Khamis, 29 Mac 2012

Pemeringkatan cinta

Perlukah pada dia,
Tapi bukan dia saja,
Cuma wujud,
Secebis pengkhususan,
Seulit belas kasihan,
Serta keresahan.

Perlukah cinta,
Jika kerana dicinta,
Atau kerana diambil peduli,
Atau kerana disayangi,
Semestinya hambar.

Perlukah ada pemeringkatan cinta,
Kalau hakikatnya,
Mereka sama,
Beza pada fikrah saja,
Fitrahnya sama,
Seakan perlu,
Kerana kita bukan seru seorang,
Tapi ramai,
Tapi biar kita hormat manusia,
Macam kita sayang sangat dia,
Bukan macam,
Tapi benar-benar sayang,
"Sayangi yang dibum, kau akan disayangi yang di langit"

Kerana sudah ada contoh,
Namun tetap ada pemeringkatan.

Selasa, 27 Mac 2012

Masyuk~


INI JIWA SAYA =)

Ahad, 25 Mac 2012

Saya HEBBAT! ape...

Manusia...tak lekang daripada jatuh dan bangun. Betul dak?
Waktu bangun tu, Alhamdulillah! Solat wajib...khusyu'. Solat sunat....masyuk!
Tapi time jatuh,Allah... Solat Subuh yang dua rakaat tu pun culas yang amat!

Jadi, kita tak mahu kejatuhan yang semacam itu! Memang, kita akur bahawa kita bakal jatuh, tapi bukan kejatuhan yang melupakan Tuhan. Tapi kejatuhan itulah menjadi asbab kepada zikrullah.

Saya bukanlah orang yang ada PhD, atau pangkat Dr.; cuma mahu berkongsi apa yang boleh menaikkan semangat kita bila kita down

HEBBAT!

Saya pernah menghadiri satu motivasi. Dalam motivasi itu, dia suruh kita cakap;

"Saya....HEBBAT!"

Kalimah HEBBAT tu ada syiddah :) sambil tepuk dada. Ternyata itu satu cara yang juga HEBBAT! untuk anda lakukan bila down

Saya HEBBAT!lah...

Antara caranya lagi, cuba putar balik apa perkara pelik yang pernah kita buat etc bukak durian guna sudu, makan 'katak puru', panjat pokok, main longkang, mancing ikan.

ISY, SAYA HEBBATlah...

Saya HEBBAT! ape...

Eleh, syaitan. Macam awak sorang je yang boleh ganggu orang. Saya pun boleh tak tenteramkan awaklah...Saya tahu, awak kacau saya suruh wat benda jahat sebab saya HEBBAT kan? Sebab yang saya tahu, syaitan kita tu gemuk(kuat) ikut orang. Kalau orang tu kuat, gemuklah awak asalnya. Kalau saya lawan awak, mesti awak kering dan pahala saya pulak yang gemuk kan? Ha, ni mesti awak saje kacau sebab tak mau saya bergerak nih...Ohoho, main kasar nampak! Oit, lawan tetap lawan!!! Saya ada Allah...Allah kata manusia ni semulia-mulia ciptaan. Ha, nak cakap apa lagi? lalala~

Bukan niat riak

Erk, boleh ke cakap macam ni Sumaiyah?

Pada saya, tak salah. Sebab ayah saya pernah cakap; orang yang tak hargai diri sendiri takkan hargai orang lain. Saya fikir dalam-dalam, ada betulnya.

Sebenarnya, kita nak naikkan semangat. Daripada penghargaan kepada diri sendiri itulah yang datangkan semangat.

Contoh mungkin saya boleh datangkan dalam bentuk ini.

Ada seorang hamba Allah, dia frust tak dapat nak sampaikan mesej @ nasihat kepada sahabatnya yang merokok. Menjadikan dia rasa serba salah, tapi tak tahu nak buat macam mana. Kalau tegur, takut kawan tak boleh terima. Tak tegur, nanti ditanya. Hurm, kemudian...syaitan bisik suruh futur.

ha, jadi kat sinilah gunanya kita riview balik...Muhasabah, untuk diri sendiri.

Contohnya;
'Hurm, waktu aku umur 20 tahun dulu aku boleh ajak adik2 solat, takkan dia yang sorang ni aku tak boleh? Aku ni Allah dah jadikan HEBBAT! dari makhluk2 lain, takkan nak tanggal jadi asfala safilin pulak. Haisy, tak boleh ni...kene kuat, kene buat! Aku bukan wat kerja jahat pun...aku nak tegur sebab aku sayang dia fillah...kalau kita jaga Allah, Allah jage kite kan? Jadi takkan hilang kawan sebab sayang fillah, kita nak nangis tak berlagu pulak. Cikgu Zainab kata; yang tak mau kawan dengan kite tu sorang je...ramai lagi orang kat luar tu. Apa nak risau?'

Ini yang saya maksudkan. Yang menjadikan kita HEBBAT! itu adalah Allah. Jadi jangan lupa, Dia Maha Hebat! Nak dapatkan spirit HEBBAT tu bukan goyang kaki jah. Ada kerja, ada usaha...bukan usha-usha je. tapi kene rapat dengan Yang Maha Hebat lah...

Hakikatnya, segalanya adalah pemberian Allah. Kalau nak, rajin-rajinlah mengemis (I mean doa) lianna ad du'a silahul mukmin :) dan yakin, Dia dengar...sentiasa :)

saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tegur2 la. :)

Sabtu, 24 Mac 2012

Pemula dan penghabisan

Ilmu pemula hidayah,
Tak bermakna hidayah dihadam,
Kerana pemula belum berada pada penghabisan.

Kerana jalan cerita hidayah panjang,
Kerana ilmu dituntut lama,
Tapi tak guna kalau untuk dunia,
Kerana itu tak akan sampai pada nihayah selama-lamanya,

Hidayah,
Ada bidayah dan nihayah,
Terangkul hidayah pada nihayah,
Ilmu tanpa amal,
Ilmu yang sia-sia,
Tak kota pada nihayah,
Menjadikan pemula seperti debu-debu yang berterbangan,
Tidak berguna,
Sia-sia,
Sia-sia kerana bidayah yang rosak kerana riak,
Takkan sampai pada penyudah,
Jadi tiadalah hidayah


Durhaka

Kencang nafas,
Selancang bibir mengungkap,
Lidah mengata,
Apa yang benar,
Cuma berunsurkan durhaka.

Perutnya yang mengandungkan,
Yang menggalah bebanan,
Dibawa ke hulur ke hilir,
Kehilir kehulu,
Tapi akhirnya dituduh pemalas,
Dikata menyusahkan,
Ditinggalkan di rumah,
Yang bahagia dekorasinya,
Tapi siksa jiwanya.

Durhaka,
Menyingkap tabir si anak,
Si Tanggang,
Malin Kundang,
Wataknya berbeza aktor,
Tapi sama warna,
Layar latar unsur sama,
Berbincang betapa,
DURHAKA,
Mudah berlaku tanpa tahu.
Walau tahu,
DURHAKA,
masih menjadi pilihan,
NERAKA,
pasti jua menanti.

Something different

Penulisan perlu kepada jiwa. Dan jiwa yang gunda,resah, gembira mahupun lapang, tetap mampu menulis. Cuma, kerana itulah lahirnya intonasi ceritera.

Something different

Ah,susah! Tak pandai nak menulis! Serius!

Ok, straight to the point.

Saya nak cakap something different bila kita ada kawan. Something different bila kita ada kawan yang baik.

Tadi saya dengar satu promosi daripada sorang pakcik dekat KP, dia promote pasal Linguaphone. Saya berminat sangat2! Tapi duit tak cukup lah! rm 1989...bayar pendahuluan rm 290...huih, mane nak cari duit ma...

Tapi, saya suka petik satu kata-kata dia.

"Dik, kalau awak nak tingkatkan bahasa Inggeris awak, awak mesti datang kelas kan? Tapi persoalan abang sekarang ni, orang-orang dekat kelas tu cakap gune bahasa ape?"

"Erm, Melayu"

"Yes, jadi, macam mana kita nak berlatih bercakap bahasa inggeris kalau persekitaran kita cakap pun bahasa Melayu? "

Erm, saya hadam. PERSEKITARAN, turut memberi erti dalam pentarbiyahan. Kalau persekitaran tu baik, maka tarbiyyah pun mudah hadam dan diserap oleh kita. Tapi kalau buruk...erk, tak pasti. Boleh jadi lebih baik, atau lebih buruk. Yang pasti kalau kita still ingat Allah, alhamdulillah. Sebab saya teringat satu hadith; isi pengajaran yang saya dapat ambil daripadanya, kita ada naik dan turunnya...untunglah kalau kita turun tu kita still ingat Allah.

Dan kadang-kadang, suasana fi amanillah tu membuatkan kita rasa, tak kesah kalau tak boleh balik rumah pun atau dengan erti lain, tak homesick lah~

Dan saya berjaya buang homesick itu kini ;) suatu yang amat dinanti-nanti sejak dulu.

Itu saja yang something differentnya...
Wassalam

Khamis, 22 Mac 2012

PENTING! TO ALL 18'S OR BARU LEPAS SPM

SAHABAT...WAJIB DATANG!
PAHANG (24&25 MAC 2012)
KELANTAN (28&29 MAC 2012)
TERENGGANU (4&5 APRIL 21012)
PERAK (7 & 8 APRIL 2012)
sARAWAK (11 &12 APRIL 2012)
SABAH (14 &15 APRIL 2012)
http://www.facebook.com/KarnivalPendidikanMARA?ref=ts&sk=app_195646697137509

ni je yang saya dapat bantu untuk kecemerlangan bersama...
Wassalam

Ops, terbocor sudah...

Pernah menangis? Pernah ketawa? Pernah marah? Pernah geram? Pernah rindu? Pernah sayang? Pernah tension? Pernah tak waras?...Erk, tak waras????
Anda jawab sendiri semua tu sebab saya tak kenal siapa anda

Tapi apa yang saya nak utarakan kali ini bukan pasal itu semua...tapi pasal PERKATAAN....

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)
pernah dengar? Pernah baca? Pernah lihat? Jadi lihat, baca dan dengar...dari mulut anda sendiri.
Saya menulis untuk diri saya, dan kalau ada yang boleh diambil manfaatnya...semoga ia membawa bersama amal jariah.
Wassalam
haram bagi seorang muslim itu ke atas muslim yang lain darahnya, hartanya dan kehormatannya...
jadi jagalah aib dan maruah sesama kita walau melalui kata2...pesanan diri

Rabu, 21 Mac 2012

HANYA INI YANG DAPAT SY HULURKAN

http://afterschool.my/scholarship/
MAAF, NI JE YG SY JUMPE...harap dapat membantu

Syaitan atau hati

Alahai sang rajaku
Raja diri itu hati. Benarlah kata-kata Nabi.

'Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)

Hati jadi raja. Kalau kita syukur, hati yang berfitrah suci itu akan ucap syukur. Mengalir pada aliran2 darah dan bergeraklah organ. Tiada rasa rendah diri dahi untuk mencecah tanah.

Tapi kalau hati kotor, mampukah fitrah itu menghantar impuls syukur keseluruh organ sensor agar dahi mencium tanah? Tidak, jawapannya.

Ujian; turning point tahap keimanan

“Alangkah menakjubkan keadaan seorang Mu’min. Setiap persoalan yang dihadapinya selalu menjadi kebaikan. Dan sikap itu tidak bisa dimiliki oleh siapa pun kecuali orang Mu’min. Apabila kegembiraan menghampirinya, dia bersyukur; dan itu menjadi kebaikan baginya. Dan apabila kesusahan menimpanya, dia bersabar, dan itu menjadi kebaikannya baginya.” [HR. Muslim]

Turning pointnya...

Jika dapat nikmat...Kita syukur atau kufur?
Jika dapat musibah...Kita sabar atau putus asa?

Tepuk dada tanya iman...wassalam

Maaf andai ada kekasaran dan keterlanjuran yang tak disedari.

Terima kasih semua atas segala-galanya. Dari sekecil2 perkara hingga ke sebesar-besarnya. Saya amat2 hargai walaupun tak dapat capai apa yang kalian harapkan...Terima kasih byk! :)

Ahad, 18 Mac 2012

Kalau sudah begitu

ujian itu...
Kalau sudah tersurat, aku terima. Cuma menghadapinya agak pahit...dan memenatkan. Aku penat fikir. Aku penat amal, tapi aku masih lagi tak kuat. Mungkin kerana terlalu banyak berfikir berbanding beramal.

Untung jika jiwa ada lagi sisa syadid. Untung juga jika hati masih ada maruah. Untunglah ...

Antara perkara yang boleh melembutkan hati;

1) dengar alunan quran waktu tengah2 malam.

2) Hayati Sirah Nabi s.a.w

3) Ziarah kubur

4) Ziarah orang sakit

5) Tengok filem yang memberi iktibar seperti Umar al-Khattab

6) yang ni tak ingat

ni saya petik dari cerita dalam tv hijrah...khawatirus syab. Dia kate, masing2 boleh amalkan yang mane2 pun...tapi antara yang dia cadang...inilah.

ok, dah malas nak bercakap. Wassalam

Jiwang...erk?

Saya risau...kalau2 blog saya berbaur yang menggelikan.
Saya runsing...kalau2 tulisan saya berbunyi romantik terlajak.
Saya berfikir...betul ke apa yang saya catatkan berunsur jiwang?
Kalau jiwang...maafkan.
Tapi ketahuilah, yang jiwang tu rasanya semua itu untuk sahabat2 saya. Ya, saya yakin. Itu untuk sahabat2 sahaja atau mungkin ibu bapa dan guru2 tercinta.
Saya terlajak kah?

Siapa kenal, dia faham.
Wassalam

Sabtu, 17 Mac 2012

Tinggalkan dia pada Tuhanmu

Aku tinggalkan ini
Dia, sukar kulupakan. Hakikatnya tak perlu dilupakan. Jujur, hati ini merinduimu,sangat-sangat! Sedangkan kita punya beza, cuma segelintir yang serupa. Aku tidak tahu apa pula pandanganmu.

Aku mahu berhenti beremosi. Kalau sayang, jangan sayang sangat...kerana nanti timbul benci. Kalau benci, jangan benci sangat...kerana nanti akan timbul sayang. Maka, berpada-padalah. Dan Nabi juga tidak suka akan perbuatan yang berlebih-lebih. Jadi, sayang, rindu,cinta, kasih ini...kubataskan biar hanya kerana Allah.

Sahabat,
Kita mungkin kenal hanya dalam sesaat dan bakal berjabat dengan jabatan yang mungkin itulah yang terakhir. Aku risaukan keadaanmu, tapi aku lupa...Allah kan ada. Jadi apa aku nak risaukan.

Sahabat,
Aku tinggalkan kau dalam kalungan doa selamat buatmu. Semoga kita sentiasa dalam maghfirah dan rahmatNya. Bajailah benih iman yang kita semai. Kini ia mula menghasilkan tiga daun, iman, islam dan ihsan. Maka bajailah ia bersama. Meski jarak dan masa memisahkan kita.

Sahabat,
aku mencintaimu kerana Dia, insyaAllah.

Wassalam

Rindu itu


Rindu,
Antara anugerah ataupun barah,
Yang mengharum atau merosak,
Sekeping hati,
Hari-hari yang dilalui.

Rindu,
Sering diucap,
Sering diungkap,
Tanpa kembali ke tunjang makna rindu,
Rindu yang dibenarkan,
Yang diiktiraf syara'.

Ku merindui sebuah perkenalan,
Bibitnya kerana ilmu,
Namun,
Sering juga perkenalan itu mengganggu,
Menggundahkan hati,
Apakah khabar yang dirindu.

Rindu itu,
jika sampai mematikan semangat,
Jika sampai mengendurkan langkah,
Tinggalkanlah,
Kerana itu bukan yang Dia reda,
Cuma suntikan rindu syaitan yang membinasakan.

Rindu itu,
indah bila dibalas ataupun tidak,
cantik walau tak dirindu,
kemas bila rindu disisipkan lagu,
Lebih menawan dengan serangkai doa;
"Allah, berikan hidayah buat kami...
sentiasa...
Jangan Kau berhenti memberinya,
Walau cuma untuk seketika"

Sahabat, aku rindu kamu...
sangat-sangat!

"Dia (pembantunya) menjawab, "tahukah engkau ketika kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak ada yang membuatkan aku lupa untuk mengingatnya kecuali setan , dan (ikan) itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali"

(Al-Kahfi:63)

Namun, ada perkara yang harus sengaja kita lupakan. Lupa kerana sayang.

Namun,kelupaan yang diusahakan itu tak pernah mampu mencapai erti kata lupa. Biarlah ia bersemadi di situ. Iman, jagalah ia.

KHIANAT! 2

maaf, ini sahaja yang mampu buat masa ni. Kekeringan~


‘Aisy, dunia…apasal banyak sangat ‘haiwan-haiwan yang bercakap’ atas perut kau ni ha? Ergh, serabut betul kepala otak aku sekarang ni kau tau. Eh,bumi…aku bercakap dengan bumi ke? ‘



“Dik, dik…are you with me?”, doctor psikologi itu melambaikan tangannya dihadapan mataku.

“ah, ya. I’m hear to you”, aku menipu.

“Ok, kalau macam itu saya berhenti kat mana tadi?”, adoyai, doctor ni…pelupa jugak rupanya. Tapi logiklah kot sebab dari tadi dia asyik membebel benda yang sama. Sampai aku boleh hafal term tempat dia berhenti bercakap. Aku naik bosan…

”Oh, dekat cinta itu ibarat…”

“Ha, betul tu dik. Cinta itu ibarat…” Doktor Pashmeen meneruskan ‘pengibaratan cinta’ nya. Dan aku naik muak.

Aduush, Mama ngan Papa ni pun satu hal. Aku baru mencuba bunuh diri. Baru 2 papan je kot. Tapi, mujur aku panjang umur. Ops, Mama pesan Alhamdulillah…



Setelah 1 jam 30 minit aku diberi kaunseling oleh doctor psikologi yang bernama Pashmeen tu, dia berhenti mengucapkan kata-kata. Kebetulan ketika itu, Mama dan Papa baru sampai sambil membawa seplastik buah.

“Ha, macam mana doctor? Dia dah ok?”, Papa bertanya kepada doctor yang dipanggilnya khas untuk aku. Aku tahu Pa dan Ma saying aku…tapi ni bukan saying yang aku nak.

“Cek nanti saya masuk dalam akaun doctor ya?”, Papa menyambung perbicaraannya.

Dengar sahaja kata-kata Papa berkenaan dengan cek, terus saja doctor itu bersuara.

“Oh, anak encik Razlan ni sebenarnya dah kuat. Lagi-lagi lepas saya kasi booster sikit tadi. Nak tahu keberkesanannya, cubalah Tanya dia, ok tak?”

Papa mengalih pandangan kearahku. Begitu juga Mama. Kedua-duanya tersenyum. Dan aku pun senyum, tak ikhlas. Sebenarnya nak tergelak dengan doctor tu. Dia terperasan yang aku ni dengar kata-kata dia. Aduh, padahal buntut aku naik kebas du katas katil pesakit ni.

“Nur dah faham. Cinta tu tak semuanya boleh pakai. Cinta Mama Papa, laagi penting! Kan doctor?”, Aku menjungkit kening kea rah doctor itu sambil tersenyum.

Tiba-tiba Papa peluk aku. Ah, aku terharu…Papa, jangan lepaskan…Tapi hanya sesaat, kemudian dia melepaskannya. Dia meraba poketnya dan mengeluarkan not RM 50 sebanyak 4 keping dan dihulurkan kepada doctor Pashmeen.

“Nah, doctor…Ni duit tambahannya. Terima kasih doctor!”

“Sama-sama. Sudah tugas saya…Baiklah, saya pergi dulu ya! Selamat petang…”, doctor Pashmeen meninggalkan jejaknya.

Papa mengambil tempatnya di kerusi. Mama dari tadi diam. Aku tak faham kenapa, Cuma malas nak kusutkan fikiran. Mama bergerak kea rah koridor wad Kenangan tingkat 4 Hospital Selayang. Aku Nampak Mama letak tangan di mata, macam menyembunyikan airmata. Aku kembali pandang kea rah Papa. Mukaku berkerut.

“Pa, Mama kenapa?”

“Oh, Mama terharu lah kot tengok perkembangan Nur,” Papa senyum kambing. Aku tak puas hati dengan jawapan Papa. Ah, malas aku care! Selama ni, macam Mama Papa care sangat hal aku!



Jam tepat menunjukkan pukul 6.30 pm. Tiba-tiba seorang doctor dating. Entah kenapa aku terbayangkan dia seperti doctor Syaza. Ya, doctor yang merawat aku semalam.

“Assalamualaikum…”,Papa menjawab salam doctor wanita itu. Doktor itu mengambil fail yang tersedia di atas meja di hujung katilku. Sekali-sekala dia memandangku dengan senyuman.

“Adik Nur rasa macam mana sekarang? Dah ok sikit ke?”, doctor itu masih tersenyum sambil menulis sesuatu di atas fail itu.

Aku hanya mengangguk. Dia kemudian mengambil torchlight dari poketnya kemudian menghampiriku.

“Akak nak tengok mata adik ye…”, dia masih tersenyum. Aku mengangguk.

“Hurm, Alhamdulillah. Adik dah makin pulih. Hehe, dik. Akak mintak satu benda boleh?”, dia merapatkan mulutnya dengan telingaku.

“Adik senyumlah sikit saying, akak takutlah kamu masam masam macam sekarang ni…”, kemudian dia menjarakkan kepalanya dariku. Mata kami berpandangan.

“Jadi anak solehah ya? Erm,..Dah solat Asar?”, doctor itu bertanya. Aku teragak-agak nak menjawab.. namun aku ambil keputusan untuk berdiam diri saja. Aku tahu dia faham yang aku bukan berasal dari keluarga yang solat apatah lagi mengaji. Kemudian, dia berkata…

“Esok pagi dah boleh keluar wad. Tapi jangan lupa akak kalau jumpa kat mana-mana tau!”,dia dengan pantas menutup fail pesakit yang tertera namaku. Dia mengucapkan terima kasih pada Papa. Sebelum sempat dia keluar dari bilik VIP itu, aku memanggil.

“Doktor, erk nak Tanya boleh? Nama doctor…ape?”

“Dr. Sumaiyah…”, dia meninggalkan aku dalam keadaan gopoh tapi sempat dia mengangkat kedua tangannya sebagai isyarat solat kepadaku.

Allah, aku…aku nak cari kamu. Supaya aku mampu tersenyum seperti Dr. Sumaiyah…

 ********
bersambung,iAllah

Sendiri



Dia menarik nafas panjang. Namun kekusutan jiwanya masih berbekas. Dia masih kusut.

'Yana, sampai bila, sayang? Sampai bila kamu nak jadi diri kamu yang ini? Sampai bila?'

Kata-kata seorang senior menjengah telinganya. Dia terduduk melutut di gigi air. Seluarnya dibiarkan basah. Pantai Remis,Perak itu menjadi saksi tangisannya. Liyana sudah tidak peduli segala makhluk yang berada di sekelilingnya.

Ombak memukul pepasir pantai, namun ia surut kembali.

'Akak, saya nak tanya akaklah kan. Kenapa? Kenapa akak sibuk-sibuk sangat nak jaga perlakuan saya, hidup saya, nak tahu itu tentang saya, nak tahu ini....kenapa kak? Kenapa akak suka sangat jaga tepi kain orang ni ha? Kenapa?'

Liyana masih ingat pertanyaannya kepada Kak Rasya,seniornya di Sekolah Tengku Ampuan Fatimah dahulu. Dan jawapannya pun masih berbekas...

'Sebab akak sayang kamu, sayang. Sayang fillah! Apa yang buruk untuk akak, untuk dunia akhirat akak, akak nak jauh. Begitu juga kamu,Yana. Akak tak mau kamu dekati benda-benda buruk.'

'Oh, selama ni, akak anggap apa yang saya buat buruklah ye? Hurm, saya ingatkan akak boleh terima siapa saya, tapi, heh, akak sama je macam manusia-manusia lain. Hipokrit! Kutuk belakang! '

'Sampai hati kamu,Yana.' , Kak Rasya memegang dadanya. Dia duduk bersandar di satu tiang dalam surau sekolah itu. Kak Rasya tunduk. Seakan ada sesuatu yang disembunyikan. Yana mendengus.

'Yana, akak dah anggap Yana ni, macam adik kandung akak. Akak tahu, Yana budak baik-baik. dan ada potensi untuk jadi solehah dari sesiapun di sekolah ni. Malah mungkin seperti Rabiatul Adawiyyah. Yana, akak risaukan kamu. Kamu jangan mudah terpengaruh dengan perkara seronok saja, sayang. Uhukk, uhukk...'

Liyana masih terduduk. Memori lama berbaur sayu. Dia menyeka airmata yang mengalir. Dia soroti lagi memori itu.

Selepas dia mendengar batuk Kak Rasya, Liyana menghampiri senior yang dia sayangi itu.

'Yana, mungkin kamu tak tahu ni kan? Akak sakit. Akak tak hidup lama. Akak nak Yana ingat pesan akak walaupun Yana benci akak, akak tetap sayang Yana. Ingat, Yana kena jadi anak solehah. Ajak keluarga masuk syurga. Jangan lupa, buat baik kat kawan-kawan even depa tak pernah hargai kita. Sayang, Allah tak pernah tinggalkan kita walau sesaat. Tapi kita? Yana, Allah tak akan tinggal hamba yang dia dah cipta apatah lagi yang cari Dia. Selangkah kamu cari, seribu langkah Dia datang pada kamu,sayang. Yana, solat, hijab, muamalat, semua tu Yana kena jaga, sayang. Yana, Keperitan...uhuk..uhukk '

'Kak, Yana mintak maap. Kak, Yana nak ilmu lagi. Kak...kuat! Akak kena hidup untuk betulkan Yana. Akak...'

' Sayang, faidza jaa a ajaluhum la yasta* khiruna saa 'atau wala yastaqdimun...masa aka dah sampai. Kalau Allah nak amik akak, Allah Maha Adil. Dia yang ciptakan akak, Dia lebih berhak. Yana, jangan lupa itu. Yana jangan berhenti mencari. Yana, akak sayang Yana fillah..'

'Kak, yana tau betapa berat hati akak lihat kefasadan Yana dulu. Kak Rasya, Yana tak boleh akak. Yana nak dengar tazkirah kak Rasya lagi. Yana tak kuat nak serukan orang lain sorang-sorang...Akak, Yana dah tak macam dulu lagi kak...Yana dah jaga solat...Jaga hijab...jaga aurat...Akak, balik lah...'

Liyana memukul-mukul pasir pantai. Dia teresak-esak mengimbau kenangan sedih ketika Kak Rasya berdepan dengan sakaratul maut. Dia yang memangku Kak Rasya. Darah daripada batuk Kak Rasya terpercik pada wajah mulusnya idaman para jejaka. Dia tahu itu semua kata-kata yang menginginkan Kak Rasya kembali berbaur angan-angan yang tak mungkin akan terjadi.

Satu kalimah yang dia ingat, sayang fillah.

'Kak, apa-apa yang kita buat kerana Allah, mesti Allah akan bantu kan? Allah, kau rahmatilah roh Kak Rasya. Kau anugerahkanlah cahaya yang lebih terang daripada cahaya mentari di akhirat kelak kerana dia telah berjaya memberi kesan pada hatiku. Ya Allah, Kau redai dakwah dan seruanku pada sahabat-sahabatku yang kusayangi keranaMu. Allah...aku yakin, innallaha ma'ana'

Liyana bingkas bangun dari kedudukannya. Dalam hatinya timbul semangat. Dia tidak perlu pada tangisan yang berpanjangan kerana zahir kefasadan yang berlaku. Yang penting, dia berkerja. Yang penting Allah tahu dia berkerja. Soal hidayah, dia serah kan pada Allah.

Sebelum dia meninggalkan gigi air, sempat dia mengucapkan...
'Wallahua'lam'

Berkali mengingatkan kamu

kamu, usah bersedih. Sudah berkali kukatakan padamu dengan ayat itu. Meski sebesar manapun sayang itu, hidayah itu bukan milikmu. Ia milik Allah. Maka, doakan dan serahkan dirimu dan dirinya pada Allah.

"Maka apakah pantas orang yang dijadikan terasa indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. MAKA JANGAN ENGKAU (MUHAMMAD) BIARKAN DIRIMU BINASA KERANA KESEDIHAN TERHADAP MEREKA. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"
(Faatir:8)

Allah,sembuhkan hatiku...

Jumaat, 16 Mac 2012

Masih ada sinar

"Boleh diam tak? Aku bosanlah!"

Faris terkedu. Tersentap, ter dan ter apa-apa saja yang melambangkan perasaan terkejut.

'Aku? Erk, dia marah aku ke? Aduih, guane ni??????'

Audah menekup mukanya dengan kedua tangannya.Kepala lututnya didekatkan pada mukanya. Seluar di bahagian lutut itu basah. Basah dengan airmata.

Faris yang duduk di kerusi kuliah (kerusi yang ada sekali dengan meja tu), bingkas bergerak ke arah Audah. Dia duduk bersandar didinding bilik hafazan yang sunyi itu. Hanya mendiamkan diri. Faris dan Audah baru setahun berkawan. Mereka bertemu di sebuah sekolah tahfiz iaitu Akademi Ikatan Muslimin (AIM) yang terletak di Ipoh, Perak. Sejak hari pertama lagi, mereka sudah kamcing. Namun kini, persahabatan mereka teruji.

Faris meletakkan tangannya di atas bahu Audah. Basah dengan peluh. Dia cuba menahan airmata.

"Audah, ana tau ana siapa. Tak layak berkawan dengan orang yang baik macam anta...", belum sempat Faris menghabiskan kata-katanya, Audah memintas.

"Baik kau kata? Heh...kau tak kenal aku ni siapa. So, jangan nak pujuk-pujuk aku dengar apa yang kau nak 'ceramah' kan, ok!", Audah keluar dari bilik itu dengan hempasan pintu yang kuat. Vroom! bunyi motor RXZ milik Audah. Kemudian bunyi itu semakin menghilang dari pendengaran Faris.

Faris terkesima. Senyap. Airmatanya mengalir.

'Ya Allah, benarkah apa yang aku lakukan ini!!!!!!! Ya Allahhhhhhhhhhhhhhh....', Hatinya menjerit.

*********

Audah memandang sekeliling. Ada burung yang berkicau. Ada pokok yang menghijau. Dan ada tasik, yang warnanya coklat.

'Ah, kotor lagi hati aku!', Audah menggetus.


Petang itu, pelik. Tidak seperti hari biasa. Padang Polo tempat biasa pelajar AIM dan MATIN bermain kosong daripada orang awam. Pelik. Tapi Audah lega.


'Allah, manusia tak tahu, siapa aku. Mereka fikir aku orang baik-baik. Mereka fikir aku orang yang tak pernah mencuri, ada awek sana sini. Mereka fikir, aku amik STAM, maka orang awam pandang aku orang baik-baik. Allah....', kata-katanya tersekat.

Burung berhenti berkicau, seakan mendengar juga luahan hati seorang pemuda. Kemudian ia berkicau kembali.

'Allah, aku tertanya-tanya, mana adilMu. Mana sayangMu. Mereka kata sayangMu ada pada diriku, tapi aku tak jumpa, ya Allah. Apa yang aku tahu, hidup aku gundah, ya Allah. Aku tak pernah nak rasa secebis ketenangan pun ya Allah. Walau secebis. Hidupku,keluargaku, jiran tetanggaku, semuanya akur pada dunia...semuanya mahu kemesraan sementara...aku juga begitu, namun aku tak mahu yang sementara, ya Allahhhhhh....', Audah mengambil nafas sambil matanya terus mengalirkan airmata. Dia duduk di sebelah sebuah batu besar yang boleh melindungkan dirinya dari dilihat orang lain walau pada hakikatnya, tiada manusia walau seorang pun di situ.


'Ya Allah...jujur, aku masih percaya padaMu. Bila aku temukan seorang insan dalam hidupku. Allah, aku sayangkan dia dan tak mahu tinggalkan dia. Tapi, aku insan hina. Dia bakal dicerca jika bersahabat denganku, ya Allah...Allah, biarpun aku menjauhkan diri, tapi jangan Kau jauhkan diriku dariMu, jangan Kau jauhkan Faris dariMu. Tapi pandanglah kami ya Allah...pandanglah kami dengan rahmatMu. Aku tahu, dan Faris pernah katakan itu. bahawa seorang muslim itu masuk syurga bukan kerana amalannya, tapi kerana rahmatMu ya Allah. Maka rahmatilah kami...'


Faris tersentak. Dia yang dari tadi berada di belakang Audah seakan kaku untuk berbuat apa-apa. Tiba-tiba, terpacul nama...

"Audah..."

Audah bangun dan mengesat airmatanya. Dia belagak tak menangis, berlakon tidak mahu mengambil tahu akan kehadiran Faris.

"Audah, anta ingat golongan yang mendapat naungan Allah pada Hari yang tiada naungan itu melainkan naungan Allah itu? Antaranya, dua pemuda yang bersahabat kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Tapi perpisahan yang anta mahukan ni, jelas bukan kerana Allah! Ana perlukan anta untuk kuatkan ana untuk berubah..."

"Tapi anta tak tahu siapa ana. Ana bukan orang baik-baik. Ana jahat!"

Pang. Satu tumbukan tepat mengena pada pipi Audah. Faris stretching kan tangannya. Mata faris kembali berlinangan airmata.

Audah mengaduh. Dia memandang Farisdengan wajah yang penuh kehairanan.

"Faris, kenapa?"

"Anta nak tahu kenapa? Sakit kan? Tapi sakit lagi hati ana dengan apa yang anta buat. Ana dah cuba berubah lepas ana jumpa anta. Anta tau, sakit tau nak berubah...bila ana dah berubah sikit-sikit, anta nak tinggal ana terkapai-kapai?"

"Anta tak tau siapa ana dulu...Anta tak pernah tahu!"

"Siapa anta? Ha! Siapa? Cuba beritahu ana sikit! Setakat pencuri kuih dekat kantin waktu Form 1? Ha! Setakat ada 5 koleksi awek? Ha! Hei, come on la bro...ana yang sebelum ni tak pernah-pernah gune kalimah ana, lepas jumpa anta, lembut sikit hati ni ha, nak guna kalimah ana anta, biar dulu ana ni pernah sekolah agama pun. Tapi anta tahu, baru sekarang ana guna. Lepas jumpa anta!", Faris ambil nafas bertenang. Audah tertunduk malu. Kedua-duanya tertunduk, malu antara satu sama lain.

"Audah, anta nak tahu apa yang ana pernah buat? Hurm? Ana pernah jadi mat gian anta tau? Anta tau apa mat gian tuh? Nak ana terang apa kerja mat gian, selain hidu gam ? Ana..."

"Cukup! Cukup, Faris...Cukup! Berapa kali ana nak cakap pada anta,ha? Jangan rasa Allah itu jauh. Dia terima...Dia terima taubat hambaNya yang nak bertaubat...Dia terima, Faris...", Audah merapatkan jaraknya denga Faris.

Faris mengangkat kepalanya sambil tersenyum. Dia mengusi dada Audah.

"Oh, pandai anta kata Allah terima taubat hambaNya, tapi apa ni? Anta dah buat ana percaya Allah sentiasa ada bersama hambaNya, tapi anta nak tinggalkan ana sebab anta rasa diri anta kotor! Anta rasa Allah takkan sekali-kali mengampunkan anta lagi! Macam itu ke?!", Faris bernada marah, namun airmatanya terus mengalir.

Audah tidak tahan untuk menyembunyikan kolam matanya yang bakal pecah, dah terus runtuh empangan airmatanya. Dia mendakap Faris.

"Maafkan ana, Faris. Ana...ana rasa tak mampu. Ana tak mampu menyeru sedang ana juga pernah berada dalam kesesatan itu. Ana tak sanggup dimurkai Allah lagi sebab tak amal apa yang ana cakapkan pada anta. Ana minta maaf..."

"Audah...Audah...Ana takkan maafkan anta selagi anta tak maafkan diri anta. Anta kena yakin, Allah tak tutup pintu taubatnya selagi mana matahari tak terbit arah barat, kan? Tapi itu tak bermakna, kita akan terus leka...sebab mati itu bila-bila saja. Audah, kalau ranting sebatang, memang mudah nak patahkan. Tapi kalau segenggam, ia payah ,bukan? Jadi, apa salahnya kita sama-sama mencuba untuk berubah. Allah kan ada...jangan takut...Allah ada...Anta bantu ana,ana bantu anta,insyaAllah...fillah"

Audah mengangguk. Faris pula mengeratkan pelukannya terhadap sahabatnya itu. Audah mengesat hingus.

"Ok lah, faris. Terima kasih untuk ini. Apa kata kita balik sekarang. Hari dah senja ni. Nanti orang ingat kita songsang pulak..habisy nama AIM...", Audah meleraikan pelukan dengan sahabatnya itu sambil tersenyum.

"A'ah kan. Kita duk sibuk-sibuk banteras LGBT ni, tapi ini bukan termasuk dalam kategori itu kan? Ini ukhuwah fillah namanya..."

"Yes, that's right dude.Tapi, ukhuwah fillah ukhuwah fillah pun ada adab-adabnya kan? jangan tak tau pulak ye..." Audah memulakan langkah ke motornya, manakala Faris juga begitu tapi pada motor dia sendiri lah.

"Oh ye? ada adab jugak eh? Tak tahu pulak. Apa dia...anta cerita sikitlah!"

" Ana pun jahil tentang tu...gini, esok tanyalah ustaz...hehe, habis cerita...."


******

IBRAH

1) JANGAN KITA RASA ALLAH TAKKAN AMPUNKAN KITA DAN JANGAN RASA RAHMAT ALLAH TU MUDAH-MUDAH JE DAPAT.

-bertaubatlah bila wat salah, beramallah lebih dari sedaya mampu.

"Dia menentukan rahmatNya kepadasiapa yang Dia kehendaki dan Allah memeliki karunia yang besar"
(Ali Imran;74)

2) KITA RASA KITA PALING BERAT UJIAN YANG ALLAH KASI TERUTAMANYA DARI SEGI PENGALAMAN, TAPI SEBENARNYA RAMAI LAGI YANG LEBIH TERUK KEADAAAN ZON TIDAK SELESANYA

-bersyukur masih Allah beri hidayah untuk berubah

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"

3) NAMA TEMPAT DALAM CERPEN NI DIBUBUH SEBAB NAK AMIK FEEL KEADAAN DIA. TAK ADA KENA MENGENA DENGAN ORANG HIDUP DAN MATI. KALAU ADA TU, MUNGKIN SECARA TAK SENGAJA. SAYA HENTAM KEROMO JE NI...MAAF KALAU TAK SEDAP. SEMOGA BERMANFAAT.

Khamis, 15 Mac 2012

KHIANAT!

'Pa jahat! Pa tipu Ma! Pa kate nak sehidup semati dengan Ma! Pa dah ada orang len kan? Kalau macam ni, lebih baik Ma bunuh diri je!'

' Haha :D Oi, perempuan! Kau ingat, kau tu cantik sangat ke? Aku saja nak test kau, nak tengok kau ni sesuai tak dengan citarasa aku! Aku tak cakap apa-apa kau yang bukak tudung kau depan aku buat ape? Hei, prmpuan! jujurlah aku cakap,  ye,,,dengar sini baik-baik, aku sebagai seorang lelaki mencita-citakan seorang wanita yang baik, sopan, tahu maruah diri...bukan macam kau! Tak pandai langsung nak fikir mane baik mane buruk, ape mak ayah kau ajar macam ni ke? Ahah, ke mak ayah kau dulu pun tak pandai macam kau? Ahaahahahaha. Perempuan bodoh! Memang aku janji nak sehidup semati, yang hidup tu aku, yang mati tu kau! Kau nak bunuh diri kan? Pergi Jahannam lah! Ade aku kesah? K, ginilah...mulai saat ni, aku dengan kau tak ada apa2 lagi dah. jangan panggil aku Papa lagi, geli geleman dan deh...wassalam!'

Mesejku yang tak sampai 30 kalimah, dia balas dengan 100 kalimah, rasanya. Aku menangis teresak-esak. Duniaku terasa gelap. Macam dalam perigi buta yang ditutup atasnya. Gelap.

Kali ini, dah sepuluh kali cinta aku dipermain-mainkan. Tapi kali yang kesepuluh ni lebih teruk. Aku sampai tiada kewarasan. Sanggup buka tudung depan dia, pakai skinny, baju caca marba, tunjuk depan dia yang aku ni cantik. Semata-mata, nak dia setia dengan aku. Tapi apa yang aku dapat? Bak kata orang....tarappappappa...but i'm not love it! I hate him! Benci sangat-sangat!

******

"Nur...bukak pintu ni sayang! Mama ni!"

"Nur Hidayah, Papa kire sampai tiga. Kalau tak bukak pintu ni, Papa tendang sampai hancur! "

"Eisy, abang ni! Sampai terbukak dah lah. Kalau sampai hancur, nak ganti baru pulak, gune duit lagi!"

"Ha, Nur Hidayah! Bukak pintu ni, kalau tak, Papa tendang sampai terbukak...."

"1....2....3"

GEdum!

"Ya Allah, Nur Hidayah! Abang panaskan enjin cepat. Ya Allah anak aku!!!!!!!! Apa pasal tak senonoh sangat perangai nih? Mak ayah dah bertambun, tambun ubat kena makan, ubat gastrik, ubat kencing manis, darah tinggi...kamu nak ambil panadol banyak-banyak ni nak buat apa, sayang? Sakit sangat ke kapala kamu sampai nak bunuh diri? Aduhai anak aku!!!! Abang ! Cepat! Kita bawa Nur pergi hospital! "

" Kereta siap! "

Vroooom! Vroooom! Vrooom!


******

Aku buka mata, ada mak...ada ayah. Doktor sibuk menulis sesuatu diatas file catatannya. Doktor itu mengambil lampu suluh dan dia suluh kedua-dua belah mataku. Aku rasa lesu dan penat. Macam baru terlepas dari telaga buta yang gelap tadi. Aku penat.

"Dik, adik rasa apa sekarang? Adik ok?"

Aku tak mampu nak tahan sebak. Air mata aku mencurah-curah seperti coklat yang mencurah-curah ke ladang gandum. Tapi ini bukan cococrunch, ini air mata! Air mata kekecewaan.

"Adik, adik makan panadol berapa biji?"

"tak kira...kalau tak salah 2 papan..."

Papa dan Mama berpandangan sesama mereka. Terkejut mungkin. Tapi mereka tetap membisu.Doktor itu pula seperti mencatatkan sesuatu pada file pesakit yang tertera nama ' Nur Hidayah Razlan' itu. Aku alih mataku ke arah dada belah kiri doktor.


"Dr. Syaza, ada apa-apa persoalan lagi ke? Saya penat, nak tidur...", aku bersuara.

Bahagian kanan katil aku kosong. Papa dan Mama, kedua-duanya duduk di bahagian kiri aku. Doktor itu tersenyum. Dia meminta izin untuk duduk di sebelah kananku dan aku mengangguk.

"Dik, akak tanya sikit boleh?"

Aku rasa sayu. Air mata aku masih mengalir seakan tahu apa persoalan yang bakal terpacul dari bibir doktor itu.Namun, aku tetap mengangguk, berat.

"Adik putus cinta, ya? Dengan siapa? Boleh akak kenal?"

Eh, doktor ni. Macam dia kenal sangat aku siapa. Nak kenal EX aku pulak...tapi kenapa aku rasa macam tak canggung nak berborak dengan dia? Ah, pedulikan. Hairan aku boleh buat sampai airmata kau berhenti. Pandai psiko jugak doktor nih...

"Nur tak minta putus. Dia yang mintak. Nur...Nur kecewa giler kot! Nur dah anggap dia macam suami Nur. Kuang hasam punye jantan! Dahlah Nur cabut tudung ni sebab dia, nak suruh dia setia dekat Nur, eh, dia mintak putus pulak. Jantan sial! Arghhhh, Geram! "


Dr. Syaza hanya tersenyum. Daripada sorotan matanya, aku nampak dia terkejut. Mungkin dalam hatinya sumpah seranah aku. Tapi, dia lain. Dia malah usap ubun-ubun aku. Dia pandang mata aku. Dia senyum. Tak pernah-pernah orang buat macam ni pada aku. Aku jadi terkelu. Mataku kembali berair.

"Ok lah dik. Mesti kamu penat kan? Nanti, jangan lupa makan ubat. Dah sihat sikit nanti, kita borak lagi ye? Kamu rehat dulu ye, sayang...Akak ade kerja sikit."

Sebelum dia meninggalkan katilku dengan langkahan pantasnya, dia sempat menampar lembut pipiku...

"semangat sikit. cari cinta sebenar. Cinta Allah. Akak doakan kamu jumpa, insyaAllah", dia berlalu dengan senyuman. Nampaknya, komitmen kerjanya macam bertambun-tambun. Dan aku menyoroti pemergian langkahannya tanpa berkedip. Sesosok tubuh seorang doktor yang diimpikan dunia...


bersambung,iA



Kerana hidayah bukan milikmu


Ada sekeping hati menangis keesakan pada saya pada suatu hari. Saya hairan. Lalu bertanyakan padanya;

"Hai kamu sang hati, mengapa menangis? Aku sakitkan kamukah?"

"Tidak..."

"Habis tu? "

"Aku...Aku cuma sedih. Aku rasa tak kuat..."

"Apa yang kau sedihkan, duhai hati? Apa yang kau rasa tak kuat? "

" Aku berdiri di tengah kesibukan dunia. Aku juga sibuk dengan dunia. Alhamdulillah, kau beri aku makan. Walaupun secubit, itu sudah mengisi perutku yang kosong. "

"Jadi, apa yang tidak kena? "

"Aku cuma bersedih dengan apa yang terjadi. Aku tahu kau sudah cuba mencari alternatif menyampaikan kata-katamu, namun lidahmu masih terkelu. Mungkin kerana aku yang tak mahu memutihkan diri supaya lidahmu lancar. "

"Oh, kerana itukah kah teresak-esak, duhai hati? Maafkan aku kerana kasi kau makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang saja. Mengisi kau dengan perkara fardu semata. Itupun penuh dengan kelalaian dan kemalasan. Itu salah aku. Maafkan aku. Tapi mengapa aku rasa kau bagai ada sesuatu yang lain yang kau tangisi, duhai hati?"

"Ya, aku sedih melihat lidahmu yang kelu. Lalu, orang yang kau seru itu tak mampu menghadam kata-katamu. Dia tak mampu lakukan apa yang kamu seru."

Saya turut menangis. Tapi lebih esak dari sang hati.

"Duhai hati, aku terlalu sayangkan orang yang kuseru itu. Aku sedar seorang da'ie itu bukan sekadar lisanul hal yang perlu bergerak, tapi juga lisanul maqal. Dan aku telah pusing 360 darjah untuk mencari itu, tapi masih aku tak jumpainya"

"Wahai kamu, usah bersedih keranaku. Kamu tidak bersalah terhadap itu..."

"Tidak hati, aku bersalah kerana malas membaca dan merujuk buku-buku. Aku lebih suka bercakap dengan bahasa akalku yang selalu tersalah. Aku sentiasa bercakap dengan bahasa emosi. Aku bunga-bungakan bahasa sehingga langsung tidak difahami manusia. Aku tidak memberi kamu, sang hati, makanan yang berkhasiat, sehingga kau turut bersedih kerana kelemahanku. Aku tinggalkan bacaan Quran, Qiyamullail, dan aku isi dengan alunan asyik dunia. Kerana itulah aku memang bukanlah orang yang layak untuk menyeru"

Sekeping hati itu mengetuk dada saya. Terasa sakitnya.

"Kamu jangan lupa  (man qola lailaha illAllah, fahua ad da'ie), (barang siapa yang mengucapkan tiada tuhan selain Allah maka dia adalah da'ie)...kamu tak berhak katakan kamu tidak layak. Kamu malah wajib menjadi seorang penyeru!"

"Alahai hati, lalu dengan apa lagi dapat aku kuatkan diri lagi? Aku sedih melihat orang itu. Jadi aku seperti sudah berada dalam kebinasaan."

"Kamu, ingat ini; "Maka apakah pantas orang yang dijadikan terasa indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. MAKA JANGAN ENGKAU (MUHAMMAD) BIARKAN DIRIMU BINASA KERANA KESEDIHAN TERHADAP MEREKA. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"
(Faatir:8)....ingat ini sepanjang hidupmu. Kamu harus ingat, kamu hanya penyeru, bukan penghukum. Apatah lagi yang memberi hidayah! Buat kerja kamu, jangan buat kerja Allah! "

"Hai hati, kamu marah saya pula. Tadi kamu yang menangis!"

"Ialah, itu gunanya aku! Beri semangat,bila kau tiada semangat. Aku buat ni sebab kau dah kasi aku extra vitamin rawatib dua rakaat hari ni. Tq eh? haha, kalau nak semangat lebih, bagi makan fibre, karbohidrat, minerals banyak sikit. Baru kuat nak wat kerja...ini seminggu dua rakaat jer...apa kes? "

"Amboi, perli nampak. Ok, aku tak janji. Aku cube insyaAllah :) "

"Dah, dah...pergi buat kerja kamu. Jangan nak tengok muka komputer je, muka buku jer! Aku jelez tau! Dan jangan cakap perkara tak perlu! Tunggu apa lagi? Pergilah! "

"Ok, I nak pergilah ni. Assalamualaikum..."

Lalu hati menjawab;

Wassalam =)

Merisaukan suatu yang tak pasti

sudah menjadi lumrah hidup, apabila berdepan dengan suatu yang menakutkan diri kita, kita akan risau, dan takut...

Ya Allah, berikan kami yang terbaik. Segala keputusanmu, biarlah kami berlapang dada dengannya.

Rabu, 14 Mac 2012

Pertanggungjawaban

"Barang siapa yang mengucapkan 'lailahaillallah', maka dia adalah dai'e"
(Hadith Nabi s.a.w)

Kerana pertanggungjawaban ini terbeban atas nama wajib, maka ku wajibkan langkahan ini.

Ramai yang berkata; "aku masih tak cukup ilmu"
Termasuk diri sendiri. Kerana pertanggungjawaban ini, aku menjawab...

"Bayangkan kamu sedang makan satu hidangan yang amat lazat. Kamu ingin memberitahu orang lain bahawa hidangan itu adalah yang amat lazat yang pernah kamu makan. Jadi, supaya orang lain mempercayai pernyataan itu, adakah kamu mahu menyuapkan padanya agar dia merasainya atau tidak?"
Ramai juga yang berkata; "Ah, aku belum cukup sempurna, nak serukan orang lain? Orang boleh terima ke?"
Termasuk diri sendiri. Kerana pertanggungjawaban ini, aku menjawab...

"Kalaulah tips untuk mengingati pelajaran itu adalah dengan berkongsi ilmu yang kita pelajari kepada orang lain, apatah lagi ilmu yang berkait rapat dengan iman dan islam!
Besarlah kemurkaan Allah kepada orang beriman yang tidak beramal seiring dengan perkataannya.
Kerana itu, kita ada satu stres yang positif. Memberi untuk menerima tarbiyyah. Kerana apabila kita menyeru, maka telinga kitalah yang paling dekat mendengar seruan itu. Jadi, kitalah yang lebih-lebih lagi perlu beramal dengan seruan yang kita serukan itu"

Ramai yang berkata; " Takut tak tertanggunglah..."
Termasuk diri sendiri. Kerana pertanggungjawaban ini, aku menjawab...

"Kata-kata siapa lagi yang tiada mungkirnya melainkan Allah?

La yukallifullahu nafsan illa wus'aha

Tidak Allah bebankan seseorang itu dengan bebanan yang tidak dia mampu tanggung

Maka, jika seruan itu wajib...kamu adalah mereka yang terpilih. Percayalah =) "

Kerana pertanggungjawaban ini, kutujukan ini khas buatmu...diriku
wassalam


Selasa, 13 Mac 2012

Bukan retorika

Ini kalimah buat kamu...Kalimah itu untuk aku

Harus diingat, sayang kita kerana Allah. Apa yang baik, kita amalkan. Apa yang buruk kita sama-sama hindarkan. Kerana sayang kita kerana Allah.

Harus diingat, ukhuwah ini untuk selamanya. Ukhuwah ini bukan lakonan sia-sia. Kerana kita dipementasan yang real. Maka jangan jadikan "Uhubbuki fillah" sekadar retorika. Tegur aku bila aku salah. Betulkan aku, aku cuba membantu dirimu.

Harus sentiasa diingat, aku mencintaimu kerana DIA

Wassalam

Isnin, 12 Mac 2012

Dan kini kutahu, kerana Allah...

kesedihan kerana kefasadan,
titik mula, bukan yang terakhir,
Sayang,
Ketahuilah,
Aku mencintaimu kerana Dia

Even for a thousand times

Dude, do you know...
Even we was seperated by times and places,
But your motivation make me strong :)
I still keep your letters that you gave to me, every letters...
Dude, I'm reaaly miss you,
Don't judge me, but please,
Please give me your advices and your warmth words that make my spirit rising up.
Dude, I Love U bcoz of Allah

saya mahu berkongsi

tahu apa itu perkongsian?Suatu  yang indah. maka aku juga mahu merasainya. sudikah dikau untuk menerima.

Alhamdulillah kita berjumpa di satu page yang usang dan tak ada orang nak datang ni. Apa-apapun, semoga perkongsian ini termasuk dalam urusan majlis ilmu harapnya.

kelebihan majlis ilmu
Perlu ke saya berada dalam majlis ilmu? Ya perlu. Kenapa? kerana, satu ayat yang tersingkap melalui majlis ilmu itu mampu memberikan kesan walau setitik pada hati.

seperti sebuah kisah pada zaman rasulullah. dimana seorang sahabat ini suka sangat mencuri, dalam masa yang sama, dia suka mendengar majlis ilmu. Suatu hari, dia singgah di sebuah majlis ilmu yang disampaikan oleh Nabi s.a.w. sendiri. Di situ dia sangat terkesan dengan kata-kata Nabi s.a.w;

"Tinggalkan apa yang haram, kamu akan dapat yang halal"

jadi setelah itu, kata-kata itu sering terngiang-ngiang di benak fikirannya. Suatu hari, dia pecah masuk ke rumah seorang wanita kaya. Disitu, dia cuba untuk mencuri, namun kata-kata nabi s.a.w masih terngiang difikirannya. Maka, nak dijadikan cerita, dia tidak jadi nak mencuri.

Suatu hari, wanita kaya bertemu dengan nabi s.a.w kemudian nabi bertanya kepada orang di dalam majlis ilmu ketika itu; siapa yang mahu bernikah? Maka pemuda yang dulu suka mencuri itu mengangkat tangan. kemudian akhir cerita, pemuda itu bernikahlah dengan wanita kaya itu.
Apabila sampai di rumah wanita tu, dia terkejutlah. rupanya rumah tulah yang dia pernah nak rompak dulu. benarlah kata-kata nabi s.a.w

sampai di situ saja, wassalam =)

isi kandungan kuliah maghrib; ust tarmizi johari(keleihan solat)

Ana uhubbuki fillah

sweet...terima kasih sebab sayang akak. Akak sayang kamu jugak.

dalam sayang, kita boleh. Tapi jangan jadi berlebihan. Berkadaranlah. Sebab kalau sayang sangat boleh jadi benci. Jadi, berkadaranlah sayangnya

Akak cuma terfikir, sayang akak ni berkadaran atau berlebihan. Takut nanti bawa masalah pada iman.
Akak muhasabah sekejap, kenapa akak sayang kamu? Betul ke kerana Allah, atau sekadar saluran sayang yang dijalin kerana kamu sayang akak jugak?

Apa yang pasti, sayang ni akak tak tau kenapa. Akak cuba letak kerana Allah, sebab itu saja jalan yang Allah redha. Akak mahu kamu semua taat Allah dan Rasul bukan kerana akak suruh, tapi atas kesedaran kamu sendiri. Kamu semua dah besar. Akak nak tengok kamu dewasa dengan suasana Islam.

Kalau adik kandung akak rajin, akak mahu kamu adik yang bukan kandung akak pun jadi rain. Kalau kamu yang bukan adik kandung akak belajar al-Quran, selalu practice hafal quran, akak nak adik akak pun rajin ngaji, rajin hafal Quran. Pendek kata, apa yang baik yang ada pada kamu, akak nak jugak ada pada adik akak. Apa yang baik yang ada pada adik akak, nak kamu cuba amalkan jugak. Sebab akak dah anggap kamu semua macam adik sendiri. Berat nak tinggal. Risau nak biar. Jadi peluang inilah akak cuba manfaatkan.

Gitu jugaklah kalau akak marah. Tapi jujur akak cakap, kamu ajar akak erti sabar. Allah takdirkan akak jumpa kamu mungkin untuk ini. Terima kasih Allah. Terima kasih adik-adik.

Dan Allah juga beri akak sahabat-sahabat yang begitu indah sepanjang hidup akak. Semua pertemuan dengan sahabat2 akak sejak dari lahir adalah suatu yang indah buat akak. Walaupun tengahnya ada rasa ngilu dan sakit. ah, itu normal dalam persahbatan. Sebab sakitlah ada manis kan?

Dik, akak sayang kamu semua. Satu pesanan utama. Taat Allah dan rasul. Yakin Allah ada sentiasa bersama kita, Dia dengar doa kita. Serius, Dia dengar,,,lagi2 orang yang macam adik2. =)

Wassalam

Ahad, 11 Mac 2012

Nilaian

Sejauh mana kita telah merubah diri? Atau dengan kata lain melarutkan diri dengan tarbiyyah acuan Islam?

Kadang-kadang kita tak sedar, bahawa darjat keimanan kita hari itu tidak meningkat, malah semakin merendah hanya semata-mata kerana hati. Kerana apa? Kerana hatilah raja tubuh kita. Bersesuaianlah dengan kata Nabi s.a.w yang mafhumnya, jika rosak hati, maka rosaklah kita.

Mana tidaknya, cuba saja masalah hati seperti dengki menyelinap dalam setiap kapilari hati kita, sudah tentu kita akan mencari jalan menjatuhkan atau mengenakan orang yang kita dengkikan tu, kan?

Contoh kalau kita tengok akak kita belanja adik aiskrim 2 ringgit. Kita pulak, akak kita belanja aiskrim 20 sen je?
Kita kata; "mana aci, dapat aiskrim 20 sen je."
Ini menyebabkan kita rasa tak puas hati, apatah lagi, kalau akak kita tu bela pulak si adik. " alah, dia budak kecil. Akak tak beli nanti, menangis pulak kat kedai ni. susah nak pujuklah..."
Hati mana tak bengang kot. Jadi, kedengkiaan itu, kalau dah meluap-luep, membuatkan kita nak buat benda jahat. Contohnya seperti tolak tangan adik kita sampai terjatuh aiskrim dia atas jalan. Lepas itu cakap; "Ops, sori dik. akak/abang tak nampak adik ada kat sini. Sori dik...sori sangat-sangat!"

Jadi, dosa tak? Satu kita dengko. Dua kita khianat. Tiga kita tipu. Cing! masyuk saham~

********
Apapun, ketahuilah kakak adik...bahwa kita ni fitrahnya akan nak juga cari Pemilik. Alhamdulillah, kita sudah Islam dan bila kata nak 'balik' je, kita ingat Allah. Jadi mulalah kita replay balik semua yang kita buat, kemudian kita berfikir dan bermuhasabah, betul atau tidak tindakan yang serupa itu?

Secara fitrahnya kita boleh nampak mana baik, mana buruk melalui hati ini. Tapi, bak lirik hijaz..."pandangan hati itu yang hakiki...kalau hati itu bersih"

Persoalannya sekarang, kita nak menilai diri kita, tapi tak tau macam mana. Nak pakai hati, hati busuk bernanah dah....nak guna akal, tobat ikut jalan sesat. Dah gane lagi nih?! Buat bodoh je... sorry to say la, hati yang bernanah bakal hancur kalau duk diam je. Habis tu macam mana Sumaiyah????Gane?!

1) Banyakkan membaca. Sebab hidayah itu banyak pada ilmu . Sebuah peradaban menjadi ' beradab' bila tingginya ilmu.
Allah cakap orangyang berilmu tu tinggi darjatnya disisi Allah.

Apa? Membaca? Oh no man! I bukan ulat buku la...

2) Kalau malas baca, tengok!
Kan sekarang banyakk ceramah agama yang masuk dalam youtube. Ustaz azhar idrus ada, ustaz kazim ade, ustaz rushdan ade...eh, ustaz rushdan? =)

Ehem, maaf cik sumaiyah, saya ni orang kampung. Tak ada P1, broadband pun say a tak tau benda apa. Pastu gane nak nilai diri?

Oh, maaf pak/mak cik. Tapi duk kampunglah syok skali nak wat muhasabah diri ni! sebab, kat kampung tenang. Ada pokok, ayam, itik, lembu. Macam2 lagilah...jadi, bila kita tengok makhluk2 ni, automatik kita teringat Allah sebab Allah yang cipta. Pastu baru kita ingat, " oh, aku ni hamba. Tapi wat keje sambil lewa" > Ataupun anatara dialog yang biasa keluar, " hurm, syukur ada mata, dapat lagi tengok alam. Syukur Allah tak tarik nyawa lagi, dapat tingkatkan iman"

3) Kome masih ada telinga...masih ada tangan untuk nerasa...masih ada nyawa untuk terus hidup....

Kenapa kita tak tengok dan hayati apa yang kita ada.? ...
sampai Allah kata macam itu dalam Quran tahu?!

ok, saya yang masih cuba belaja menulis blog. Wassalam