Kadang-kadang kita tak sedar, bahawa darjat keimanan kita hari itu tidak meningkat, malah semakin merendah hanya semata-mata kerana hati. Kerana apa? Kerana hatilah raja tubuh kita. Bersesuaianlah dengan kata Nabi s.a.w yang mafhumnya, jika rosak hati, maka rosaklah kita.
Mana tidaknya, cuba saja masalah hati seperti dengki menyelinap dalam setiap kapilari hati kita, sudah tentu kita akan mencari jalan menjatuhkan atau mengenakan orang yang kita dengkikan tu, kan?
Contoh kalau kita tengok akak kita belanja adik aiskrim 2 ringgit. Kita pulak, akak kita belanja aiskrim 20 sen je?
Kita kata; "mana aci, dapat aiskrim 20 sen je."
Ini menyebabkan kita rasa tak puas hati, apatah lagi, kalau akak kita tu bela pulak si adik. " alah, dia budak kecil. Akak tak beli nanti, menangis pulak kat kedai ni. susah nak pujuklah..."
Hati mana tak bengang kot. Jadi, kedengkiaan itu, kalau dah meluap-luep, membuatkan kita nak buat benda jahat. Contohnya seperti tolak tangan adik kita sampai terjatuh aiskrim dia atas jalan. Lepas itu cakap; "Ops, sori dik. akak/abang tak nampak adik ada kat sini. Sori dik...sori sangat-sangat!"
Jadi, dosa tak? Satu kita dengko. Dua kita khianat. Tiga kita tipu. Cing! masyuk saham~
********
Apapun, ketahuilah kakak adik...bahwa kita ni fitrahnya akan nak juga cari Pemilik. Alhamdulillah, kita sudah Islam dan bila kata nak 'balik' je, kita ingat Allah. Jadi mulalah kita replay balik semua yang kita buat, kemudian kita berfikir dan bermuhasabah, betul atau tidak tindakan yang serupa itu?
Secara fitrahnya kita boleh nampak mana baik, mana buruk melalui hati ini. Tapi, bak lirik hijaz..."pandangan hati itu yang hakiki...kalau hati itu bersih"
Persoalannya sekarang, kita nak menilai diri kita, tapi tak tau macam mana. Nak pakai hati, hati busuk bernanah dah....nak guna akal, tobat ikut jalan sesat. Dah gane lagi nih?! Buat bodoh je... sorry to say la, hati yang bernanah bakal hancur kalau duk diam je. Habis tu macam mana Sumaiyah????Gane?!
1) Banyakkan membaca. Sebab hidayah itu banyak pada ilmu . Sebuah peradaban menjadi ' beradab' bila tingginya ilmu.
Allah cakap orangyang berilmu tu tinggi darjatnya disisi Allah.
Apa? Membaca? Oh no man! I bukan ulat buku la...
2) Kalau malas baca, tengok!
Kan sekarang banyakk ceramah agama yang masuk dalam youtube. Ustaz azhar idrus ada, ustaz kazim ade, ustaz rushdan ade...eh, ustaz rushdan? =)
Ehem, maaf cik sumaiyah, saya ni orang kampung. Tak ada P1, broadband pun say a tak tau benda apa. Pastu gane nak nilai diri?
Oh, maaf pak/mak cik. Tapi duk kampunglah syok skali nak wat muhasabah diri ni! sebab, kat kampung tenang. Ada pokok, ayam, itik, lembu. Macam2 lagilah...jadi, bila kita tengok makhluk2 ni, automatik kita teringat Allah sebab Allah yang cipta. Pastu baru kita ingat, " oh, aku ni hamba. Tapi wat keje sambil lewa" > Ataupun anatara dialog yang biasa keluar, " hurm, syukur ada mata, dapat lagi tengok alam. Syukur Allah tak tarik nyawa lagi, dapat tingkatkan iman"
3) Kome masih ada telinga...masih ada tangan untuk nerasa...masih ada nyawa untuk terus hidup....
Kenapa kita tak tengok dan hayati apa yang kita ada.? ...
sampai Allah kata macam itu dalam Quran tahu?!
ok, saya yang masih cuba belaja menulis blog. Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan