Rabu, 14 Mac 2012

Pertanggungjawaban

"Barang siapa yang mengucapkan 'lailahaillallah', maka dia adalah dai'e"
(Hadith Nabi s.a.w)

Kerana pertanggungjawaban ini terbeban atas nama wajib, maka ku wajibkan langkahan ini.

Ramai yang berkata; "aku masih tak cukup ilmu"
Termasuk diri sendiri. Kerana pertanggungjawaban ini, aku menjawab...

"Bayangkan kamu sedang makan satu hidangan yang amat lazat. Kamu ingin memberitahu orang lain bahawa hidangan itu adalah yang amat lazat yang pernah kamu makan. Jadi, supaya orang lain mempercayai pernyataan itu, adakah kamu mahu menyuapkan padanya agar dia merasainya atau tidak?"
Ramai juga yang berkata; "Ah, aku belum cukup sempurna, nak serukan orang lain? Orang boleh terima ke?"
Termasuk diri sendiri. Kerana pertanggungjawaban ini, aku menjawab...

"Kalaulah tips untuk mengingati pelajaran itu adalah dengan berkongsi ilmu yang kita pelajari kepada orang lain, apatah lagi ilmu yang berkait rapat dengan iman dan islam!
Besarlah kemurkaan Allah kepada orang beriman yang tidak beramal seiring dengan perkataannya.
Kerana itu, kita ada satu stres yang positif. Memberi untuk menerima tarbiyyah. Kerana apabila kita menyeru, maka telinga kitalah yang paling dekat mendengar seruan itu. Jadi, kitalah yang lebih-lebih lagi perlu beramal dengan seruan yang kita serukan itu"

Ramai yang berkata; " Takut tak tertanggunglah..."
Termasuk diri sendiri. Kerana pertanggungjawaban ini, aku menjawab...

"Kata-kata siapa lagi yang tiada mungkirnya melainkan Allah?

La yukallifullahu nafsan illa wus'aha

Tidak Allah bebankan seseorang itu dengan bebanan yang tidak dia mampu tanggung

Maka, jika seruan itu wajib...kamu adalah mereka yang terpilih. Percayalah =) "

Kerana pertanggungjawaban ini, kutujukan ini khas buatmu...diriku
wassalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan