Khamis, 15 Mac 2012
Kerana hidayah bukan milikmu
Ada sekeping hati menangis keesakan pada saya pada suatu hari. Saya hairan. Lalu bertanyakan padanya;
"Hai kamu sang hati, mengapa menangis? Aku sakitkan kamukah?"
"Tidak..."
"Habis tu? "
"Aku...Aku cuma sedih. Aku rasa tak kuat..."
"Apa yang kau sedihkan, duhai hati? Apa yang kau rasa tak kuat? "
" Aku berdiri di tengah kesibukan dunia. Aku juga sibuk dengan dunia. Alhamdulillah, kau beri aku makan. Walaupun secubit, itu sudah mengisi perutku yang kosong. "
"Jadi, apa yang tidak kena? "
"Aku cuma bersedih dengan apa yang terjadi. Aku tahu kau sudah cuba mencari alternatif menyampaikan kata-katamu, namun lidahmu masih terkelu. Mungkin kerana aku yang tak mahu memutihkan diri supaya lidahmu lancar. "
"Oh, kerana itukah kah teresak-esak, duhai hati? Maafkan aku kerana kasi kau makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang saja. Mengisi kau dengan perkara fardu semata. Itupun penuh dengan kelalaian dan kemalasan. Itu salah aku. Maafkan aku. Tapi mengapa aku rasa kau bagai ada sesuatu yang lain yang kau tangisi, duhai hati?"
"Ya, aku sedih melihat lidahmu yang kelu. Lalu, orang yang kau seru itu tak mampu menghadam kata-katamu. Dia tak mampu lakukan apa yang kamu seru."
Saya turut menangis. Tapi lebih esak dari sang hati.
"Duhai hati, aku terlalu sayangkan orang yang kuseru itu. Aku sedar seorang da'ie itu bukan sekadar lisanul hal yang perlu bergerak, tapi juga lisanul maqal. Dan aku telah pusing 360 darjah untuk mencari itu, tapi masih aku tak jumpainya"
"Wahai kamu, usah bersedih keranaku. Kamu tidak bersalah terhadap itu..."
"Tidak hati, aku bersalah kerana malas membaca dan merujuk buku-buku. Aku lebih suka bercakap dengan bahasa akalku yang selalu tersalah. Aku sentiasa bercakap dengan bahasa emosi. Aku bunga-bungakan bahasa sehingga langsung tidak difahami manusia. Aku tidak memberi kamu, sang hati, makanan yang berkhasiat, sehingga kau turut bersedih kerana kelemahanku. Aku tinggalkan bacaan Quran, Qiyamullail, dan aku isi dengan alunan asyik dunia. Kerana itulah aku memang bukanlah orang yang layak untuk menyeru"
Sekeping hati itu mengetuk dada saya. Terasa sakitnya.
"Kamu jangan lupa (man qola lailaha illAllah, fahua ad da'ie), (barang siapa yang mengucapkan tiada tuhan selain Allah maka dia adalah da'ie)...kamu tak berhak katakan kamu tidak layak. Kamu malah wajib menjadi seorang penyeru!"
"Alahai hati, lalu dengan apa lagi dapat aku kuatkan diri lagi? Aku sedih melihat orang itu. Jadi aku seperti sudah berada dalam kebinasaan."
"Kamu, ingat ini; "Maka apakah pantas orang yang dijadikan terasa indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. MAKA JANGAN ENGKAU (MUHAMMAD) BIARKAN DIRIMU BINASA KERANA KESEDIHAN TERHADAP MEREKA. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"
(Faatir:8)....ingat ini sepanjang hidupmu. Kamu harus ingat, kamu hanya penyeru, bukan penghukum. Apatah lagi yang memberi hidayah! Buat kerja kamu, jangan buat kerja Allah! "
"Hai hati, kamu marah saya pula. Tadi kamu yang menangis!"
"Ialah, itu gunanya aku! Beri semangat,bila kau tiada semangat. Aku buat ni sebab kau dah kasi aku extra vitamin rawatib dua rakaat hari ni. Tq eh? haha, kalau nak semangat lebih, bagi makan fibre, karbohidrat, minerals banyak sikit. Baru kuat nak wat kerja...ini seminggu dua rakaat jer...apa kes? "
"Amboi, perli nampak. Ok, aku tak janji. Aku cube insyaAllah :) "
"Dah, dah...pergi buat kerja kamu. Jangan nak tengok muka komputer je, muka buku jer! Aku jelez tau! Dan jangan cakap perkara tak perlu! Tunggu apa lagi? Pergilah! "
"Ok, I nak pergilah ni. Assalamualaikum..."
Lalu hati menjawab;
Wassalam =)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
lisanul hal , lisanul maqal. ape maksud nya?
BalasPadamsalam...
Padamlisanul hal...kata2 yang kita tunjukkan melalui perbuatan
lisanul maqal...kata2 yang kita ucapkan
=) tq for coming ^_^
oh..syukran2! (:
Padam