Rindu,
Antara anugerah ataupun barah,
Yang mengharum atau merosak,
Sekeping hati,
Hari-hari yang dilalui.
Rindu,
Sering diucap,
Sering diungkap,
Tanpa kembali ke tunjang makna rindu,
Rindu yang dibenarkan,
Yang diiktiraf syara'.
Ku merindui sebuah perkenalan,
Bibitnya kerana ilmu,
Namun,
Sering juga perkenalan itu mengganggu,
Menggundahkan hati,
Apakah khabar yang dirindu.
Rindu itu,
jika sampai mematikan semangat,
Jika sampai mengendurkan langkah,
Tinggalkanlah,
Kerana itu bukan yang Dia reda,
Cuma suntikan rindu syaitan yang membinasakan.
Rindu itu,
indah bila dibalas ataupun tidak,
cantik walau tak dirindu,
kemas bila rindu disisipkan lagu,
Lebih menawan dengan serangkai doa;
"Allah, berikan hidayah buat kami...
sentiasa...
Jangan Kau berhenti memberinya,
Walau cuma untuk seketika"
Sahabat, aku rindu kamu...
sangat-sangat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan