jihadnya,
Setiap lontarannya penuh pertanyaan dan pengharapan;
"Bilakah muslim lainnya akan sedar?"
"Sedarkah mereka juga bertanggungjawab atas ini?"
"Tahukah kami akan menuntut ke atas mereka yang melalaikan kami?"
Sehinggalah dia syahid,
Perutnya dirobek peluru sang kebal,
Syahidnya punya harapan yang masih belum terlunas.

Harapannya,
Mahu kita pulang,
Harapan mereka,
Mahu kita julang,
Sebuah perjuangan ini,
Agar Islam terus gemilang,
Al-Aqsa kembali terbela,
Sinar mentari memberi nafas baru buat pohon zaitun,
Mematikan pohon ghurqak,
Harapannya,
Mahukah kita kotakan?
Bilakah?
Mereka menunggu penjawabanmu.

Ahad, 16 September 2012

Norma dan fitrah


Pada kaca mataku,
Aku melihat norma sebenar atas kebaikan,
Begitu juga fitrah,
cintakan kebaikan.

Tapi norma kini jelek,
Disadur timah hitam akhlak,
mencacatkan fitrah,
Yang asalnya suci.

Sehinggalah individu itu sedar,
normanya busuk,
berlawanan fitrah,
tapi tetap saja dia meneruskannya,
hidayah tersiakan,
taufiq masih tidak menembusinya.

Kita bukan siapa-siapa,
Menentukan hidayah atau tidak,
Jadilah pengukur sendiri,
muhasabah,
Kita akan ketahui tahap taufiq dalam dada.

Jumaat, 14 September 2012

Sedar


Bila Allah sayang,
Allah tunjuk,
Allah bagi,
Allah beri.

Hamba selalu bicara sayang,
Tapi jarang tunjuk,
Kadang-kadang bagi,
Lambat beri.

Bila Allah sayang,
Allah tunjuk jalan,
Terang jelas,
Allah tegur dengan rahsia,
Tapi hamba tak mahu ambil,
Ambil lewa sahaja.

Bila Allah sayang,
Allah bagi,
Kawan yang baik,
Suasana yang khair,
Supaya bandingkan,
Diri kita dengan yang lain,
Langit dan bumi baiknya,
Tapi kita sombong,
Riak, sum'ah.

Bila Allah sayang,
Dia masih mendengar,
Walau hambaNya baru sedar,
Kerana,
Dia Maha Pengampun,
Tidak jahat,
Maha Baik,
Tidak akan tinggal hamba yang kembali,
Malah akan kembali membimbing,
Allah,
Bimbinglah kami agar sentiasa bertaubat.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]

"Setiap anak adam pasti pernah berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang mahu bertaubat." 
[HR Tirmidzi dan Ibn Majah]




Khamis, 13 September 2012

Terbalik


Umat ini kian melarat,
Semakin merempat,
Fitrahnya,imannya,
Hampir tercabut.

Umat ini kian hanyut,
untung dikaut,
nikmat disungut,
kata,
dia sudah kecewa.

Wahai umat Muhammad,
berhentilah dari itu,
Kamu mencintai ingin menikahi lelaki,
sedangkan kamu perawan,
Kamu menyayangi wanita sampai mahu mengahwini,
sedangkan kamu itu gadis,
Terbalik,
Berhentilah.

Kamu tidak suka kalimah jangan,
maka aku seru guna 'hentikan',
Kerana ia benar-benar tidak benar,
Insaflah,
Dia sejantina,
Fitrah asalnya sama,
Pasangannya berlainan jantina.

Bukan aku melanggar hak asasi manusia,
Tapi aku ingin menegakkannya,
Hak asasi yang berlandaskan hukum Pencipta,
Ingat kawan,
Kita punya Pencipta,
Dia cipta jodoh kita,
Dia tidak lupa kita,
'Kecewa';bukan alasan,
Tapi Allah menguji kekuatan imanmu,
Tunggulah, teman sebenarmu pasti akan tiba,
bersabarlah.

"Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu)." (QS. an-Naml: 54-55)

Rabu, 12 September 2012

Hilang


Arus modenisasi,
membawa bersama jati diri,
menghempaskan badai gejala,
Karang masih teguh,
Akhirnya terhakis seinci,
Kemudian seinci lagi.

Kita bukanlah pemberi hidayah,
Tapi sering juga mahukan itu,
Konon,
Akhirnya diri terhanyut,
Bukan buih yang tersadai,
Melainkan sampah yang membusukkan pantai.

Bangga dengan modennya zaman,
Riak wajah seakan tidak pernah perit,
Padahal senang itu pinjaman,
Bila jatuh,
Baru sedar,
Bila luka,
Baru kembali,
Bila sakit baru mahu mengadu.

Dia dulu pernah baik,
Kemudian mengajak kebaikan,
Oh terlupa kebaikan,
Kebaikan tidaklah datang dari jalan kebusukan,
Tapi itu jalan yang dia pilih,
Kononnya dia mampu.

Bila dia sedar dia tak mampu,
Dia cuba hentikan tangisan,
Kerana hatinya sudah gelap,
Jiwanya manja dengan kekotoran,
Tangisannya tidak berhenti,

Tapi Tuhan,
Tetap melihat,
Mahu memandang,
Mahu mendengar esak pengharapan itu,
Dia tidak memerlukan,
Tapi Dia suka bantu tenteramkan.
Dia Maha Baik.

Allah,
Bantulah hamba-hambaMu yang sudah hilang dari jalanMu,

"


Selasa, 11 September 2012

Nilai Kemewahan


Kejayaan

Apa erti sebuah kejayaan dalam kehidupan? 

Dapat melanjutkan pelajaran? Dapat duit geran disebabkan berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/S atau 'up' sikit luar negara etc Timur Tengah,Asia Barat @ Timur, Rusia, Antartika?

Aku terfikir satu malam, apa sangat yang aku sibuk-sibuk nak sambung belajar. Kenapa aku sibuk-sibuk nak tajmik orang? Kenapa aku sibuk-sibuk nak ajak dakwah segala bagai? Macamlah orang yang aku ajak akan patuh pada tarbiyyah. Confirm ke aku ni buat kerja betul-betul ikhlas?

Aku masih tenggelam dengan pertanyaan-pertanyaan sebegitu sehingga akhirnya lagu syair Imam Syafei ini membuatkan aku terpaku.



Betapa indah syair seorang yang alim. Benarlah ((“Hanya yang takutkan Allah di kalangan hamba-hamba-Nya adalah ULAMA“ [ Surah Al Fatir:28 ]))

Aku teringat yang aku pernah baca buku "Imam Syafei-pejuang kebenaran" karya Abdul Latip Talib. Buku ini banyak memberi pencerahan mengenai cintakan ilmu, adab berguru, adab menuntut ilmu, adab terhadap ibu bapa dan yang paling penting kebergantungan kepada Allah. Pembaca, silalah beli buku ini. It's very interesting! 

Daripada cerita dalam buku tersebut, aku simpulkan. Pastinya kejayaan dalam hidup beliau adalah kejayaan menguasai ilmu. Mean, bukan sekadar hafal, tapi amal.

Apa yang hebat sangat ilmu sampai Imam Syafei begitu cinta akannya? 
“Hanya yang takutkan Allah di kalangan hamba-hamba-Nya adalah ULAMA“ [ Surah Al Fatir:28 ]
Jadi mahu jadi orang yang takutkan Allah, mestilah ada ilmu. Perlu cari ilmulah maksudnya.

Maka, aku perlu letakkan kejayaan dalam hidupku adalah seperti beliau.

Kemenangan

Kemenangannya pula? Bagi, kemenangannya adalah keselamatan dan kebahagiaan. Aku suka bila tahu akan sesuatu. At least aku tidak ditipu lagi. Tapi tak bermakna aku takkan pernah ditipu! Hanya Allah sahaja mustahil ditipu. 

Dari sudut ilmu, mestilah selamat dunia akhirat. "tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang didunia dan akhirat"-as-SYafei.

Berkat

Kejayaan dan kemenangan yang macam inilah yang membawa berkat bagi aku. Tenang dunia akhirat. Even, didunia kita dilanda musibah or kena boo ke apa ke, kita tetap tenang. Kalau salah kita mengaku dan baiki, kalau tak salah, kita tegakkan hak.

Ibarat pohon zaitun

"Taqwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaiton, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan"-as-Syafei.


Tak lain, main point aku kat sini.... To grab the 'taqwa'... the gold that dissapered from individual muslims today.

Tak ada apalah sangat dunia tanpa ilmu. akhirat juga hancur tanpa ilmu. Dengan ilmu jugaklah kita akan tahu semua jawapan bagi persoalan di bawah tajuk kecil kejayaan tadi. Wassalam =)

Isnin, 10 September 2012

Lupa daratan

To my fellow friends;
I'm so sorry. I'm never forget you all. I'm only too lazy in typing messeges. It's hard to me because my handset is always hang. Forgive me naa...

for: irsyadian,smkbrian,tahapian,qberian,matinian,aiminian,umsian

Rabu, 5 September 2012

Dunia punya isi


Dunia yang sudah lanjut usia,
Manusia terus alpa,
Lupa asal kejadian,
Hingga hilang segala maruah,
Terbakar dalam arang,
Tinggal saja menjadi debu yang kotor,
Comot.

Duhai wanita,
Kau,
Asalnya dari tanah,
Kembali menjadi tanah,
Jangan mudah lupa.

Wanita,
Kasarnya tingkah,
Jeleknya lidah,
Bukan fitrahmu,
Bukan tabiat azalimu.

Wanita,
Dunia punya isi,
Dunia punya harta,
Tapi sedikitpun tidak dibawa mati,
Bahkan tidak akan kau sentuh suatu hari nanti.

Maka wanita,
Aku menyeru diriku dan dirimu,
Kembalilah kepada fitrah,
Kita punya maruah,
Kalau suka, ikut syarak,
Bukan songsang,
Kalau sayang,halalkan dengan nikah,
Jangan mudah menyerah,
Kalau cinta, ikut panduan,
Kerana hidup punya garisan,
undang-undang,
Kehidupan tanpa undang-undang,
Mati, hina, liar.

-hanya tegur kerana sayang-
-hamba Allah-

Rabu, 29 Ogos 2012

Sepintar as-Syafei

Saya masih teringat dengan sebuah buku karangan Abdul Latip Talib- Imam Syafei. Saya tertarik sebab buku tu ada banyak cara untuk kita faham ilmu dan simpan dalam dada, tak mudah dilupa. Rupanya, al-Imam hafal setelah dapat ilmu. Tapi ilmu bukan mudah nak hafal kalau hati tak bersih. So, pentingnya kebersihan hati didalam menuntut ilmu.

Masih mencari, kenapa saya sentiasa mengantuk dlm kelas dan cara mengatasi. Tension sebab perkara kecil ini!

Allahumma yassir!

Selasa, 28 Ogos 2012

SYUKUR


betapa aku mengharapkan,
Yang indah padaku,
Senantiasa mengharapkan yang terindah pada mataku,
Sehinggalah Allah menguji yang terindah menjadi yang terburuk,
Lalu aku tersungkur meratapi buruknya takdir,
Kemudian Dia menanti,
Bilakah ku kan kembali,
Memohon seperti dahulu,
Ketika aku belum mengecapi nikmat yang indah dahulu,
Begitu Dy menanti,
Namun aku masih tak fahami,
Bahawa kehodohan itu mampu berubah menjadi indah,
Dan kini aku mengerti,
Sebenarnya,
Segala keindahan menjadi kotor,
Bila kufur,
Semua keburukan menjadi cantik,
Bila SYUKUR,
Alhamdulillah...

Isnin, 27 Ogos 2012

Penulisan yang tergendala

Saya ke Tunas Manja, nak beli diari. semasa belek-belek buku yang berkenan ternampak satu buku nota, penghiasnya nampak terlalu simple tapi bagi saya cantik. Diserikan dengan ayat ' YOU THINK, YOU WRITE'

Saya terus ambil, bayar dekat kaunter.

Saya fikir balik. Saya fikir, saya tulis. Kalau saya dah lama tak menulis, maksudnya saya dah lama tak asah minda untuk berfikir. Hurm....

Sabtu, 25 Ogos 2012

Penerbitan rasa


Aku menulis apa yang aku tahu. Aku menulis apa yang aku rasa.

Semalam, ia berlaku semalam. Bila aku tahu sebuah musibah. Bila aku terfikirkan masalah. Aku termenung.

Aku pernah mentaati dengan patuh. Berkerja dengan rajin. Berjuang bermati-matian. Kerana ketika itu aku ada masalah. Aku berusaha mencari ketenangan dalam kekalutan masalah, dalam lautan benci. Ya, aku cuba mencari ketenangan itu. Sehingga ia diperkenanNya.

Setelah aku kecap nikmat ketenangan ;jauh daripada masalah, aku jadi lupa. Aku jadi selesa. Ternyata zon selesa menselesakan aku agar lupa untuk patuh, rajin dan berjuang. Aku lupa tenang dan selesa ini datang daripada perkenanNya. 

Semalam, aku sedar. Aku syukur ada masalah. Aku syukur ada cabaran. Aku syukur ada yang membenci. Sekurang-kurangnya aku tahu aku tak sempurna. Aku rasa bahawa hidup tidak semuanya indah. Dan aku yakin, hidup merupakan sebuah proses pembelajaran; pentarbiyahan. Sempurna atau tidak sebuah pentarbiyahan bergantung kepada interpretasi pelajar mengenai apa yang dipelajarinya dan difahaminya dalam amalan kehidupannya.

[He] who created death and life to test you [as to] which of you is best in deed - and He is the Exalted in Might, the Forgiving -
(al-Mulk:2)

jadi sekarang, saya rasa teruk. wanna rise my spirit back. It will be the bombastic one =)

Rabu, 15 Ogos 2012

my amali members


tanpa kita bersama,
tak berhantarlah report kump 2, =,='
have a nice raya! ^^,

Jumaat, 10 Ogos 2012

Merindu sebuah kehilangan

kadang2 lebih bahagia dengan derita sebab ada kebahagiaan lain yang muncul. Bila bila sudah bahagia, kebahagiaan ketika derita itu tidak dapat lagi dikecapi

Jumaat, 3 Ogos 2012

Apa makna cinta

Jika kau tanyakan,
apa makna cinta,
terletak pada tafsiranmu,
siapakah aku,
penafsiran punya kuasa besar,
siapakah aku,
pada tanganmu.


CEREKA INI PUNYA REKAAN DAN PERUBAHAN.

   Memandang pintu pagar Universiti Malaysia Sabah, adakah ini kali terakhir. Namun aku mengambil sikap memandang ke hadapan tanpa meninggalkan segala memori dan ingatan kepada yang pernah hadir dalam kehidupan;sahabat,teman, kawan. Tidak akan dilupakan sekalipun.

   Bukan tiada sesalan yang menyelubungi, namun berpegang kepada prinsip 'hidupku dijalani oleh aku', maka aku meneruskan langkah. Bayangkanlah selama dua bulan bersama, ikatan kekeluargaan antara kami sudah pun bermula sejak hari pertama.

    Aku masih teringat ketika kita beratur untuk mendaftarkan diri...
"Kan best kalau ada kerusi escalator. Tak payahlah kita bangun duduk bangun duduk", aku menyapa dia, sumandak Sabah. Dia hanya tersenyum. Sambil itu, aku beralih lagi ke kerusi yang seterusnya.
"Mujur kita duduk, kalau dekat U lain berdiri panjang gitu", Nadra menyambung perbualan sambil tangannya didepakan.

"Mung ni wok...", terdengar dua orang pelajar perempuan berborak dengan loghat Terengganu pekat. Kemuadian aku dan Nadra yang memang sudah kenal sebelum ke UMS lagi menyapa mereka.
"Nama saya Siti Nur Fathihah Abdul Rani."
"Saya Nur Emy Syazana Sohaimi. Panggil Emy."
"Ha, panggil saya Teh"

Dari situlah bermulanya bibit-bibit perkenalan. Nadra,aku, Teh, Emy dan Stella sentiasa bersama sepanjang Minggu Suai Mesra. Kebetulan kolej kediaman kami adalah sama dan lebih memudahkan kami untuk pergi kemana-mana bersama. Teringat juga ketika suatu malam dalam MSM;

"Ok, sekarang saya nak radio THR", aku bersuara.
"Hot lah..."Nadra mencadangkan. Serentak dengan itu, Teh dan Stella terus rancak berborak mengiyakan analogi kami kepada mereka iaitu; radio bergerak. :-)

   Kenangan yang paling tidak dapat aku lupakan adalah dikejar anjing. Suatu yang terlalu melucukan yang menampakkan kekalutan seorang aku. Malu. Tapi itulah memori yang masih segar bugar saat ini.

   Teringat juga saat kali pertama aku dan sahabat-sahabat kali pertama berusrah. Kejanggalan antara kami menjadi kurang. Keserasian semakin membesar. Kesilapan saling dibaiki. Saling memahami, membantu dan memberi.

   Aku sangat-sangat sayangkan saat-saat manis aku bersama mereka. Selama aku hidup, aku memilih untuk bercakap dan memberi. Kerana itulah aku bertekad, universiti merupakan give and take stage. Ternyata sebenarnya aku lebih banyak menerima, mereka lebih banyak memberi tanpa mereka sedari. Terlalu banyak memberi pengertian hidup yang jarang aku jumpa.

   Aku rindukan masa kita bersama. Berebut bilik, mahu duduk berhadapan =) Saat-saat kita 'main masak-masak'=) jagalah sumber perut anda ya. Kalau terkantoi, den tak dapat nak menolong =)

   Iya,terlalu banyak cerita yang aku jalani yang tidak mahu kukongsi. Biar aku bersama mereka yang menyimpan setiap sendu sedawa, suka gembira. Biar, biar Tuhan yang mengadili persahabatan kami. Sama ada benar-kesyurga, atau tidak. Semoga ke syurga.

   Sahabat, terima kasih atas segalanya. Bukan aku tidak sedih, tapi aku menahan. Bukan aku tidak sayang, tapi aku jaga ia dari terpamer. Kerana aku punya sejarahku sendiri. Semoga kalian memahami. Bersama dengan ini, aku sertakan sebuah puisi karanganku buat kalian;

Bagaimana kau menfsirkan suka,
Pada rupa atau budi,
atau pada suka yang berbalas.

Bagaimana pula kau mendefinisikan kasih,
Pada fizikal yang wujud,
pada berian yang khusus,
atau bayangan nasihat yang menyubur.

Izinkan aku mendefinasikan pula cinta,
Ia pada sebuah kejujuran,
Yang tidak terbatas,
Kecuali yang melibatkan maruah,
hawa dan dosa yang sudah tertutup.

Sayang pula,
Pada doa yang halimunan,
Yang senantiasa berkumandang,
Dalam hati,
Diratib di bibir,
Tiada terpecah,biar...
Hanya hati yang terseksa,
Bila meninggalkan,
Biar...
sendiri merindu,
Kerana baginya,
Supaya hidayah sentiasa menaungi,
dan naungan hidayah itu,
datang daripada mustajab setangkai doa misteri.

Sungguh,
aku merindui masa yang ditinggalkan,
Malangnya tiada dapat kembali,
Maka aku berjalan didunia nyata,
mengutip nikmat lain,
Sambil merangkul nikmat dahulu,
Diikat kemas di hati,
nikmatnya persahabatan.

buat yang tercinta: Nor Emy Syazana Sohaimi, Siti Nur Fatihah Abdul Rani, Nadrah Annuar, , Marlela Madsah, Wenda Riona, Sherra,Stella Jane, Nur Aina Natasha , Iman, Susilah Saderi, Siti Nur Hawa Athirah, Nur Ain dan sahabat-sahabat perjuangan yang lain yang aku sayangi.
-Jaga diri-
-Semoga bertemu lagi-
Salam sayang