Sabtu, 17 Mac 2012

Sendiri



Dia menarik nafas panjang. Namun kekusutan jiwanya masih berbekas. Dia masih kusut.

'Yana, sampai bila, sayang? Sampai bila kamu nak jadi diri kamu yang ini? Sampai bila?'

Kata-kata seorang senior menjengah telinganya. Dia terduduk melutut di gigi air. Seluarnya dibiarkan basah. Pantai Remis,Perak itu menjadi saksi tangisannya. Liyana sudah tidak peduli segala makhluk yang berada di sekelilingnya.

Ombak memukul pepasir pantai, namun ia surut kembali.

'Akak, saya nak tanya akaklah kan. Kenapa? Kenapa akak sibuk-sibuk sangat nak jaga perlakuan saya, hidup saya, nak tahu itu tentang saya, nak tahu ini....kenapa kak? Kenapa akak suka sangat jaga tepi kain orang ni ha? Kenapa?'

Liyana masih ingat pertanyaannya kepada Kak Rasya,seniornya di Sekolah Tengku Ampuan Fatimah dahulu. Dan jawapannya pun masih berbekas...

'Sebab akak sayang kamu, sayang. Sayang fillah! Apa yang buruk untuk akak, untuk dunia akhirat akak, akak nak jauh. Begitu juga kamu,Yana. Akak tak mau kamu dekati benda-benda buruk.'

'Oh, selama ni, akak anggap apa yang saya buat buruklah ye? Hurm, saya ingatkan akak boleh terima siapa saya, tapi, heh, akak sama je macam manusia-manusia lain. Hipokrit! Kutuk belakang! '

'Sampai hati kamu,Yana.' , Kak Rasya memegang dadanya. Dia duduk bersandar di satu tiang dalam surau sekolah itu. Kak Rasya tunduk. Seakan ada sesuatu yang disembunyikan. Yana mendengus.

'Yana, akak dah anggap Yana ni, macam adik kandung akak. Akak tahu, Yana budak baik-baik. dan ada potensi untuk jadi solehah dari sesiapun di sekolah ni. Malah mungkin seperti Rabiatul Adawiyyah. Yana, akak risaukan kamu. Kamu jangan mudah terpengaruh dengan perkara seronok saja, sayang. Uhukk, uhukk...'

Liyana masih terduduk. Memori lama berbaur sayu. Dia menyeka airmata yang mengalir. Dia soroti lagi memori itu.

Selepas dia mendengar batuk Kak Rasya, Liyana menghampiri senior yang dia sayangi itu.

'Yana, mungkin kamu tak tahu ni kan? Akak sakit. Akak tak hidup lama. Akak nak Yana ingat pesan akak walaupun Yana benci akak, akak tetap sayang Yana. Ingat, Yana kena jadi anak solehah. Ajak keluarga masuk syurga. Jangan lupa, buat baik kat kawan-kawan even depa tak pernah hargai kita. Sayang, Allah tak pernah tinggalkan kita walau sesaat. Tapi kita? Yana, Allah tak akan tinggal hamba yang dia dah cipta apatah lagi yang cari Dia. Selangkah kamu cari, seribu langkah Dia datang pada kamu,sayang. Yana, solat, hijab, muamalat, semua tu Yana kena jaga, sayang. Yana, Keperitan...uhuk..uhukk '

'Kak, Yana mintak maap. Kak, Yana nak ilmu lagi. Kak...kuat! Akak kena hidup untuk betulkan Yana. Akak...'

' Sayang, faidza jaa a ajaluhum la yasta* khiruna saa 'atau wala yastaqdimun...masa aka dah sampai. Kalau Allah nak amik akak, Allah Maha Adil. Dia yang ciptakan akak, Dia lebih berhak. Yana, jangan lupa itu. Yana jangan berhenti mencari. Yana, akak sayang Yana fillah..'

'Kak, yana tau betapa berat hati akak lihat kefasadan Yana dulu. Kak Rasya, Yana tak boleh akak. Yana nak dengar tazkirah kak Rasya lagi. Yana tak kuat nak serukan orang lain sorang-sorang...Akak, Yana dah tak macam dulu lagi kak...Yana dah jaga solat...Jaga hijab...jaga aurat...Akak, balik lah...'

Liyana memukul-mukul pasir pantai. Dia teresak-esak mengimbau kenangan sedih ketika Kak Rasya berdepan dengan sakaratul maut. Dia yang memangku Kak Rasya. Darah daripada batuk Kak Rasya terpercik pada wajah mulusnya idaman para jejaka. Dia tahu itu semua kata-kata yang menginginkan Kak Rasya kembali berbaur angan-angan yang tak mungkin akan terjadi.

Satu kalimah yang dia ingat, sayang fillah.

'Kak, apa-apa yang kita buat kerana Allah, mesti Allah akan bantu kan? Allah, kau rahmatilah roh Kak Rasya. Kau anugerahkanlah cahaya yang lebih terang daripada cahaya mentari di akhirat kelak kerana dia telah berjaya memberi kesan pada hatiku. Ya Allah, Kau redai dakwah dan seruanku pada sahabat-sahabatku yang kusayangi keranaMu. Allah...aku yakin, innallaha ma'ana'

Liyana bingkas bangun dari kedudukannya. Dalam hatinya timbul semangat. Dia tidak perlu pada tangisan yang berpanjangan kerana zahir kefasadan yang berlaku. Yang penting, dia berkerja. Yang penting Allah tahu dia berkerja. Soal hidayah, dia serah kan pada Allah.

Sebelum dia meninggalkan gigi air, sempat dia mengucapkan...
'Wallahua'lam'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan